Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita /2

Soal Jawab Fiqh Wanita /2

496
0
Iklan

SOALAN

Adakah benar binatang nanti akan menjadi tanah balik?
Adakah betul anjing yang jadi peneman 7 orang pemuda yang beriman ataupun Ashabul Kahfi, nanti di akhirat Allah akan tukarkan dia kepada biri biri dan masuk ke dalam syurga?

JAWAPAN

Binatang akan menjadi tanah seperti dalil ini:

Naba 40 sebagai isyarat. Penjelasan dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يحشر الخلق كلهم يوم القيامة البهائم و الدواب و الطير و كل شيء فيبلغ من عدل الله أن يأخذ للجماء من القرناء ثم يقول : كوني ترابا؛ فعند ذلك يقول الكافر: يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا

Semua makhluk akan dikumpulkan pada hari kiamat, binatang, haiwan liar, burung-burung, dan segala sesuatu, sehingga ditegakkan keadilan Allah, untuk memindahkan tanduk dari haiwan-haiwan bertanduk ke yang tidak bertanduk (lalu dilakukan qishas). Kemudian Allah berfirman, “Kalian semua, jadilah tanah.” Di saat itulah orang kafir mengatakan, “Andai aku jadi tanah.”
(HR. Hakim 3231 dan dishahihkan ad-Dzahabi).

Anjing Ashabul Kahfi itu, saya tidak tahu ada dalil yang sebegitu.

 

 

SOALAN

Berkenaan dengan lafaz SubhanAllah dan MashaAllah. Apakah situasi yang membolehkan kita lafaz sedemikian. Selama ini apa yang saya faham ialah apabila melihat sesuatu kebaikan seperti kecantikan kita akan ucapkan MashaAllah dan apabila kita melihat sesuatu keburukan seperti kejahatan kita ucapkan SubhanAllah. Adakah mana-mana lafaz dibolehkan dalam situasi berikut?

Saya keliru sebab ramai menggunakan perkataan SubhanAllah bila melihat sesuatu kejadian yang baik dan seumpama dengannya. Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPAN

Subhanallah apabila melihat orang melakukan syirik. Kita Suci kan Allah.
Seolah kita sebut: ” Allah tidak macam ini…Allah tidak perlukan anak…Allah tidak perlukan perantaraan dalam doa…”

Maa sha Allah apabila melihat kehebatan ciptaan Allah. SubhanAllah juga bila melihat atau mendengar sesuatu keburukkan. Lafaz kalimat-kalimat ini ada tertera banyak dalam Al Quran.
Antaranya Masha’Allah dan In’sha’Allah ada terdapat dalam surah al-Kahfi dan SubhanaLlah dalam surah al-Mukminin. HasbiyAllah, hasbunAllah wanik’mal wakil dan sebagainya.
Allahua’lam

 

 

SOALAN

Jadi bila mereka ucapkan perkataan SubhanAllah pada sesuatu yang baik itu maknanya tidak sesuai? Dan apakah hikmah di sebalik ucapan tersebut? Apakah ia berpahala seperti zikir bila diucapkan?

JAWAPAN

Ya, tidak tepat. Zikir yang dilafazkan di mulut kenalah disertai dengan perbuatan kita.
Tidak kena kalau tasbih tapi dalam masa yang sama buat syirik.
Tidak kena kalau tahmid tapi tidak taat kepada hukum Allah. Mulut sebut Alhamdulillah tapi tidak taat hukum-Nya.
Tidak kena kalau takbir tapi dalam masa yang sama kita besarkan benda lain dari Allah.
Kita lafazkan zikir-zikir itu untuk ingatkan kepada kita tentang Allah. Ianya bukan semata mata lip service.

 

 

SOALAN

Mohon pencerahan mengenai sihir.
Ibu saya sering sakit dan ramai bomoh yang dijumpai mengatakan ada orang hantar sihir berulang kali padanya. Kami adik beradik kurang gemar bila ibu berubat dengan cara itu.
Apakah cara terbaik untuk rawatan ibu saya? Sudah bertahun-tahun ibu mengalami sakit ini dan sering juga dijumpai palitan minyak yang meragukan di sekeliling rumah.

 

JAWAPAN

Mulai sekarang jangan berjumpa bomoh lagi , mereka semua itu adalah penipu dan lebih teruk lagi sia-sia amalan solat selama 40 hari. Sunatullah bawa ibu ke hospital untuk rawatan.

Dosa Mengunjungi dan Mempercayai Bomoh / Dukun.

1- Solat tidak diterima selama 40 hari. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً.

“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam.” [Sahih Muslim, no. 2230]

2- Jatuh kafir sekiranya membenarkan perkataan bomoh.
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا أَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.

“Sesiapa yang mengunjungi seorang tukang ramal atau dukun dan percaya pada apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad (al-Quran).”
[Sahih Al-Jami’ al Saghir, no. 5939].

 

 

SOALAN

Apakah hukumnya kata-kata seperti `aku tak akan menjadi wali kamu, sekiranya hidup semula arwah atuk kamu..aku akan jadi wali kamu’. Apakah ayat tersebut dianggap ucapan janji atau sumpah?

Berlaku kerana seorang janda ingin menikah tetapi wang hantaran dia telah gunakan untuk bayar hutang. Janda itu hanya ingin menikah ringkas, tetapi si ayah tidak mahu sebab mahu adakan majlis besar dengan alasan takut diperkatakan oleh orang kampung. Lalu ayah berkata sedemikian.

JAWAPAN

Allahu a’lam. Pada saya ia termasuk sumpah tapi sumpah yang amat jahil. Macam aku takkan tolong kau melainkan gajah boleh terbang, kenapalah sampai kata begitu? Tidak patut begitu. Kalau dah janda, buat ringkas cukup lah. Tidak perlu malu dengan orang lain. Kalau orang lain itu bagi duit belanja kenduri, lain ceritanya.

Kita akan ikut atau taat ayah cuma dalam perkara makhruf sahaja. Dalam hal ni, kita hendak buat perkara baik. Langgar dengan baik kata-kata ayah. Allahua’lam

 

 

SOALAN

Apakah maksudnya langgar kata-kata ayah dengan baik? Adakah teruskan pernikahan tanpa berwalikan ayah?

JAWAPAN

Maksudnya sekiranya semua cara, ikhtiar sudah dibuat termasuk meminta nasihat dan minta orang terdekat cuba nasihatkan ayah juga tidak berjaya.
Gunakan cara berdiplomasi sebagai cara terakhir dengan ayah.Minta maaf dengan ayah, bagitau kita tidak boleh menurut kehendak ayah. Jelaskan juga niat kita hendak bernikah kerana Allah. Dan takut jika tidak teruskan pernikahan dibimbangi terjerumus ke perkara-perkara yang tidak baik dan diharamkan syarak.
Allahua’lam

 

 

SOALAN

Adakah sahih hadith yang lelaki dayus tidak mencium bau syurga ?

JAWAPAN

Sahih. Cuma ada perbahasan samada terus tidak masuk syurga sampai bila-bila atau kena masuk neraka dan akhirnya masuk syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang artinya :

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW bersabda :
” Tiga orang yang tidak memasuki syurga yaitu lelaki dayus, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang suka minum khomr” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham maksud dari peminum khomr, tetapi apakah dayus itu? , berkata Nabi SAW : “Dia adalah orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk ke rumahnya bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Perkara yang penting, suami jangan menjadi dayus kerana masuk neraka itu pun sudah buruk.
Lihat kalimah “tidak memasuki syurga”, adalah langsung tidak dapat masuk atau tidak? Itu yang ulama bincangkan.

 

 

SOALAN

Adakah di dalam Al-Quran mengenai suami yang dayus?
Sekarang ramai isteri yang derhaka pada suami, sampaikan ada yang sudah berzina dengan lelaki lain. Tapi suami tidak mahu melepaskan isterinya kerana anak. Dalam kes ini, adakah suami tersebut sudah termasuk atau di panggil dayus? Walhal dia fikirkan kemaslahatan anak-anak.

JAWAPAN

Tidak ada dalam al-Quran mengenainya dayus.

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya” ( Al-Kabair, 1/62 )

 

SOALAN

Adakah dayus ini termasuk membiarkan isteri tidak menutup aurat dengan sempurna, membiarkan anak perempuan berdua-duan atau berjumpa bukan mahram?
Ada kalam dari ulamak yang sebut membiarkan muka isteri dan anak perempuan dilihat oleh bukan mahram sudah memberatkan suami atau siayah.

JAWAPAN

Ya, maksudnya dia tidak kisah sekiranya ada orang hendak tengok isterinya dia atau tidak.

 

 

SOALAN

”Tiada bacaan Qur’an ramai-ramai. Yang ada seorang baca dan lain dengar untuk tadabbur”. Adakah ini termasuk dalam bidaah? Apakah makna bidaah?

JAWAPAN

Bid’ah, baca ramai-ramai serentak ini tidak tahu apa tujuan sebenar. Kalau tujuan hendak mengajar, seorang baca dulu, kemudian yang lain ikut, maka cara yang begini dibolehkan.

Bidaah maksudnya Reka perkara baru dalam agama.

عن عائشة أم المؤمنين قالت قال رضي الله عنه: “من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد” أخرجه مسلم 1718

Dari Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda:
Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu amal yang baru dalam urusan kita (agama) yang tidak ada contoh sebelumnya, maka ia tertolak.”

HR Muslim no 1718

Boleh rujuk
👉Nota pdf Qawaid bid”ah

 

 

SOALAN

Apa pandangan ustaz berkenaan dengan ibu yang menggunakan kismis doa, tablet makanan atau susu yang dibacakan ayat al-Quran di dalamnya untuk menjadikan anak mereka pandai/tidak degil/malas.
Apakah ini dibolehkan sebagai ikhtiar atau cukup hanya didikan yang sempurna seperti mengajar anak hal agama? Disamping doa ibu sebagai senjata mustajab dalam mencapai harapan terhadap anak mereka. Mohon ulasan ustadz akan perkara ini.

JAWAPAN

Ayat Quran itu bukanlah jampi yang kalau dibaca pada makanan, mengubah keadaan makanan itu sampai boleh menjadikan anak jadi cerdik. Makanan itu tetap macam itu juga. Untuk jadi pandai, kena doa dan kena usaha belajar.
Kata ulama:

لَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ
“Kalau sekirannya perbuatan itu baik tentulah para sahabat telah mendahului kita dalam mengamalkannya.”

Para sahabat lebih rapat dengan Quran, mereka sentiasa baca Quran, belajar Quran dengan Nabi sendiri, mempertahankan Quran dengan nyawa mereka, menyebarkan Quran dengan nyawa dan harta mereka. Tapi mereka tidak dapat ‘ilmu’ ini. Zaman sekarang pula dapat ‘formula’ ayat apa nak baca pada susu, pada kurma….? Ini pelik….

Maka ramailah manusia ambil peluang atas kejahilan manusia ini, boleh jual kismis dibaca doa, ayam dibaca doa, air 30 juzuk, dan macam-macam lagi.
Budak-budak kita makan kismis doa, susu doa, air jampi, air yaasin atau air 30 juzuk tapi malas belajar, tidak tahu teknik belajar. Kemudian buat Solat Hajat, satu sekolah solat hajat. Bebudak Hindu dan Buddha juga yang dapat markah tinggi.

Kalaulah mereka fikirkan… mereka kata: “eh… itu tuhan awak talak tolong awak ka pass itu exam?”.
Dulu solat hajat dan minum air yaasin/penenang hati/pencerah hati sahaja. Sekarang sudah letak pen, pensil pemadam di hadapan jemaah solat hajat. Kalau tidak pandai juga budak melayu kita ni, nanti orang letak bebudak itu pula duduk di depan jemaah solat hajat.

 

 

SOALAN

Saya pernah terbaca tentang jihad.

1) Apakah benar jihad itu terbahagi 2 iaitu jihad dunia dan jihad akhirat? Jika benar, boleh ustaz ulas sedikit berkenaan apa yang termasuk dalam jenis jihad tersebut?

JAWAPAN

Jihad dari kalimah jahada yang bermaksud berusaha keras. Jadi usaha ada macam-macam lah. Ada untuk dunia dan ada untuk agama. Sebab itu ada jihad fi sabilillah dan jihad fi toghut (orang kafir pun usaha juga).

 

 

SOALAN

Apakah jihad terbesar yang mempunyai ganjaran paling tinggi di sisi Allah?

JAWAPAN

Jihad yang paling besar, tentulah Jihad Qital (jihad perang). Kerana sampai menyabung nyawa. Ianya adalah jalan short-cut kepada syurga.

 

 

SOALAN

Boleh ustadz ulas sedikit berkenaan dengan jihad melawan hawa nafsu. Apakah cara terbaik dalam mengekang hawa nafsu?

JAWAPAN

Kekang hawa nafsu. Nafsu bukan untuk dimatikan, tapi dikawal. Kerana nafsu makan tidak salah, jangan makan lebih, nafsu kepada lawan jenis tidak salah, asalkan nikah dahulu.

Untuk kawal nafsu, kena taqwa. Kerana orang taqwa sedar Allah sedang memerhatikannya sepanjang masa. Ini kena latihan. Dalam solat, berlatih yang kita sedang mengadap Allah, Allah sedang memerhatikan kita. Selalu fikiran akan lari, maka kena tarik balik… tarik balik. Kena faham apa yang dibaca, basically kena belajar khusyuk dalam solat.

Bila sudah dapat rasakan Allah memerhatikan kita dalam solat, bawa keluar dalam kehidupan kita. Sedar Allah sedang perhatikan. Kalau dapat rasa begini, kita tidak berani hendak melanggar hukum.
**Senang cakap, tapi susah nak buat**

 

SOALAN

Dalil dan hadith inikah yang ustadz maksudkan?

Dalam Shahih Muslim, dari Masyruq Rahimahullah, berkata: “Kami bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini (QS. Ali Imran: 169)

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.“

(QS. Ali Imran: 169)

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَأَنَّ لَهُ مَا عَلَى الأَرْضِ مِنْ شَىْءٍ إِلاَّ الشَّهِيدِ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنَ الْكَرَامَةِ

“Tidak ada orang masuk surga lalu ia menginginkan kembali ke dunia padahal ia memiliki segala sesuatu yang ada di dunia ini, kecuali orang yang mati syahid. Dia bercita-cita untuk kembali ke dunia kemudian dibunuh, berulang sepuluh kali, setelah dia melihat besarnya kemuliaan (mati syahid)”

(HR. Bukhari dan Muslim)

JAWAPAN

Benar. Ada macam-macam jihad seperti jihad mulut (dakwah), jihad harta, jihad ekonomi, jihad itu dan ini. Ini kalau kita lihat makna asal jihad iaitu berusaha, ada banyak usaha yang kita kena lakukan.

Komen dan Soalan