Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 12

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 12

252
0
Iklan

Suatu waktu di hari Jumaat. 

Dalil hadith:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw menyebutkan tentang hari Jumaat, lalu beliau bersabda,
فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى ، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Terjemahan: “Di hari Jumaat terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang hamba Muslim yang ia berdiri melaksanakan solat lalu dia memanjatkan suatu doa pada Allah bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberi apa yang dia minta.”
(HR. Bukhari 935, Muslim 2006)
Terdapat khilaf dikalangan fuqaha dan ahli hadith, bilakah waktu yang tepat yang dimaksudkan oleh Nabi saw.
a. Pendapat pertama:
Waktu imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. 
Dalil hadith:
Dari Abu Musa ra,
هِىَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ
Terjemahan:
“Waktu tersebut adalah antara imam duduk ketika khutbah hingga imam menunaikan solat Jumaat.”
(HR. Muslim 2012)
b. Pendapat kedua:
Selepas Asar sehingga masuk waktu Maghrib
Dalil hadith:
Dari Jabir bin Abdillah ra, bahawa Nabi saw bersabda,
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
Pada hari Jumaat ada 12 jam (di antaranya ada satu waktu, apabila ada seorang Muslim yang memohon kepada Allah di waktu itu, niscaya akan Allah berikan. Carilah waktu itu di penghujung hari setelah Asar.
(HR. Abu Daud 1048, Nasai 1389 dan disahihkan al-Albani).
Pendapat kedua adalah pilihan salaf (Syaikh al-Hilali, Nubadh al-Mustatabah, mukasurat 50), pilihan Syaikhul Islam dan Imam Ibnu Qayyim, kitab Zaad, 1:396)
Nota:
Di salin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

Komen dan Soalan