Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Ujian Berfikir: Perbezaan Maslahah, Bid’ah, Khilafiah

Ujian Berfikir: Perbezaan Maslahah, Bid’ah, Khilafiah

261
0
Iklan

THTL al-Jazani توان حسن:

Terbitan cipta Bagus segara, Ina

Soalan: Kitab itu👆 adalah maslahah atau bid’ah tuan?🤔

Banyak kali dah jawab:

Bid’ah = Kreativiti dalam akidah dan ibadah/syariat kerana anggap agama belum sempurna dan Nabi cuai dalam menyampaikan risalah agama, atau sesuatu yang baru dalam agama bertujuan nak dekatkan diri kepada Allah.

Maslahah = kreativiti dalam aplikasi agama atau dalam kehidupan duniawi supaya dapat meraih maslahah kehidupan dan menolak mudharat

Khilafiah = Kedudukan hukum yang saling berlawanan atau bertentangan kerana kesamaran dalil/nas fiqih atau fuqaha’ berbeda pendapat dalam sesuatu hukum fiqh kerana dalil-dalil atau nas-nas yang bertentangan.

Isu: Tafsir AQ perkata,
apakah ia bid’ah atau Maslahah atau khilafiah?? Sapa boleh jawab

Sistem pendidikan kita selama ini melahirkan kita tidak mampu berfikir, hari ni saya nak test, sapa boleh berfikir

(Saya) bukan berangin, tetapi bid’ah, maslahah vs khilafiah kan selalu (dah) kasi (penerangan)….

Evolusi dalam AQ

Zaman Nabi saw: AQ disimpan dalam bentuk hafazan, ada qura yang hafal dalam dada. AQ juga disimpan dalam tulisan pada kulit, pelepah tamar dan disimpan oleh Ibn Mas’ud, Ali ra, Hafshah

Zaman Uthman: AQ dikumpul dibawa Zaid bin Thabit dan distandardkan. Ia dinamakan Musyhah Uthman dan yang lain diarahkan dibakar.

Zaman khalaf:  Selepas penemuan teknologi percetakan germany, AQ dicetak dalam bentuk buku menggunakan teknologi kertas.

  • AQ diterjemah dalam semua bahasa dunia termasuk bahasa melayu.
  • AQ dalam bahasa braille
  • AQ perkata diperkenalkan
  • USA memperkenalkan terjemahan tanpa bahasa arab….edisi Picthall
  • AQ versi Playstore dan apple
  • AQ versi digital

Ini semua adalah kreativiti dan inovasi untuk memberi maslahah kepada manusia supaya mampu berinteraksi dengan Al-Quran

Inovasi dalam Tafsir:
Tafsir bil Makthur, itu yang asal
maslahah:

  • Tafsir Ilmiah
  • Tafsir ijtima’iy atau sosial
  • Tafsir sufism
  • Tafsir haraki atau gerakan Islam
  • Tafsir Maudhu’iy atau tematik…
  • Tafsir saintifik
  • Tafsir Lughawi/bahasa/
    Ini maslahah supaya manusia mampu melihat AQ dalam 3D,semua sudut.

Sebab itu saya fokus kepada memahami konsep, istilah itu kena faham dalam agama vs muamalat….

Bahkan ustaz pondok pun keliru, mufti-mufti negeri pun keliru, misalnya dia sindir, kalau camtu naik kapalterbang✈️ ke mekah untuk haji dan umrah adalah bid’ah sebab nabi dan salaf naik unta dan kuda ke Mekah.
Begitu juga Raja Daud telah melakukan bid’ah kerana membesarkan Mesjidil Haram dan Nabawi, sebabnya tak mengerti tiga istilah asas

Bid’ah vs Khilafiah vs Maslahah.

Fokus kepada macam mana nak faham tiga istilah ni, kalau tidak lepas ni akan tanya lagi, Mesjid pasang aircond bid’ah tak…

Banyak kali dah jawab:
Bid’ah = kreativiti dalam akidah dan ibadah/syariat kerana anggap agama belum sempurna dan Nabi cuai dalam menyampaikan risalah agama. atau sesuatu yang baru dalam agama bertujuan nak dekatkan diri kepada Allah.

Maslahah = Kreativiti dalam aplikasi agama atau dalam kehidupan duniawi supaya dapat meraih maslahah kehidupan dan menolak mudharat.

Khilafiah = Kedudukan hukum yang saling berlawanan atau bertentangan kerana kesamaran dalil/nas fiqih atau fuqaha’ berbeda pendapat dalam sesuatu hukum fiqh kerana dalil-dalil atau nas-nas yang bertentangan.

Kena tanya tiga kalimah penting ni kasi kaw kaw, lepas ni gerenti tak akan tanya lagi, ini bid’ah tak?

Contoh: Qunut subuh

Orang salafi kata, orang mazhab syafi’iy telah melakukan bid’ah kerana membaca qunut subuh terus menerus tanpa sebab sebab. Orang salafi kata qunut dibaca ketika musibah sahaja.

Apa u all nak jawab based on tiga istilah di atas, cuba jawab..nak test kefahaman.

Komen dan Soalan