4.5 Apakah percaya kepada al-Mahdi usyul atau furuq aqidah?
Apabila kita mengetahui ada ulama’ dan cendikiawan Islam yang mengingkari kemunculan al-Mahdi, maka kita tertanya-tanya, apakah aqidah mereka rosak?
Jawabannya,
- Tidak, cuma mereka tergolong dalam orang yang angkuh dan sombong, sedangkan ia ditetapkan sebagai sahih oleh majoriti ahli hadith, antaranya Imam Abu Daud, Tirmidzi, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah.
- Ini kerana tanda kiamat hanyalah furuq aqidah, yang menjadi usyul aqidah ialah percaya kepada hari kiamat.
- Tanda-tanda kiamat adalah furuq aqidah atau cabangnya sahaja. Maka, jika ada yang mengingkarinya, misalnya al-Mahdi, maka ia tidaklah menjejaskan usyul aqidah iaitu percaya kepada hari kiamat.
Dalilnya:
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .
[رواه مسلم]
Terjemahan hadith/ ترجمة الحديث :
Dari Umar ra,dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Rasulullah saw lalu merapatkan kedua lututnya kepada kepada Rasulullah saw seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik atau pun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim, matan arbai’in no 2)
Dalam hadith di atas, terang dan nyata disebut akan enam rukun iman yang menjadi asas kepada aqidah seorang muslim yang mukmin.
Keenam-enam rukun Iman tersebut adalah :
1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman kepada malaikat-malaikatNYA.
3. Beriman kepada kitab-kitab NYA.
4. Beriman kepada nabi dan Rasul NYA.
5. Beriman kepada hari kiamat.
6. Beriman dengan qada’ dan qadar.
- Maka beriman kepada al-Mahdi tidak termasuk di dalam dasar aqidah yang usyul (pokok).
- Maka bila Ibnu Khaldun, Muhammad Rashid Ridha, Hamka, Qadhi Qatar, Farid Wajdi, Hasan al-Banna dan Dr Qardhawi meraguinya, maka tidak bermakna aqidah mereka telah rosak. Ini kerana mereka hanya menyelisihi ashabul hadith dan jumhur ulama’ yang menetapkan iman kepada kedatangan al-Mahdi adalah sahih dan menjadi aqidah umat Islam.
- Sumber rujukan: Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad, Arab Saudi.Kitab Ar-Radd Ala Man Kadzdzaba bil Ahadits Ash-Shahihah fil Mahdi.