Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita /4

Soal Jawab Fiqh Wanita /4

688
0
Iklan

SOALAN

Adakah dikira kafir jika orang tidak solat?

JAWAPAN

Ini khilaf. Imam Ahmad menyatakan sudah kafir tetapi Imam Syafie kata tidak lagi. Maka ia jadi perbincangan yang panjang antara ulama dengan hujah mereka masing-masing. Namun yang pasti, meninggalkan solat adalah dosa besar.

 

SOALAN

Apakah kesan besar orang yang meninggal solat? Maksudnya tidak solat langsung, kadang saya tengok orang yang tidak solat mereka sihat selalu, tiada dugaan dan gaji banyak.Kadang-kadang saya pun tergugat iman.

JAWAPAN

Kesan dekat dunia, tidak jelas tetapi di akhirat nanti, siaplah mereka. Orang kafir juga nampak lebih senang hidup di dunia ini kan? Jangan terpedaya kena yakin yang Allah SWT itu Maha Adil. Kalau kaya tetapi jauh dari Allah SWT, itu bukan nikmat, tetapi dipanggil istidraj. Allah SWT beri lebih banyak lagi dan lagi supaya lalaikan dia sebab Allah SWT hendak menguji dia.

 

SOALAN

Bolehkah kita katakan pada orang yang tidak solat itu macam orang yahudi dan munafik?

JAWAPAN

Tidak solat adalah antara sifat-sifat munafik.

 

SOALAN

Kadang rasa tergugat sebab kita walaupun penat, lawan diri untuk solat tetapi orang tidak solat kelihatan tenang sahaja. Kita diberi macam-macam dugaan, dia tiada masalah dalam hidup, selalu gembira dan bahagia.
Mengapa orang yang tidak solat ini tiada rasa bersalah abaikan solat dan berdosakah kita kalau tidak menegurnya?

JAWAPAN

Memang manusia terikut-ikut macam itu. Sebenarnya, di dunia ini apa yang mereka dapat itu tidak bernilai apapun. Kita sahaja yang sangka macam itu, hakikatnya tidak kerana sifat Rahman Allah SWT, Allah SWT boleh beri apa sahaja kepada manusia dari keduniaan ini.

Memang Allah SWT tidak mahu semua manusia jadi sesat kerana itu Allah SWT tidak beri kesenangan yang banyak kepada mereka kerana apabila senang sikit sudah ada yang tergugat.

Allah SWT sebut dalam Zukhruf : 33

وَلَولا أَن يَكونَ النّاسُ أُمَّةً واحِدَةً لَجَعَلنا لِمَن يَكفُرُ بِالرَّحمٰنِ لِبُيوتِهِم سُقُفًا مِن فِضَّةٍ وَمَعارِجَ عَلَيها يَظهَرونَ

Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya.

Maksudnya, kalaulah Allah SWT beri mereka kekayaan yang bersangatan, satu dunia akan jadi kafir. Kita bukan solat sebab hendak senang hidup kan? Bersyukurlah Allah SWT ‘jemput’ kita untuk bertemu dengannya kerana bukan semua dapat nikmat ini.

Fikirkan: Kenapa kita dapat solat?
1. Adakah kerana kita ada masa luang? Berapa ramai yang banyak masa tetapi tidak solat.
2. Adakah kerana kita hidup senang? Berapa ramai yang begitu tetapi tidak solat.
3. Adakah kerana kita ada ilmu agama? Ramai juga yang tahu agama, tetapi tidak solat.

Maknanya, Allah SWT beri taufik kepada kita untuk solat. Alhamdulillah

 

SOALAN

Jika si A ini mendapat projek atau tender kerajaan yang bernilai rm800k, setelah ditolak segala kos dan gaji pekerja ada keuntungan dalam rm200k. Adakah itu dikira riba? Kalau ikutkan memang dikira keuntungan syarikat kan?

Bagaimana pula yang bagi projek sahaja tetapi dapat komisen macam ‘untung atas angin’ berbeza dengan orang lain yang buat kerja? Adakah itu dibolehkan?

JAWAPAN

1. Itulah keuntungan dia
2. Jika ada sesuatu yang dia contribute, ok boleh.

 

SOALAN

Maknanya ustaz jika dapat sesuatu projek dan dia buat kerja maka duit yang dia dapat itu halal, termasuk keuntungan selepas ditolak segala kos. Melainkan kalau dapat duit tapi projek tidak dilakukan cuma diadakan dalam paper sahaja, duit itu dikira haram diambil kan ustaz?

JAWAPAN

Ya,benar.

 

SOALAN

Seorang wanita hendak menikah, bakal suaminya seorang yang tidak solat dan kurang pengetahuan agama. Adakah si wanita kena teruskan pernikahan dengan si lelaki ini? Lelaki ini seorang yang baik, tidak mustahil, dia boleh jadi seorang yang beriman.

JAWAPAN

Tidak perlu diteruskan. Tiada runding cara untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak menegakkan syariat Islam. Jangan terjerumus ke masalah yang lebih besar nanti. Lelaki yang baik ialah yang taat pada perintah Allah SWT.

Mana-mana lelaki yang serius ingin berkahwin kerana Allah SWT, wajar dia kembali berubah dan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim . Zaman sekarang, tiada alasan untuk tidak keluar menuntut ilmu agama. Berubah sebelum berkahwin, bukan berubah selepas berkahwin.

Dicadangkan jika masih hendak bernikah , tangguhkan dulu hingga dia mula tidak tinggal solat dan mula belajar ugama ikut sunnah.

📌Cerita untuk dijadikan pengajaran :

Saya pernah memberi nasihat kepada seorang wanita yang hendak kahwin dengan seorang lelaki tidak solat, minum arak dan sebagainya. Saya beritahu kepada dia dan emak dia sebab saya kenal lelaki itu tetapi mereka hendak juga teruskan.Mereka ambil sebagai cabaran untuk perbaiki akhlak lelaki itu.

Apabila sudah ada dua anak, baru mula hendak solat (lebih kurang 6,7 tahun juga) selama waktu itu, macam-macam cara dibuat dan ada juga terasa seksa jiwa. Maksud saya, kalau sanggup, bolehlah teruskan. Asalkan tahu what you are getting into. Sepatutnya suami yang ajar ahli keluarga dia untuk solat, bukan sebaliknya.

 

SOALAN

Jika ibubapa kepada seorang anak perempuan sudah bercerai, dan anak perempuan tersebut akan dipinang oleh seorang lelaki, bagaimana jika pihak lelaki bawa rombongan meminang bertemu ibu sahaja (tanpa bapa iaitu wali)?

Setahu saya, akad nikah wajib ada wali. Tetapi bab meminang (menentukan tarikh akad nikah, mas kahwin dan sebagainya) saya kurang pasti.

JAWAPAN

Wali perempuan itu tetap ayah dia kerana ayah dia masih ada lagi. Jadi kena minta izin ayah juga.

 

SOALAN

Adakah wali wajib berada dalam majlis meminang tersebut jika wali mengizinkan berkahwin terlebih dahulu sebelum majlis tersebut diadakan?

JAWAPAN

Syed Sabbiq mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyur di tempat masing-masing.

Kalau wali tidak ada, tidak mengapa asalkan wali setuju. Nanti hendak nikah perlukan wali juga, maka kenalah dia tahu. Kerana persetujuan datang dari wali.

 

SOALAN

Ibubapa kepada si gadis ini tidak berapa baik hubungan mereka. Si lelaki sudah pernah bertemu dengan walinya untuk berkenalan. Cuma kali ini seluruh keluarga lelaki tersebut hendak bertemu si ibu pula untuk merisik, meminang dan berbincang. Dilema juga si gadis ni. Dari segi kos, masa dan jarak, berjumpa si ibu lebih memudahkan kerana wali perempuan agak jauh.

JAWAPAN

Yer boleh. Asalkan wali setuju.

 

SOALAN

Bolehkah kalau hendak buat air Yassin, tapi pasang audio surah Yassin, tidak baca sendiri ?

JAWAPAN

Tidak perlu buat Yaasin. Amalan ini tidak ada dalam agama. Walaupun baca sendiri dan pasang audio juga tidak boleh.

 

SOALAN

Bagaimana hendak jelaskan kepada kawan? Bolehkah kalau dia baca ayat ruqyah pada air untuk diminum? Dia tidak sakit cuma hendak baca untuk pendinding diri tetapi saya ada beritahu jika untuk pendinding diri lebih baik amalkan /istiqomah zikir pagi dan petang dengan saiyidul istighfar. Masalahnya dia macam tidak dapat terima ..

JAWAPAN

Memang tidak betul guna air Yasin buat pendinding. Beritahu padanya Nabi SAW sudah ajar, kenapa tidak yakin dengan apa yang Nabi  SAW ajar. Lebih yakin dengan ustaz ajar daripada Nabi SAW ajarkan. Ini masalah hati yang berat. Kalau boleh dan mampu cari lagi dalam Hisnul Muslim. Semasa haid boleh teruskan amalan membaca wirid-wirid itu.

Ajarkan dia minima amalkan bacaan ini lepas solat Subuh dan Maghrib :
1. Lailahaillahu wahdah… syaiinqadir 10x
2. Ayat Qursi
3. Baca 3 Qul

Sebelum tidur : Baca 3 Qul

 

SOALAN

Bolehkah menjemur kain pada waktu malam dekat luar rumah? Adakah larangannya sebab pernah dengar tidak boleh tetapi tidak pasti dari hadis atau adat semata?
Adakah benar jika dikhuatiri terkena sihir maka tidak boleh dan tidak digalakkan sidai kain diluar?

Orang dulu dulu, nenek moyang juga ada cerita yang tidak masuk akal kononnya baju anak-anak yang masih kecil dijemur diluar akan kena kembong dan sebagainya.

JAWAPAN

Dalam Islam tiada larangan. Kalau ada kepercayaan khurafat, tinggalkan. Maksudnya percaya bila jemur kain waktu malam akan mendatangkan sakit. Sihir ini datang dengan pelbagai cara, siang pun boleh datang. Maksudnya kalau iktiqad kepada percayaan khurafat baru tidak boleh.

 

SOALAN

Apakah tanda mati syahid?

JAWAPAN

Ini kena lihat dalil hadith dulu, dan mula faham dari situ:

شهداء أمتي إذاً لقليل ، القتل في سبيل الله عز وجل شهادة ، والطاعون شهادة ، والغرق شهادة ، والبطن شهادة ، والنفساء يجرها ولدها بسرره إلى الجنة

“orang yang mati syahid di kalangan umatku cuma sedikit.

Orang yang mati berjihad di jalan Allah SWT, syahid, orang yang mati kerana ta’un, syahid. Orang yang mati lemas, syahid. Orang yang mati kerana komplikasi perut (kanser usus), syahid dan wanita yang mati kerana nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju syurga dengan tali pusarnya. (HR. Ahmad, no 15998. Syaikh Syuaib Al-Arnauth: Sahih li Ghairih).

Syarah: Wanita yang mati kerana proses kehamilan, baik kerana keguguran, semasa kelahiran, pasca delivery, semuanya syahid, kerana keumuman bahasa arab di atas, mati kerana nifas.

Syahid kerana kelahiran:
1. Jika mati kerana gugur janin
2. Mati semasa melahirkan dalam bilik bersalin.
3. Mati dalam masa pantang.

 

SOALAN

Berdasarkan info di bawah, antara berharap untuk mati syahid dengan mati dalam keadaan diri husnul khotimah, yang mana keutamaanya? Minta mati dalam husnul khotimah ini yang semua dalam satukan?

Berharap untuk mati. Nabi jawab:

لاَ يَتَمَنَّيَنَ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ أَصَابَهُ، فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Janganlah sekali-kali salah seorang dari kamu mengharapkan aka kematian kerana suatu kemudaratan yang menimpanya. Kalaupun dia terpaksa menginginkan mati, maka hendaknya dia berdoa, ‘Ya Allah! Hidupkanlah aku apabila kehidupan itu lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku’.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Syarah Imam Nawawi. Makruh inginkan mati kecuali:
1. Ingin mati di Tanah Haram
2. Mati syahid
3. Rosaknya agama manusia dan terancamnya dia untuk melaksanakan sunnah

JAWAPAN

Husnul khatimah itu lebih luas dan termasuk juga mati syahid. Jadi mohon pada-Nya untuk mati dalam husnul khatimah. Mati dalam iman antaranya ketika melakukan kebaikan dan tidak diaibkan…

 

SOALAN

Kalau kita ada penyakit macam cemburu pada seseorang yang banyak hadam ilmu agama atau dapat keluar dengan lebih kerap untuk belajar agama, adakah termasuk dalam golongan munafik? Kita pula terhad sangat, tiada keupayaan unttk keluar mencari ilmu agama atas jalan sunnah.

JAWAPAN

Ada dua perkara yang boleh dengki, kalau dengki itu dibenarkan. Pertama, orang yang rajin infak dan kita hendak infak macam dia; kedua, orang yang berilmu dan kita hendak berilmu macam dia juga.Ini dari hadis.

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ ، فَهْوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

“Tidak boleh hasad (ghibtoh) kecuali pada dua orang, iaitu orang yang Allah SWT anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah SWT beri kurnia ilmu (Al-Qur’an dan As Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”

Hasad sebenarnya, kita dengki atau cemburu dengan orang yang ada sesuatu, contohnya seorang yang kaya. Hasad itu adalah perasaan yang hendak dia jatuh miskin.

Hasad yang dibenarkan begini: orang itu rajin infak, kita hendak infak lebih banyak dari dia (bukan kita hendak dia kurang infak).

Ada seorang yang pandai, maka kita hendak belajar sampai jadi lagi pandai dari dia (bukan hendak dia jadi bodoh).

Balik kepada soalan tadi, kalau ada orang yang pandai, tidak perlu hasad lah, kita sendiri cuba untuk belajar dengan cara yang lain. Kalau tidak dapat, maka lapangkanlah hati, Allah SWT beri rezeki kepada manusia dengan berbagai cara. Ilmu juga adalah rezeki, ada yang Allah SWT lapangkan dan ada yang Allah SWT sempitkan, kena terimalah.

Komen dan Soalan