Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-37 hingga Ke-40

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-37 hingga Ke-40

502
0
Iklan

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-37

Menghindari makanan dari usaha yang haram, misalnya mencuri.

Makanan adalah sebahagian rezeki Allah SWT. Allah SWT telah tetapkan rezeki bagi manusia dan Allah SWT telah memberi manusia pilihan bagaimana usaha ke atas rezeki itu, berdasar ikhtiar dan tindakan manusia.

Makanan dari sumber yang haram, akan menyebabkan darah daging yang mengalir hasil dari makanan tersebut tercemar dengan dosa keharaman tersebut.Ianya akan menyebabkan doa tertolak dan kejatuhan nilai kerohanian seseorang.

Allah SWT mengancam kerja-kerja atau amal mencari rezeki secara haram dengan hukuman di dunia dan juga azab di akhirat.

Tasdikkanlah akan amaran dan ancaman Allah SWT ini.

Tablighkanlah kelebihan mencari rezeki yang halal dan hindarilah kerja-kerja yang diharamkan dari neraca syariat İslam.

Amallah dengan berniaga yang halal, pekerjaan yang halal dan umumnya muamalat yang halal. Insya Allah keberkatan di dalam perkara yang Halal.

 

Cabang Iman ke-38

Menghindari Minuman dan Makanan Haram

Sesungguhnya setiap minuman dan makanan itu asalnya Halal sehinggalah didatangkan dalil-dalil pengharamannya contohnya makan bangkai (haiwan yang mati tidak disembelih) haram memakannya. Rujuk surah [ Al-Maidah: 3 ]:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Ma’idah: 3].

Contoh minuman yang haram adalah Arak (bahan yang memabukkan).

Tasdikkan lah di dalam hati akan sekian banyaknya makanan dan minuman yang halal, Allah SWT mengharamkan sebahagian kecilnya, supaya manusia dapat taati perintah-Nya dan di dalam perintah tersebut terdapat manfaat yang banyak buat manusia.

Tablighkan lah makanan dan minuman yang baik-baik dan berilah ancaman akan makanan dan minuman yang haram.

Amallah dengan memilih makanan yang baik-baik dan menghindari makanan dan minuman yang HARAM serta makanan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan.

 

Cabang Iman Ke-39

Menghindari memakai pakaian yang haram dan mendapatkan pakaian dari sumber yang haram.

Pakaian yang haram:

  1. Mendedahkan aurat.
  2. Membawa kepada kesombongan.
  3. Pakaian yang khas untuk agama tertentu misalnya baju sami Buddha.

Maka tasdiqkan lah akan perintah larangan ini dan begitu baik dan sunnah berpakaian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Sampaikanlah akan kelebihan berpakaian dengan cara sunnah (sederhana dan bersih).

Amallah dengan berpakaian yang bersih dan sederhana .

 

Cabang Iman Ke-40

Menghindari Hiburan dan Permainan yang melalaikan.

Hiburan dan permainan adalah harus dalam Islam namun ada beberapa kriteria atau aspek menjadikan hiburan itu haram.

Rasulullah SAW berhibur, antara hiburannya adalah mandi bersama-sama isterinya dalam bekas dan lawan lari.

Rasulullah SAW menghiburkan kanak kanak, isteri dan sahabat handai baginda SAW.

Rasulullah SAW juga membenarkan permainan baik toy (mainan tidak hidup) atau pet (mainan / peliharaan hidup).

Batas batas larangan dalam berhibur dan permainan.

Asal hukum bersukan adalah harus yang haramnya apa yang dilakukan oleh atletnya, misalnya membuka aurat, meninggalkan solat, waktu sukan tersebut melambatkan solat.

Maka tasdiqkan lah akan perintah supaya menjauhi kelalaian dan kesia-siaan.

Sampaikanlah akan sunnah berhibur dan jenis permainan yang tidak melalaikan. CEGAH sebarang bentuk hiburan dan permainan yang melalaikan.

Amallah dengan hiburan cara Rasulullah SAW dan jagalah ibadat fardu kita supaya tidak terleka dengan permainan.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan