Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah Siri 7/16

Kawaid Bid’ah Siri 7/16

208
0
Iklan

 

 

Tersebar luas sesuatu Ibadah di kalangan Manusia bukanlah Dalil ia disyariatkan kecuali dengan Dalil juga (شيوع عبادة ما وانتشارها بين الناس لا يدل ذلك على مشروعيتها إلا بدليل)

 

Syarah istilah:

Ramai orang dalam negara melakukan sesuatu ibadah, bahkan digazet oleh Majlis agama negeri bukanlah membuktikan sesuatu amalan itu ibadah yang disyariatkan. Ini kerana ibadat atau amalan agama tidak thabit dengan ramainya orang melakukannya atau ianya amat popular di kalangan masyarakat. Banyak kita dengar, amalan atau ibadat ini sudah dilakukan turun temurun oleh bangsa kita, disahkan oleh ramai ulama’ termasuk Pattani dan Indonesia. Sebaliknya amalan itu tidak berdasarkan Al Quran dan Sunnah.

 

قال الطرطوشي في كتاب الحوادث والبدع “73071”: فصل: شيوعة الفعل لا تدل على جوازه: في الكلام على فريق من العامة وأهل التقليد قالوا: إن هذا الأمر شائع ذائع في أقاليم أهل الإسلام وأقطار أهل الأرض، فالجواب: أن نقول: شيوعة
الفعل وانتشاره لا يدل على جوازه، كما أن كتمه لا يدل على منعه

Berkata Imam Abu Bakar al-Turthusi (w.520H),” Tersebar luasnya sesuatu amalan bid’ah di dalam masyarakat awam tidaklah menjadi dalil keharusan kita turut melakukannya, begitu juga penyembunyian sesuatu amalan dari amalan masyarakat tidak menjadi dalil untuk kita mengamalkannya.”
[al-Hawaadits wa al-Bida’]

 

  • Maksud Turthusi ialah amalan popular yang dilakukan ramai manusia bukanlah dalil untuk kita melakukannya; manakala sunnah yang ditinggalkan masyarakat, bukanlah dalil untuk kita tidak beramal dengan ibadat tersebut.

 

  • Contoh mudah, amalan paling popular ialah tahlil arwah, amalan yang popular hingga ke istana, namun ia bukan dalil syara’ ianya ibadah yang sunnah. Manakala manusia meninggalkan i’tikaf pada 10 terakhir kerana sibuk balik kampung dan sibuk membuat persediaan hari raya bukanlah dalil i’tikaf ditinggalkan.

Komen dan Soalan