Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-57 hingga Ke-60

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-57 hingga Ke-60

424
0
Iklan

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-57:  Berbuat baik kepada Hamba/Orang bawahan

Dalam Islam dan Iman tiada beza dari segi diniyyah melainkan dengan ukuran Taqwa.

Orang yang lebih rendah dunianya dari kita, dan di bawah kuasa dan kepimpinan kita ia tidak ada apa beza di sisi Allah SWT. Maka muliakanlah dan berbuat baiklah seperti mana hak-hak muslim ke atas muslim yang lain, dan hak sebagai Bani Adam (sesama manusia).

Benarkanlah dalam hati kita akan perintah Allah SWT berlaku baik kepada orang bawahan dan suruhan kita.

Sampaikanlah kepada sesiapa sahaja yang berkuasa ke atas manusia lain supaya berbuat baik.

Amallah dengan memandang sesiapa sahaja walaupun dari segi keduniaan dia adalah subordinate atau orang bawahan kita, di sisi Allah SWT tiada bezanya melainkan apa yang diusahakan atas dasar Taqwa.

Cabang Iman Ke-58: Menunaikan hak tuan/majikan.

Jika kita ditakdirkan menjadi orang bawahan dan suruhan, maka dari hal keimanan ada hak-hak yang kita perlu tunaikan.

Benarkanlah akan perintah ini, kerana Allah SWT menjadikan manusia dengan rezeki dan hak masing-masing. Jika Allah SWT telah tetapkan kita jadi orang bawahan maka bersedia dan dengan rela hari kita melakukan segala yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Sampaikanlah supaya orang suruhan / pekerja menunaikan hak-hak majikan dan bertanggung jawab atas setiap tugasan yang diarahkan.

Amallah dengan membuat kerja atau tugasan dengan komited dan mengharapkan redha Allah SWT.

Cabang Iman Ke-59: Menunaikan hak-hak anak dan keluarga

Setiap dari lelaki atau perempuan Allah SWT boleh rezekikan dengan anak-anak dan sebuah keluarga. Maka telah menjadi hak seorang bapa atau ibu untuk menunaikan hak-hak mereka.

Benarkanlah di dalam hati akan setiap rezeki yang diberikan adalah suatu amanah dan ujian begitu juga anak-anak dan keluarga yang ianya akan dipersoalkan nanti.

Sampaikanlah akan keutamaan menjadi ibu bapa dan kisah-kisah ibu bapa yang Allah SWT telah sebutkan di dalam Al-Quran. Khabarkanlah sifat keibubapaan Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Amalkanlah dengan memikul amanah sebagai ibu bapa sebaik mungkin dan mengharapkan redha Allah SWT.

Cabang Iman Ke-60:  Bergaul dan bersahabat dengan para Solehin

Mafhum satu hadis perumpamaan kawan yang baik dengan kawan yang buruk itu seumpama penjual minyak wangi dan si tukang besi. Walau kita tidak mendapat minyak wangi, kita mendapat aroma wangi, begitu juga walau kita tidak kena api dan percikan besi nya, baju dan badan kita akan terkena asap dan bauan yang busuk dari asapnya.

“Telah menceritakan kepada saya Musa bin Isma’il, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid, telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa, dari bapaknya radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Perumpamaan orang yang bergaul dengan orang shalih dan orang yang bergaul dengan orang buruk seperti penjual minyak wangi dan tukang tempa besi, Pasti kau dapatkan dari pedagang minyak wangi apakah kamu membeli minyak wanginya atau sekadar mendapatkan bau wewangiannya, sedangkan dari tukang tempa besi akan membakar badanmu atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap””.”

disebut oleh Al Bukhari dalam Sahihnya

Benarkanlah di dalam hati akan Allah SWT sangat suka kita bersama-sama dengan mereka yang soleh dan mereka yang mengejar akhirat.

Sampaikanlah akan kepentingan bersahabat dengan mereka yang soleh.

Amalkanlah dengan memilih sahabat dan majlis yang baik-baik untuk kita bersama dan menghadirinya. Sahabat yang baik akan sentiasa mengajak kita berada di dalam majlis yang baik.

Pergaulan seharian kita akan mempengaruhi tingkah laku dan cara kita berfikir

Bergaul dengan mereka yang mengutamakan hal-hal keagamaan dan amalan-amalan soleh, akan menjadikan diri kita juga mempunyai keinginan dan fikir yang sama.

Nabi SAW telah mengumpamakan pemilik kedai minyak wangi dengan orang soleh kerana paling tidak setelah kita bersama dengan penjual minyak wangi, bauan wangi akan kita rasai. Manakala umpama mereka yang tidak soleh jika kita gauli keburukannya paling tidak kita merasainya seperti mana panas dan busuk peluh tukang besi yang bekerja.

Rasulullah SAW di Madinah telah menyediakan sekian banyak para solehin, yang daripada mereka yang soleh-soleh ini di gauli dan di manfaatkan ilmunya, sehingga seluruh jazirah Arab ramainya orang-orang soleh.

Kata seorang ulama’, Masjid adalah tempat lahir orang soleh, kayu ukur kesolehan sesuatu tempat itu dapat dilihat dengan kesolehan ahli masjidnya. Wallahu a’lam.

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk sentiasa bergaul dengan para solehin. Inilah antara cabang-cabang iman.

Allahu a’lam.


 

Komen dan Soalan