Dari Meja Rektor
Dikongsi oleh: Cikgu Rahim
Fikratuna bermakna fikrah kita..
Dalam isu-isu yang diperselisihkan, kita berpegang kepada amalan salafus saleh… itulah jalan yang lebih selamat.. bab ibadat tambahan yang tidak dilakukan oleh para sahabat, dua pendapat; boleh vs tak boleh.
Lebih baik kita berpegang kepada tak boleh kerana kita akan jumpa Allah untuk dihisab. Mana yang selamat?
Tadabbur Bersama Ustaz Baharuddin Ayudin
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد:
Yang dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan UiTO Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke jalan-Nya yang lurus dan istiqamah meneruskan usaha belajar dan mengajar al-Qur’an yang menjadi kewajipan ke atas kita semua.
Hari ini kita akan membincangkan ayat ketiga [88:3]
Holy Quran 88:3
——————
عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
Cuba paparkan terjemahan Indonesia
Mereka melakukan kerja keras lagi kepayahan sedangkan agama itu sendiri adalah mudah, [22:78]
Holy Quran 22:78
——————
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama
iaitu taat dan ittiba‘ di atas asas kasihkan Allah, [2:165]
Holy Quran 2:165
——————
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
orang-orang yang beriman itu sangat cinta (taat) kepada Allah.
takutkan azab-Nya [76:10]
Holy Quran 76:10
——————
إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا
“Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.
dan mengharapkan rahmat-Nya. [33:21]
Holy Quran 33:21
——————
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
Mereka melakukan kerja keras lagi kepayahan sedangkan agama itu sendiri adalah mudah, [22:78] iaitu taat dan ittiba‘ di atas asas kasihkan Allah, [2:165] takutkan azab-Nya [76:10] dan mengharapkan rahmat-Nya. [33:21] Sayangnya ada orang yang bersungguh-sungguh melakukan ibadat di dunia ini dengan kesungguhan orang yang pemalas.
Soalan: Seorang murid tidak pernah ponteng sekolah, datang tepat pada waktu, tetapi tidak peduli pelajarannya. Adakah ini murid yang cemerlang?
Soalan: Apabila menghadiri perhimpunan segak dengan uniform yang kemas, bertali leher, bersemangat menyanyi, tetapi bila ditanya soalan di dalam kelas tidak tahu apa yang dipelajari. Adakah ini murid yang rajin?
Apabila berdiri untuk salat, mereka berdiri dalam keadaan tidak mengerti apa yang dibaca. Justeru itu peringatan daripada Allah tidak dapat dihayati kecuali sedikit sekali. [4:142]
Holy Quran 4:142
——————
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Soalan: Bagaimana keadaan salat orang Islam hari ini? Adakah mereka hanya rajin pada luarannya sahaja, tetapi hakikatnya adalah pemalas?
Kehadiran OK, tetapi kefahaman KO. Inilah rupa orang yang malas. Setuju?
Inilah salat orang yang malas. Tiada persediaan sebelum mendirikannya dan tiada terjelma tindakan selepas mendirikannya. [107:1-7]
Holy Quran 107:1
——————
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Allah SWT berfirman:
فَذٰلِكَ الَّذِيْ يَدُعُّ الْيَتِيْمَ
“Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,”
(QS. Al-Ma’un: Ayat 2)
Holy Quran 107:3
——————
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
Holy Quran 107:4
——————
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –
Holy Quran 107:5
——————
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Allah SWT berfirman:
الَّذِيْنَ هُمْ يُرَآءُوْنَ
“(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),”
(QS. Al-Ma’un: Ayat 6)
Allah SWT berfirman:
وَيَمْنَعُوْنَ الْمَاعُوْنَ
“Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).”
(QS. Al-Ma’un: Ayat 7)
Tahukah engkau orang yang mengaku kuat pegangan agamanya, tetapi pembohong.
Itulah dia orang yang tidak pedulikan anak yatim.
Tidak berusaha menyediakan peluang pekerjaan untuk orang yang miskin.
Kecelakaan besarlah bagi orang yang salat.
Tidak sedar akujanji yang diucap dalam salat.
Salatnya tidak lebih sekadar pamer imej baik, tetapi hakikatnya palsu.
Tindakannya untuk menolong orang lain tidak pernah nampak walaupun dengan sesuatu yang ringan dan mudah.
Hadir Ok, kefahaman KO, kerja sekolah tak pernah buat, kalau buat pun sekadar melepaskan batok di tangga. Baikkah pelajar yang semacam ini? Taatkah pelajar yang seumpaman ini?
Bagaimana CR
Inilah musibah yang sedang menimpa kaum Muslimin hari ini. Sebabnya ibadat itu dikerjakan tanpa didasari ilmu, maka ia lebih cenderung kepada amalan rahbaniyyah yang dilakukan atas sangkaan bukan berpandukan dalil walaupun atas niat mencari keredaan Allah. [57:27]
Holy Quran 57:27
——————
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka.
Soalan Fatihah tadi sudah terjawab?
Oleh kerana itu asas amalannya itu terdedah kepada kepercayaan syirik kepada Allah dan cara pelaksanaannya terdorong kepada perbuatan bid‘ah yang berlawanan dengan amalan Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam.
Maka amalannya itu tidak membuahkan hasilnya, kerana apabila hendak ditimbang jadilah ia debu-debu yang berterbangan. [25:23]
Holy Quran 25:23
——————
وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
Sayang sekali, lantaran terpedaya dengan bisikan syaitan, amalannya yang buruk itu disangka baik [18:103-106]
Holy Quran 18:103
——————
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
Holy Quran 18:104
——————
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
Holy Quran 18:105
——————
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Holy Quran 18:106
——————
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
dan diyakini berada di atas petunjuk yang benar [43:36-37]
Holy Quran 43:36
——————
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Holy Quran 43:37
——————
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
tanpa ilmu, petunjuk atau kitab yang menerangi. [22:8]
Holy Quran 22:8
——————
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
Itu tadi di dunia BERSUSAH PAYAH dengan kerja sia-sia. Berikutnya ialah beroleh balasan KEPAYAHAN di akhirat
Akibatnya lagi berpenat lelah dengan azab neraka Jahannam, disebabkan keingkaran mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan [18:106]
Holy Quran 18:106
——————
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
dan mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [4:115]
Holy Quran 4:115
——————
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Penduduk Jahannam itu tidak hidup dalam pengertian sebenarnya kerana tidak pernah merasai nikmat dan tidak pula mati kerana berkekalan hidup dalam seksaan. [20:74]
Holy Quran 20:74
——————
إِنَّهُ مَنْ يَأْتِ رَبَّهُ مُجْرِمًا فَإِنَّ لَهُ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ
“Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.
Akhirnya, berilah perhatian yang bersungguh kepada al-Qur’an bagi mengelak kesyirikan. Justeru syirik adalah doa yang tidak diampunkan Allah kecuali bertawbat. [4:48]
Holy Quran 4:48
——————
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.