Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah 10/16

Kawaid Bid’ah 10/16

254
0
Iklan

 

Ibadat yang Thabit di atas Sifat Tertentu, maka tidak boleh difokuskan kepada Bahagian Tertentu dan tidak melakukan kesemuanya adalah Bid’ah

(ما ثبت على صفة معينة من العبادات فان الاقتصار على جزء معين من تلك العبادة دون الإتيان بها بكاملها يعتبر بدعة)

 

Maksud kosa kata:

  • Ibadat yang thabit dari syarak dalam sifat tertentu maka kekallah ia dalam sifat tersebut, maka jika manusia melakukan sebahagian sahaja dianggap bid’ah.

 

  • Kata Abu Syamah (al-Baa’ith, 191) “Contoh ibadat yang thabit dengan sifat tertentu, misalnya wukuf di Arafah, bermalam di Mina, melontar jamrah, sa’iy adalah ibadat yang thabit dengan sifat dan waktu yang tertentu, maka tidak boleh kita melakukan sebahagian dari ibadat tersebut. Jika dilakukan, maka ia menjadi bid’ah.”

 

  • Maksudnya, ibadat itu khusus untuk orang haji dalam satu pakej, bermula dengan memakai ihram. Contoh berada di Arafah. Di Arafah, boleh solat dan beribadat di bawah panas matahari tanpa bumbung.

 

  • Manakala orang Islam di tempat lain, tidak boleh secara sengaja mahu beribadat di tanah lapang, di bawah panas matahari. Jika dia berbuat demikian, taqarrub dia tidak sampai dan menjadi bid’ah, sedangkan orang haji tidak dikira bid’ah kerana nas Arafah, Mina dan Mudzalifah memang sejak salaf solat di bawah langit terbuka. Maksudnya beribadat di bawah langit terbuka.

 

وقال ابن رجب في جامع العلوم والحكم “57”: وليس ما كان قربة في عبادة يكون قربة مطلقاً، فقد رأى النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً قائما في الشمس، فسأل عنه، فقيل: إنه نذر أن يقوم ولا يقعد ولا يستظل وأن يصوم، فأمره النبي صلى الله عليه وسلم أن يقعد ويستظل وأن يتم صومه فلم يجعل قيامه وبروزه في الشمس قربة يوفى بنذرها

Kata Ibn Rajab al-Hanbali (Jami’ al-Ulum wal Hikam, 57) “Tidak semua amal ibadah boleh mendekatkan diri kepada Allah secara mutlak (maksudnya asalkan buat ibadat, semua pasti akan mendekatkan diri kepada Allah). Contoh: Pernah Nabi saw melihat seorang lelaki berdiri atau qiam di bawah panas matahari. Lalu baginda bertanya. Mereka menjawab, lelaki itu bernazar akan berpuasa dalam keadaan berdiri di bawah panas matahari sehingga berbuka. Lantas Nabi memerintahkan lelaki itu supaya berhenti.

 

  • Maka tindakan ekstrim beribadat itu tidak membawa manusia dekat kepada Allah bahkan menjadi bid’ah pula. Padahal, berdiri di tengah panas boleh pula ketika di Arafah bagi orang yang berihram sahaja atau orang yang ingin mengerjakan haji memang boleh solat di tengah panas di Arafah.

 

  • Di waktu lain, solat atau puasa di bawah panas terik matahari adalah perbuatan bid’ah.
    Ekstrim di Arafah adalah thabit, manakala orang lain yang ingin solat di bawah panas matahari di tempat lain menjadi bid’ah agama.

Komen dan Soalan