Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 131 : Nasab dan Nama al-Mahdi

TKK 131 : Nasab dan Nama al-Mahdi

370
0
Iklan

 

Bahagian 2: Nasab dan Nama al-Mahdi

 

  • Mahdi dari zuriat al-Hasan atau al-Husin bin Ali ra. Terdapat polemik antara sunni dan syiah akan nasab al-Mahdi, samada ia keturunan al-Hasan atau al-Husin. Sunni berpendapat ianya dari al-hasan, manakala syi’ah dari al-Husin bin Ali.

 

  • Terdapat hadith yang khusus dalam hal ini, atsar dari Ali:


قال أبو داود حدثت عن هارون بن المغيرة قال ثنا عمرو بن أبي قيس عن شعيب بن خالد عن أبي إسحاق قال قال علي رضي الله عنه ونظر إلى ابنة الحسن فقال : إن ابني هذا سيد كما سماه النبي صلى الله عليه وسلم وسيخرج من صلبه رجل يسمى باسم نبيكم يشبهه في الخلق ولا يشبهه في الخلق

Dari Abu Ishaq, ia berkata : Telah berkata ‘Ali rad sambil melihat kepada anaknya Al-Hasan : “Sesungguhnya anakku ini adalah sayyid sebagaimana Nabi saw menamakannya. Dan akan keluar dari tulang sulbinya kelak seorang laki-laki yang bernama dengan nama nabi kalian, serupa dalam akhlaqnya, namun tidak serupa dalam bentuk tubuhnya.

[HR Abu Daud no. 4290; digredkan dha’if oleh Al-Albani dalam Dha’if Abi Daud ].

 

Walaupun ianya dhaif, ulamak-ulamak sunni membuat kesimpulan dari hadith-hadith lain sebagai penguat mengutamakan keturunan al-Hasan, antaranya Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah, antara hujahnya kenyataan Ibn Katsir rh:


وهو محمد بن عبد الله العلوي الفاطمي الحسني رضي الله عنه

“Ia adalah Muhammad bin ‘Abdillah Al-‘Alawiy Al-Faathimiy Al-Hasaniy radhiAllaahu ‘anhu” [An-Nihaayah fil-Fitan wal-Malaahim, 1/29].

 

Hujah lain ialah syiah menyebut namanya: Muhammad bin al-Hasan al-Askari, sedangkan dalam hadith sahih ialah Muhammad bin Abdullah.

 

Rumusan:

Yang paling rajih ialah dia dari keturunan ahlil bayt, al-Hasan atau al-Husin bukan isu utama. Sebagaimana hadith sebelumnya:


عن على رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : المهدي منا أهل البيت يصلحه الله في ليلة

Dari ‘Ali ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : “Al-Mahdi itu berasal dari keturunan kami, Ahlul-Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam”

[Diriwayatkan oleh Ahmad 1/84; Ahmad Syaakir(1/444)berkata:”Sanadnya sahih”]

 


Bagaimana kita berhadapan dengan orang yang mendakwa dia adalah al-Mahdi akhir zaman?

Sudah jelas, bahawa al-Mahdi akhir zaman adalah dari keturunan Arab Hijaz (Saudi Arabia sekarang), khusus dari ahlil bayt, namanya sama dengan nama Nabi, Muhammad bin Abdullah bukan Muhammad bin Hasan al-Askari.


عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لو لم يبق من الدنيا إلا يوم قال زائدة في حديثه لطول الله ذلك اليوم ثم اتفقوا حتى يبعث فيه رجلا مني أو من أهل بيتي يواطىء اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبي

Dari ‘Abdullah, dari Nabi saw bersabda : “Seandainya dunia ini tidak tersisa kecuali hanya sehari saja”. Zaaidah menyebutkan dalam haditsnya : “maka Allah akan memanjangkan hari itu”. Kemudian mereka (para perawi) bersepakat – dalam menyebutkan lafadz – : “hingga Allah mengutus seorang laki-laki dariku, atau dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku, dan nama bapaknya juga sama dengan nama bapakku….”

[Diriwayatkan oleh Abu Daud no. 4282; Al-Albani berkata dalam Sahih Abi Dawud : “Hasan sahih”]

 

Tamat bab nasab

Komen dan Soalan