Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Doa Selepas Wudhu, Syahid Dunia, Jauhi Hasad (Daif)

Doa Selepas Wudhu, Syahid Dunia, Jauhi Hasad (Daif)

883
0
Iklan

1. Doa Selepas Berwudhu
Dari Umar bin Khathab ra, Rasulullah SAW bersabda,

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

“Tidaklah salah seorang di antara kamu berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian mengucapkan, [Aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah] kecuali Allah akan bukakan untuknya lapan pintu Syurga yang mana dia boleh memasuki dari mana-mana pintu.” [Muslim: 234]
Tambahan Tirmizi rh, tambahan doa:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ، وَاجْعَلْنِي مِنَ المُتَطَهِّرِينَ

“Allahummaj ‘alni minat tawwabiina waj’alnii minal mutathohhiriin (Ya Allah jadikanlah aku termasuk hamba-hambaMu yang rajin bertaubat dan menyucikan diri).”[Shahihul Jami’: 6046]

2. Dalam Hadis Nabi SAW riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, ada dinyatakan tentang orang yang mati syahid seperti terkena sakit taun, sakit perut dan mati lemas. Kemudian saya terbaca yang mati syahid seperti itu adalah ‘syahid dunia’. Ia tidak sama seperti syahid fisabilillah. Soalan saya, apakah istilah ‘syahid dunia’ itu dan adakah mereka yang mati seperti itu akan mendapat kelebihan seperti orang yang mati syahid fisabilillah di akhirat kelak?
Maksud syahid dunia.
Al-Hafidz Al-Aini mengatakan,

فهم شُهَدَاء حكما لَا حَقِيقَة، وَهَذَا فضل من الله تَعَالَى لهَذِهِ الْأمة بِأَن جعل مَا جرى عَلَيْهِم تمحيصاً لذنوبهم وَزِيَادَة فِي أجرهم بَلغهُمْ بهَا دَرَجَات الشُّهَدَاء الْحَقِيقِيَّة ومراتبهم، فَلهَذَا يغسلون وَيعْمل بهم مَا يعْمل بِسَائِر أموات الْمُسلمين

“Mereka mendapat gelar syahid secara status, bukan hakiki. Dan ini kurnia Allah untuk umat ini, di mana Dia menjadikan musibah yang mereka alami (ketika mati) sebagai pembersih atas dosa-dosa mereka, dan ditambah dengan pahala yang besar, sehingga menghantarkan mereka mencapai darjat dan tingkatan para syuhada hakiki. Kerana itu, mereka tetap dimandikan, dan ditangani sebagaimana umumnya jenazah kaum Muslimin”. [Umdatul Qari Syarh Sahih Bukhari, 14:128]
Maksudnya, jika orang Islam mati kerana kanser usus, maka dia mati syahid dunia, statusnya mati syahid tetapi masih kena selenggara secara biasa, mandi dan kapan, syahid ini Allah SWT yang beri khusus kepada umat Islam sebagai ganjaran. Ganjaran syahid jenis ini sudah tentu tidak sama ganjaran dengan mati syahid fisabilillah yakni mati kerana perang dengan orang kafir, ini kerana Syurga ada banyak tingkat atau gred. Ada Syurga 6 bintang dan ada yang 1 bintang. Namun masuk Syurga itu sudah cukup. Maka mati sakit perut pun dapat syahid, maka mana lagi sebab kita tidak mahu bersyukur.

3. Jauhi sifat dengki.
Abu Hurairah ra berkata, sabda Nabi SAW:
‘Awaslah kamu daripada dengki (hasad), kerana hasad itu akan memakan semua ‘amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu atau rumput.’ [Abu Daud, Riyadhus Solihin Jilid 1&2, ms 445]
Tahqiq:

الكتاب : سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة وأثرها السيئ في الأمة
المؤلف : محمد ناصر الدين بن الحاج نوح الألباني
1902 – إياكم والحسد ، فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب “”
ضعيف .رواه عبد بن حميد في ” المنتخب من المسند ” ( 153 – 154 ) والبخاري في ” التاريخ ” ( 1 / 1 / 272 ) وأبو داود ( 2 / 4903 ) وابن بشران في” الأمالي ” ( 143 / 2 و183 / 1 ) وأبو بكر الكلاباذي في ” مفتاح المعاني ” (376 / 2 ) عن إبراهيم بن أبي أسيد عن جده عن أبي هريرة مرفوعا وقال البخاري : ” لا يصح “

Hadis Daif, Al-Albani, Silsilah Al-Daifah: 1902, berkata al Bukhari, tidak sahih namun, untuk fadhail al-amal, ia dibolehkan cuma diketahui akan kelemahannya.

Komen dan Soalan