Utama Bilik (100) CR Soalan Ujian CR

Soalan Ujian CR

168
0
Iklan

Panel: Cikgu Rahim
Assalamua’laikum wrh wbrkth Perkongsian ilmu pagi ini

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon
dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan __
2. Allah itu mematikan dan __
3. Allah menciptakan lelaki dan __
4. Allah memberikan kekayaan dan __

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dengan mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita “kemiskinan”???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian
firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ

“dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis.”
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ

“dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan.”
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ

“dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. “
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ

“dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan
kecukupan.”
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi
jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4
ramai terkeliru dengan apa yang Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta’ala dalam al-Qur’an bukan
“kemiskinan”, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta’ala hanya memberi Kekayaan
dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang
“menciptakan” kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa
bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan
tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan
kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.
Wallahua’lam

#tazkirah
#share

Https://t.me/BicaraCR

Baca dan share.

Komen dan Soalan