Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 18

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 18

281
0
Iklan
Fiqh Doa
Waktu doa mustajab
18. Berdoa di dalam Kaabah
Kaabah adalah tempat paling suci di dunia ini dan masjid pertama (Masjidil Haram) dibina untuk manusia.
Pusat Ibadat yang tidak ada tolok bandingnya seantero dunia.
Maka, berdoa di Masjidil Haram meningkatkan peluang ianya dimaqbulkan.
Maka, berusahalah meningkatkan ekonomi anda untuk kerap mengunjungi Kaabah(Mekah), setahun dua kali atau setahun sekali. Berdoa di dalam Kaabah merupakan tempat paling mustajab berdoa.
Dalil hadith:
أَخْبَرَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا دَخَلَ الْبَيْتَ دَعَا فِي نَوَاحِيهِ كُلِّهَا
Terjemahan:
Dari Usama bin Zaid ra (anak angkat Nabi saw), bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke dalam Baitullah kemudian beliau berdoa di setiap sudutnya”
(HR Muslim no.2364

 

Isu:
Apakah mungkin kita sebagai orang awam berpeluang masuk ke dalam Kaabah?
Jawaban:
Tidak mungkin. Namun, masih ada peluang walaupun tipis, iaitu Hijir Ismail itu sebenarnya sebahagian dari Kaabah. Hijir dibiarkan begitu kerana orang Quraisy kekurangan dana untuk membina semula sebagaimana yang asal, lalu Hijir dibiarkan sehingga sekarang berada di luar Kaabah, tetapi sebenarnya kalau anda masuk ke Hijir, anda sebenarnya berada didalam Kaabah. Maka disunatkan memasukinya bila anda mengerjakan umrah dan berdoa di dalamnya.
Nota:
Di salin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

Komen dan Soalan