Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Konsep Solat Dhuha yang disalaherti

Konsep Solat Dhuha yang disalaherti

556
0
Iklan

Konsep Solat Dhuha yang disalaherti

1. Galakan solat Dhuha

 

 يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى (رواه مسلم، رقم 1181) .

Pada setiap persendian kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi; Setiap tasbih (membaca subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (membaca Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (membaca Lailaha illallah) adalah sedekah, setiap takbir (membaca Allahu Akbar) adalah sedekah, amar bil ma’ruf adalah sedekah, nahi ‘anil munkar adalah sedekah. Semua itu dapat terpenuhi dengan (shalat) dua rakaat yang dilakukan di waktu Dhuha.” (HR. Muslim, no. 1181)

2. Solat Dhuha dan kaitan dengan pintu rezeki

 

Hadith dalil yang menyebabkan manusia keliru:

Hadis dari Uqbah bin Amir ra, Rasulullah ‎SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَا ابْنَ آدَمَ اكْفِنِى أَوَّلَ النَّهَارِ بِأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ أَكْفِكَ بِهِنَّ آخِرَ يَوْمِكَ

Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai ‎anak Adam, laksanakan untuk-Ku 4 rakaat di awal siang, Aku akan cukupi ‎diri mu dengan salat itu di akhir hari mu.”

[ HR. Ahmad 17390, dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Targhib wat Tarhib no. 666 dan Syuaib al-Arnauth ].‎

Kata al-sindi ketika syarah hadith ini, maksud Allah SWT akan mencukupkan diri orang yang solat 4 rakaat di awal siang itu bermaksud yang luas, cukup dengan penjagaan, rahmat, dijauhi dari mara bahaya dan dosa.

Daripada hadith ini manusia menganggap, Solat Dhuha akan membuka pintu rezeki yang sebenarnya kemungkinan juga solat 4 rakaat itu adalah solat qabliah subuh dan solat subuh. Secara umum, solat ini adalah untuk akhirat dan cara mendekatkan diri kepada Allah SWT:

لَا يُحَافِظُ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى إِلا أَوَّابٌ، وَهِيَ صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada yang menjaga Solat Dhuha kecuali para Awwabin”. Baginda mengatakan: “Solat Dhuha adalah solatnya para Awwabin”

[ HR. Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya no. 1224, Hakim dalam Mustadrak 1182 dan dihasankan al-A’dzami ].

Apa jua bentuk solat, sama ada fardu dan sunat, semuanya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala yang hendak kaya, hendak cari rezeki, mesti dengan hukum alam atau sunatullah, sesiapa yang kerja kuat, maka dia akan dapat lebih habuan. Tidak ada di sana, siapa yang kuat solatnya akan jadi jutawan. Itu tidak betul.

3.  Adakah benar solat sunat Dhuha yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah kerana menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT seperti mana yang dijelaskan oleh golongan salaf dan ia bukanlah solat untuk memohon rezeki seperti yang di percayai sekarang ini?

 

Perlu diutamakan pandangan golongan salaf, kerana pemahaman salaf lebih asli disebabkan jarak mereka dengan Nabi SAW masih dekat.

Konsep untuk mendapat rezeki seharusnya menggunakan hukum “sebab dan akibat” (cause and effect). Seseorang boleh menjadi kaya adalah dengan usaha dan bukannya dengan solat.

4.  Bolehkah melakukan solat sunat Dhuha secara berjamaah?

Solat sunat yang boleh dilakukan secara berjamaah hanyalah:

  1. Solat sunat Gerhana.
  2. Solat sunat Istiqsa’ memohon hujan.
  3. Solat sunat Tarawih.
  4. Solat sunat Eid.

Solat sunat selain dari yang disebut di atas, Nabi SAW hanya melaksanakannya secara sendirian sahaja.

Allahu a’lam.

 

 

 

Komen dan Soalan