Bab Neraka.
فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا ۖ وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ * النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ
[Ghafir: 45 – 46]
Seperti salib bagi orang Kristian yang puja Nabi Isa AS, selipar pula untuk geng selipar yang puja Nabi Muhammad SAW iaitu serupa mensyirikkan Allah .
Tafsir ayat Ghafir 45-46
Kisah Nabi Musa AS dan Firaun ayat 45
Bab 1
Maka Kami selamatkan Nabi Musa AS dari keburukan rancangan jahat Firaun yang hendak membunuh Nabi Musa AS dan pengikut-pengikutnya dengan menyeberangi laut.
Bab 2
Dan ditimpa kepada keluarga Firaun dan Firaun juga keburukan, azab, iaitu dilemaskan, mati dalam laut.
Tafsir: Allah SWT sentiasa selamatkan penyeru tauhid dahulu, sekarang, dan akan datang dari keburukan rancangan jahat basmi tauhid dengan membunuh orang penyampai tauhid diganti dengan mereka sendiri yang terima azab.
Ayat 46
Keadaan Firaun dan kaumnya serta siapa-siapa sahaja yang mengkhianati penyeru tauhid dahulu dan akan datang.
Bab 1
Neraka. Mereka akan tetap masuk ke dalamnya. Azab Neraka di sini ialah azab Neraka alam Barzakh.
Bab 2
Pagi dan petang diseksa iaitu sepanjang masa.
Bab 3
Berlaku di Akhirat kelak iaitu dimasukkan keluarga Firaun dan Firaun ke dalam azab yang lebih teruk lagi. Ayat Al-Quran di atas adalah dalil azab alam Barzakh wujud.
وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِنَ النَّارِ
[Ghafir: 47]
Ini pula keadaan mereka yang dalam Neraka berbalah-balahan dan berbantah-bantahan.
Bab 1
Dan ingatlah/ketahuilah ketika mereka berbalah bantah sesama mereka ahli Neraka lalu berkata orang-orang yang lemah/murid kepada orang-orangyang sombong di dunia, sombong hendak belajar wahyu, iaitu tok guru mereka, “Sesungguhnya kami ini pada kamu adalah murid kamu”.
Bab 2
Tujuan bertanya, “Maka adakah tok guru boleh selamatkan kami sebahagian daripada azab Neraka ini?”
قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُلٌّ فِيهَا إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ
[Ghafir: 48]
Berkata orang-orang yang sombong ajakan tauhid tok guru mereka, “Sesungguhnya kita semua tetap duduk di dalam Neraka”.
Bab 3
Sesungguhnya Allah SWT telah memberi keputusan antara hamba-hamba-Nya. Sekejap tadi di Mahsyar kita ini ahli Neraka tidak boleh buat apa-apa lagi.
وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِنَ الْعَذَابِ
[Ghafir: 49]
Setelah mereka berputus asa sebab tok-tok guru mereka tidak boleh tolong mereka, mereka minta tolong dengan penjaga Neraka, Zabaniah AS dan berkata orang-orang ahli Neraka pada penjaga Neraka jahanam: Tolong doakan pada tuhan kamu selamatkanlah kami sebahagian daripada azab Neraka ini iaitu sehari sahaja.
قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۚ قَالُوا فَادْعُوا ۗ وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ
[Ghafir: 50]
Doa orang ingkar tauhid dalam Neraka.
Bab 1
Malaikat Zabaniah berkata: Tidakkah pernah datang pada kamu para rasul/nabi /daie dengan membawa dalil bukti daripada Tuhan kamu dan dari ajaran daie-daie itu adakah mereka suruh kamu berdoa cara tawassul dengan orang alim? Atau mereka suruh kamu doa terus kepada Allah? Ahli Neraka menjawab, “Ya, mereka suruh begitu”.
Bab 2
Malaikat pun kata: kamu berdoa sendirilah kepada Allah.
Malaikat di Neraka suruh musyrikin berdoa terus kepada Allah SWT. Semasa di dunia, mereka tahu berdoa terus kepada Allah SWT. Malaikat pula bukannya kerja hendak tolong mereka ahli Neraka tetapi untuk azab mereka sahaja. Berdoa dalam Neraka oleh ahli Neraka apakah ketentuan Allah SWT terhadap doa orang di Neraka begini; boleh atau tidak? Ini “idkhal ilahi,” ketetapan Allah SWT. Tidaklah doa orang-orang ingkar tauhid di Neraka itu, melainkan sia-sia sahaja.
Tafsir
Tidak boleh kita berdoa berperantaraan dengan sesiapapun di dunia ini tentang hal hajat dunia. Doa ahli Nerakatidak makbul
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ أَنَّىٰ يُصْرَفُونَ
[Ghafir: 69]
Ini pula kenapa mereka boleh masuk ke Neraka.
Tidakkah kamu tengok iaitu tidakkah kamu tahu orang-orang yang membantah terhadap ayat-ayat Allah bagaimana boleh mereka ini terpesong! [Ghafir: 2].
Tidak membantah terhadap ayat-ayat Allah SWT melainkan orang-orang ingkar tauhid sahaja. Jangan memperdayakan kamu bagaimana sibuknya guru-guru mereka ke sana ke mari menyebar syirik bid’ah sambil kutip duit. Kita pun boleh tengok bagaimana mereka di sini membantah ayat Al-Quran bila ditulis; tidak suka mereka belajar tafsir. Tidak suka dengar. Soal jawab mereka hanya hendak membenarkan pendapat tok-tok guru mereka walaupun Ayah Aji tulis ayat Al-Quran mereka bantah dengan hujah tok guru mereka.
الَّذِينَ كَذَّبُوا بِالْكِتَابِ وَبِمَا أَرْسَلْنَا بِهِ رُسُلَنَا ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
[Ghafir: 70]
Iaitu orang-orangyang berdusta/menolak dengan Al-Quran ini dan dengan ajakan tauhid yang Kami utuskan rasul-rasul Kami supaya mereka kembali tunduk mengEsakan Allah SWT semula. Pasti kelak mereka akan tahu.
Pelajar: Apakah sebenarnya maksud tawassul?
Ayah Aji : Tawassul ialah guna perantara di antara seorang dengan guna seorang yang lain untuk sampaikan hajat kepada Allah SWT
إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ
[Ghafir: 71]
Ketika Kami belenggu pada leher-leher mereka dengan rantai besi, dari hadis, 40 hasta panjang. Diikat dua tangan pada leher mereka, diikat juga dua kaki mereka dengan rantai besi itus erta dibelit ke tubuh mereka. Mereka diseret ke air panas Neraka.
فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ
[Ghafir: 72]
Mereka dicelup/ celur dalam air panas itu. Bila sudah empuk masuk pula ke dalam api mereka di panggang.
ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ
[Ghafir: 73]
Kemudian dikatakan pada mereka itu,“Mana dia orang-orangyang kamu seru dahulu, yang kamu syirik tawassul kepada Allah?
مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ الْكَافِرِينَ
[Ghafir: 74]
Selain daripada Allah, selain daripada minta terus kepada Allah?”
Mereka jawab, “Hilang lenyap daripada kami. Mereka semua tidak mengaku pun kami pernah seru mereka”. [Yunus: 28-30]
Bahkan mereka kata lagi, “ tidaklah kami seru sesiapa sebelum ini iaitu di dunia dahulu seorang pun”.
Tafsir
A. Mereka tidak mengaku seru orang sudah mati
B. Mereka seru orang-orang mati itu kerana mereka rasa tidak bersalah.
Begitulah Allah sesatkan orang-orang yang ingkar tauhid ini. Memang benar tawassul ini sesat. Sesiapayang bertawassul dengan orang sudah mati telah melakukan syirik terhadap Allah SWT. Tidak berpeluang langsung untuk ke Syurga. Berbagai dalil sudah Ayah Aji mengajar di sini.
ذَٰلِكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَفْرَحُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَمْرَحُونَ
[Ghafir: 75]
Demikianlah kamu ahli Jahanam sebab kamu bergembira dengan akidah-akidah syirik kufur bid’ah semasa hidup di dunia ini beribadah tanpa dalil Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dan dengan sebab kamu bergembira dengan tidak tahu apa Al-Quran dan sunnah Nabi SAW sambil bergembira dengan ajaran tok-tok guru kamu.
ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
[Ghafir: 76]
Masuklah kamu ke mana-mana pintu Neraka Jahanam ini kekal buat selama-lamanya. Jika masuk seburuk-seburuk tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong pada ajakan tauhid Allah, sombong hendak belajar wahyu Allah SWT, sombong hendak ikut ajaran nabi Muhammad Rasulullah SAW.
Wallahua’alam.