Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Tentang Zuriat

Tentang Zuriat

146
0
Iklan

1. Adakah ‘dyslexia’ (kecacatan perkembangan yang mempengaruhi secara khusus kebolehan seseorang kanak-kanak belajar membaca dan menulis) boleh berterusan sehingga dewasa?

‘Dyslexia’ memang berterusan hingga akhir hayat tetapi ia boleh dilatih untuk mengurangkan masalah.

 

2. Adakah “slow learner” itu sejenis penyakit?

Memang ada sesetengah keadaan menyebabkan dia ‘slow learner’. Itu bidang ‘audiologist, psychiatric, speech therapy’. Ada orang memang susah hendak belajar. Ada juga orang yang memang susah belajar bahasa.

 

3. Benarkah Jaundis (penyakit kuning) pada bayi berpunca daripada cara pemakanan si ibu?

‘Jaundice’ pada bayi biasanya disebabkan oleh hati bayi yang belum matang jadi pigmen bilirubin yang terbentuk tidak dapat dikendalikan dan meningkat. Ini yang menyebabkan kulit bayi menjadi kuning.

Tetapi ada juga penyakit yang merbahaya seperti saluran hati tidak terbentuk adalah kerana kumpulan darah emak dan anak tidak ‘compatible’, infeksi dan lain-lain.

 

4. Apakah kaedah yang boleh dicadangkan kepada pasangan yang susah mendapat anak pertama?

Untuk pasangan yang tiada anak buatlah pemeriksaan dan suami mesti diperiksa dahulu. Jangan buat jika si suami meminta isteri untuk diperiksa dahulu kerana untuk memeriksa orang lelaki sangat mudah iaitu hanya memerlukan sampel air mani.

Bila suaminya normal barulah periksa si isteri. Pastikan ada proses ovulasi berlaku, kedua-dua tiub tidak tersumbat dan tiada ketumbuhan dalam rahim yang boleh menghalang proses implantasi. Setelah segala ujian yang dijalankan adalah normal dan juga ‘timing’ pun betul, perlu pula dilihat pada diet pasangan tersebut. Banyak zat makanan yang penting diperlukan untuk kesuburan.

Komen dan Soalan