Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 17

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 17

419
0
Iklan
17. Doa pada malam Lailatul Qadar.
Malam yang penuh keberkatan, iaitu malam Lailatul Qadar (malam malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan)
Pada malam itu Jibril mengepalai para malaikat turun ke bumi dan memenuhi bumi dengan keberkatan sehingga Subuh.
Dalil al-Qur’an:
Surah al-Qadar
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 1.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ .2
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ .3
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ .4
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ .5
Terjemahan:
Dengan menyebut nama Allah yang maha Pengasih Lagi maha Penyayang.
1. Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada malam kemulian.
2. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun  malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit Fajar.
Apakah doa yang makthur yang bagus dibaca pada malam tersebut?
Iaitu berdoa meminta keampunan supaya kita menjadi insan yang baru tanpa dosa.
Dalil hadith:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah saw, yaitu jika saja ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, lantas apa doa yang mesti kuucapkan?” Jawab beliau, “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, kerananya maafkanlah aku).”
(HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Menurut Imam Abu ‘Isa at- Tirmizi, bahawa hadith ini hasan sahih)
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin

Komen dan Soalan