SOMBONGKAH AKU???
Sedikit perkongsian, teguran buat diri sendiri dan sahabat yg dirahmati Allah SWT. InsyaAllah banyak manfaatnya.
Sombongkah Aku?????
🚩Merendahkan orang lain itu sombong.
🚩Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
🚩Menunjuk-nunjuk kelebihan itu sombong.
🚩Berlumba-lumbamenunjukkan kekayaan pun sombong.
🚩Memperbodohkan orang lain itu sombong.
🚩Sentiasa hendak menang itu juga sombong.
🚩Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🚩Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
🚩Bersangka buruk itu sombong.
🚩Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
🚩Merasa diri hebat itu sombong.
🚩Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
🚩Tidak boleh ditegur itu sombong.
🚩Memperkecilkan dan meremehkan orang lain itu juga sombong….
Balasan untuk mereka yang sombong…..
Rasulullah SAW telah mengingatkan betapa bahayanya sifat sombong, sebagaimana dilaporkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW berkata : “Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”. Kemudian seseorang itu berkata : “Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus”. Rasulullah SAW menjawab : “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain” [Hadis riwayat Muslim].
Dalam al-Quran, Allah SWT turut mengingatkan : “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri”. [ Surah al-Luqman : 18 ].
Allah SWT berfirman lagi : “(Setelah itu) dikatakan kepada mereka : Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam” [ Surah al-Zumar: 72 ].
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan“. [ Hadis Riwayat Muslim ].
Allahu a’lam.