Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Gigi Rosak Dan Kolestrol

Gigi Rosak Dan Kolestrol

357
0
Iklan

1. Doktor yang merawat saya mengatakan gigi saya sudah mati akar. Namun sampai sekarang belum buat sebarang rawatan lagi. Saya biar ianya berongga begitu sahaja. Selepas enam bulan saya mula rasa sakit. Saya akan rasa sakit apabila makan makanan yang keras seperti timun.

Perlu berjumpa dengan doktor untuk melihat keadaan gigi sama ada masih baik untuk rawatan akar atau perlu dicabut. Kemungkinan perlu makan ubat dahulu sebelum rawatan.

 

2. Gigi geraham saya pula ada buat rawatan akar. Tampalan telah tercabut dan gigi tinggal serpih/sebahagian sahaja. Saya berasa takut hendak periksa gigi kerana takut perlu di ‘operate’. Saya belum pernah jumpa ‘dentist’ kerana belum ada rasa sakit. Bolehkah rawatan cabut gigi yang tinggal serpih/sebahagian ini dibuat tanpa ‘operation’?

Jika gigi pernah buat rawatan akar bererti dahulu gigi pernah sakit. Gigi yang telah dibuat rawatan ini juga akan lebih rapuh. Daripada keadaan yang diceritakan, kemungkinan gigi sudah tidak dapat dilakukan ‘restoration’ dan perlu dicabut. Kebiasaannya tidak perlu ‘operate’. Sila jumpa doktor gigi dahulu.

 

3. Saya ingin bertanya mengenai amalan pemakanan bagi pesakit jantung dan pesakit darah tinggi. Adakah pakar pemakanan di sini yang boleh mencadangkan amalan makan minum yang sihat sehingga boleh mengurangkan kolestrol di dalam darah?

Pemakanan bagi pesakit darah tinggi dan jantung adalah seperti biasa cuma perlu kurangkan minyak dan santan. Minyak dan santan mengandungi asid lemak yang tepu yang akan meningkatkan paras kolesterol selain dari menyebabkan cecair dalam saluran darah menjadi pekat dan ‘sluggish’(lembab). Ini tidak baik bagi pesakit darah tinggi dan sakit jantung.

Kolesterol boleh dimakan mengikut kajian yang dijalankan di US kerana ianya tidak meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Satu lagi perkara yang sangat penting adalah jangan lupa untuk ‘exercise’.

Makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas akan menyebabkan hati menghasilkan lebih banyak kolesterol. Ini adalah seperti nasi putih, roti putih, ‘cereals’ dan semua makanan yang dibuat dari tepung beras, gandum, pulut dan lain-lain.

Hati kita ‘produce’ 70% hingga 80% kolestrol di dalam badan. Kolestrol dari makanan hanya menyumbang sebanyak 20% hingga 30% sahaja.

Sebenarnya ‘high sugar or carbohydrate diet’ akan menyebabkan peningkatan insulin yang akan mengaktifkan enzim HMG-CoA ‘Reductase in the liver which will lead to higher production of cholesterol’.

Komen dan Soalan