Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Kesalahan Di dalam Solat / 8 : Rumusan

Kesalahan Di dalam Solat / 8 : Rumusan

168
0
Iklan
Rumusan 1.1: Bahagian 2

Solat dengan berpakaian ketat sehingga menampakkan aurat
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )

Isu berpakaian ketat ketika menunaikan solat secara global.

Oleh kerana Syaikh Abu Ubaidah bermazhab Hanbali dan membawa fiqh gurunya, al ‘Allamah Syaikh al-Albani, iaitu fiqh sunnah, bagaimana isu ini dibahaskan dalam fiqh lintas mazhab yang lain?

1. Pendapat Mazhab Hanafi:

ولا يضر التصاقه وتشكله

“Tidak mengapa (pakaian yang dipakai di dalam solat) melekat dengan aurat dan membentuk rupa bentuk aurat.”
(al-Durr al-Mukhtar 2:84), Durr al Mukhtar adalah kitab induk Mazhab Hanafi, menyatakan berpakaian ketat tidak mengapa.

Hukum: Harus

2. Pendapat Mazhab Maliki:

Di dalam kitab induknya, Hasyiah al-Dusuqi pula dinyatakan:

أن الصلاة في الثوب الواصف للعورة المحدد لها صحيحة ، ولكنها مكروهة كراهة تنزيهية ، ويستحب له أن يعيد إذا كان الوقت باقياً

“Solat dengan baju yang mensifatkan bentuk aurat adalah sah, akan tetapi hukumnya makruh, makruh tanzih dan disunatkan mengulangi solat tersebut jika waktu masih berbaki.”

Hukum: Makruh

3. Pendapat Mazhab Syafi’iy:

Al-Imam an-Nawawi rhm berkata di dalam kitab al-Majmu’:

فلو ستر اللون ووصف حجم البشرة كالركبة والألية ونحوها صحت الصلاة فيه لوجود الستر

“dan jika ia (pakaian itu) menutup warna dan mensifatkan bentuk seperti lutut dan daging punggung dan seumpamanya, sah solat tersebut kerana telah berlaku penutupan aurat”

Hukum: Harus

4. Pendapat Mazhab Hanbali:

Imam Ibnu Qudamah berkata di dalam al-Mughni:

وإن كان يستر لونها ويصف الخِلْقَة جازت الصلاة ، لأن هذا لا يمكن التحرز منه

“Dan sekiranya menutup warna aurat dan mensifatkan bentuk, harus solat (dengan pakaian tersebut), kerana perkara seperti ini tidak mungkit dapat dielak.”
(al-Mughni: 2/287)

Hukum: Hukum asal, ianya harus bukan makruh.

Rumusan:

Apa yang dinyatakan oleh Syaikh Abu Ubaidah Mashyur Hasan Salman, al ‘Allamah Syaikh al-Albani dan lajnah fatwa Arab Saudi yang menetapkan hukum makruh adalah sebagai langkah keluar dari khilaf yakni umat islam hendaklah menghindari memakai pakaian ketat dan yang menampakkan bentuk tubuh badan di dalam semua keadaan khususnya ketika solat.
Tamat

📌 Isu berpakaian ketat ketika solat telah habis disyarah. AlhamduliLlah.

Komen dan Soalan