Utama Tazkirah Admin TAHAN & LEPAS, MARAH & MAAF

TAHAN & LEPAS, MARAH & MAAF

458
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
TAHAN & LEPAS, MARAH & MAAF

-Allah menyebutkan di dalam kitabNya agar bersegeralah mengejar syurga dan keampunanNya, yang disediakan untuk orang-orang yang di antaranya mempunyai kriteria berikut,

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ

Dan orang-orang yang sentiasa menahan kemarahan dan orang-orang yang sentiasa memaafkan di atas kesilapan manusia

[Aali-‘Imran(3):134] #BSS

Dan ketika Allah menggambarkan keutamaan apa yang di sisiNya di kehidupan akhirat, berbanding dunia; ianya untuk orang yang bagaimana?

وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

Dan (orang-orang yang) apabila mereka marah, mereka memaafkan

[asy-Syura(42):37] #BSS

Imam Ibn Abi Hatim ketika menukilkan ayat di atas menyebut,

يَغْضَبُونَ فِي الأَمْرِ لَو وَقَعُوا فِيهِ كَانَ حَرَاماً

Mereka marah pada sesuatu urusan lalu mereka benar-benar melepaskan (kemarahan itu) padanya, maka ianya haram.

فَيَغْفِرُونَ وَيَعْفُونَ، يَلْتَمِسُونَ بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ.

Hendaklah mereka mengampunkan dan memaafkan; mengharapkan dengannya (memaafkan itu) wajah (keikhlasan hanya kerana) Allah.

[Tafsir Ibn Abi Hatim] #BSS

Bayangkan juga marahnya seorang ayah berhadapan dengan kerabat terdekat yang terlibat dalam menyebarkan fitnah tentang anak perempuannya.

Kemarahan ini membawa kepada Abu Bakr menghentikan bantuan kewangan kepada salah seorang yang terlibat menyebarkan fitnah terhadap ibu kita Aisyah radhiyalLaahu ‘anha.

Allah kemudiannya menurunkan ayat berpesan supaya janganlah mereka yang mempunyai kelebihan untuk berinfaq, lalu memutuskan pemberian tersebut, malah menambah penegasan dengan menyebut,

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا

Hendaklah mereka memaafkan dan hendaklah mereka berlapang dada.

[an-Nur(24):22]

Maafkan? Lepaskan?

Setelah segala kesalahan dan kezaliman yang dilakukan?

Susah bukan..?

Ia memang sukar jika yang menjadi fokus adalah semata-mata diri kita dan perasaan kita.

Perhatikan apa perbandingan yang Allah tawarkan selepas penegasan supaya memaafkan dan melepaskan..

‎أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ

Tidakkah kalian sangat menginginkan untuk Allah juga mengampunkan bagi kalian (di atas segala kesalahan)?

[an-Nur(24):22]

Eh?

Ok. Maafkan dan lepaskan..

Untuk apa?

Untuk mendapatkan tawaran ganjaran terhebat, iaitu..

PengampunanNya. #BSS

Dan jangan salah faham. Memaafkan bukan bermaksud menutup mata terhadap kesalahan yang telah berlaku.

Malah ia tak menghalang dari kita berusaha menegur, menasihati dan membantu membetulkan kesilapan.

Ingat, kita memaafkan adalah keranaNya, bukan selainNya.

‎وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[an-Nur(24):22]

#BroSyariefShares

p/s: Perhatikan kisah para Rasul. Terlalu banyak sebab, peristiwa, dll yang sangat layak untuk mereka respon dengan menzahirkan kemarahan dan meluahkannya, tetapi bagaimana reaksi mereka bagi setiap insiden tersebut?

___
Sertai Channel @BroSyariefShares << di Telegram

Komen dan Soalan