Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah 11/16

Kawaid Bid’ah 11/16

150
0
Iklan

 

Teknik Baru Dakwah adalah Bid’ah (لا يشرع استعمال طريقة جديد لدعوة الناس إلى عبادة ربهم)
“Tidak disyariatkan penggunaan Teknik-teknik baru Dakwah dalam menyeru Manusia untuk beribadah)

 

Dalil:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” [AQ 5:3]

 

  • Islam telah lengkap dan sempurna, Nabi saw wafat setelah baginda menyampaikan semua yang sepatutnya disampaikan kepada manusia. Antara kesempurnaan Islam ialah teknik atau metod dalam menyampaikan dakwah kepada manusia. Apa jua teknik dakwah yang tidak digunakan oleh Nabi SAW sedangkan baginda tidak ada halangan menggunakannya, maka jika digunakan akan menjadi bid’ah dalam metod berdakwah.

 

  • Contoh: Nabi SAW tidak menggunakan metod menyanyi dalam dakwah sedangkan tidak ada halangan untuk Nabi SAW berbuat demikian, tetapi jika ada manusia yang menggunakan metod menyanyi untuk dakwah, maka ia menjadi Bid’ah dakwah.

 

وقد سئل شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى “11/620، 625”Syaikhul Islam pernah ditanya (Majmu’ Fatawa, jld 11: 620-625)

Mengenai seorang syaikh (tareqat) yang ingin mengembalikan masyarakatnya yang banyak maksiat dengan mengadakan majlis ilmu yang diisi dengan qasidah, nyanyian, puisi dan pukulan alat muzik. hasil inovasi syaikh tersebut, ramai orang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Jawab Syaikhul Islam:

“Nabi SAW dan salafussoleh menghadapi masyarakat yang jauh lebih teruk tapi mereka tidak pernah menganjurkan majlis-majlis seperti itu.”
Mungkin mereka menyatakan, nyanyian, sayembara puisi, lakonan, rancangan TV realiti dakwah seperti Pencetus Ummah, Da’i, Imam Muda telah berjaya menarik jutaan manusia dan ramai yang telah insaf. Namun, ia tetap bid’ah kerana dakwah hendaklah kekal di atas metod asal Nabi saw, bersih dari sebarang bentuk unsur hawa nafsu seperti muzik, nyanyian dan glamour.

 

 

Isu: Bagaimana dengan penggunaan media baru untuk dakwah seperti youtube, websites, blog, twitter, telegram, whatsApp, televisyen, live stream, radio sunnah di internet, kalau dahulu DVD dan kaset?

Jawab:
Maksud kaedah ini ialah sebarang teknik dakwah yang ada di zaman Nabi SAW, Nabi SAW ada halangan menggunakannya dan tidak dihalang menggunakan, tetapi Nabi SAW tidak mahu menggunakannya. Manakala alat media baru di atas, tidak ada di zaman Nabi, baginda terhalang dari memanfaatkannya kerana teknologi tersebut belum wujud lagi. Maka alat atau media yang baru yang tidak ada di zaman Nabi dan salaf, Nabi SAW terhalang menggunakannya kerana ia belum diciptakan, maka kita ingin menggunakan dalam dakwah tidak lah tercela dan bukan bid’ah.

 

 

Rumusan:

1.Bid’ah dalam dakwah ialah penggunaan metod yang sudah ada di zaman salafussoleh, namun Nabi SAW tidak menggunakannya, maka jika kita melakukan metod tersebut dalam dakwah, ia menjadi bid’ah.

2.Apa jua teknik, media yang tidak wujud di zaman salaf yang terbukti baik dan berkesan untuk dakwah, maka harus menggunakannya, ia bukan bid’ah.

Komen dan Soalan