Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 84: Cara Zikir Hati Setiap Masa

Hadis 84: Cara Zikir Hati Setiap Masa

707
0
Iklan

Panel : Abu Tolhah Solahuddin 

Kitab Bulughul Maram

Assalamu’alaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Malam ini kita mula kelas hadis bulughul maram

Kita sambung hadis ke 84

ِعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُذْكُرُ اَللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَعَلَّقَهُ اَلْبُخَارِيّ

Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam selalu zikir kepada Allah dalam setiap masanya.
Diriwayatkan oleh Muslim dan Al Bukhari menyebut hadis secara muallaq.

[Syarah hadis]

1- Maksud asal zikir adalah setiap perkara yang berkaitan ibadah kepada Allah berbentuk zikir dengan lidah, hati dan perbuatan. Lidah seperti bacaan Al Quran,tahmid,tasbih dan sebagainya. Dan zikir hati seperti mengingati Allah,takut,khusyuk dan sebagainya. dan zikir perbuatan seperti solat,puasa dan sebagainya. Tetapi maksud zikir di sini adalah hati dan lidah, bukan zikir perbuatan.

2- Lafaz أحيان adalah perkataan jama’ dari lafaz حين yang bermakna zaman atau masa samada sekejab atau lama, masa sedikit atau banyak. Maksud lafaz أحيان di sini ialah setiap masa Nabi صلى الله عليه وسلم dengan zikir pada Allah. Iaitu hubungan hati Nabi صلى الله عليه وسلم sentiasa berhubung dengan Allah serta ingat padaNya sentiasa walaupun sekiranya beliau صلى الله عليه وسلم tiada wudhu. Kecuali jenis-jenis zikir yang perlu kepada wudhu seperti solat dan sebagainya. Atau zikir-zikir yang perlu angkat hadas besar dulu ketika ingin membaca Al Quran. Kerana ini ada dalil lain yang mengecualikannya.

Seperti dalam riwayat:

وَعَنْ عَلِيٍّ -رضي الله عنه- قَالَ: “كَانَ النَّبيُّ -صلى الله عليه وسلم- يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا” رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَالْخَمْسَةُ, وَهَذَا لَفْظُ التِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَةُ, وَصَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ

Dari Ali رضي الله عنه berkata: “Nabi صلى الله عليه وسلم selalu membacakan Al Quran pada kami selama mana dia tidak berjunub
Hadis Sohih.

3- Melalui hadis ini seolah-olah pengarang kitab ini ingin menjelaskan kekeliruan mungkin berlaku melalui hadis sebelumnya menerangkan masalah menyentuh Al Quran. Jadi melalui hadis ini tidak dihalang sekiranya zikir lisan seperti baca Al Quran, tasbih, tahmid, takbir tanpa wudhu.

Dan Allah jua yang Maha Mengetahui.
Sebarang soalan boleh tanya.. in sya Allah dijawab kemudian nanti.

Sampai di sini kelas malam ini..

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله

🔴 Adakah zikir perbuatan boleh dilakukan secara bebas ustaz

Jawapan: Mesti ikut syariat..

🔴Zikir perbuatan camna ye contohnya?cam kerje aarian kita ke seperti doktor makan minum dan sebagainya?

Ada dah jawapan di atas no 1..contoh solat,puasa dan lain-lain.

Komen dan Soalan