Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Kasih Sayang Allah, Infak Jauhi Neraka, Hasyawi

Kasih Sayang Allah, Infak Jauhi Neraka, Hasyawi

401
0
Iklan

1. Apakah status hadis qudsi di bawah ini?
Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:
“Kasih sayang-Ku berhaklah diberikan kepada orang yang cinta-mencintai kerana-Ku. Kasih sayang-Ku berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim kerana-Ku. Kasih sayang-Ku berhaklah diberikan kepada orang yang saling menasihati kerana-Ku. Kasih sayang-Ku berhaklah diberikan kepada orang yang saling menziarahi kerana-Ku. Kasih sayang-Ku berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu-membantu kerana-Ku. Orang yang cinta-mencintai kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada.” [ Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha’i]

حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتواصلين في وحقت محبتي للمتناصحيها في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في المتحابون في على منابر من نور يغبطهم بمكانهم النبييون والصديقون والشهداء رواه أحمد وابن حبان والحاكم والقضاعي عن عبادة بن الصامت
الراوي : عبادة بن الصامت | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب
الصفحة أو الرقم: 3020 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Penilaian Al-Albani, sahih, Sahih At-Targheeb: 3020.

2. Bolehkah kita mempunyai persepsi bahawa menginfakkan harta benda kita ke jalan Allah SWT adalah satu cara mudah atau ibarat tiket untuk mendapatkan Syurga?
Memang itupun tujuan sedekah,

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

“Jagalah diri kamu dari api Neraka, walau hanya dengan bersedekah sepotong kurma”. [Al-Bukhari-Muslim, juga al-Albani, Sahihul Jaami’: 114]

3. Bolehkah jelaskan maksud “hasyawi”? Ibn Taimiyah rh mengatakan, muktazilah yang suka beri gelaran pada orang yang berpegang dengan hadis Nabi SAW.
Ini tuduhan ahli bid’ah kepada ahli sunnah, atau puak asya’ari kepada salafi. Maksud “hasyawi” ialah orang yang keliru, berfikiran yang kacau, mempunyai masalah mental. Asalnya Imam Ibn Taimiyah berkata kepada Imam Abu Hasan Al-Asyari sebelum kembali menganut akidah salaf, Imam Abu Hasan adalah seorang hasyawi, dia bermula dengan akidah muktazilah, kemudian keluar dan membentuk akidah asya’irah dan akhirnya dihujung hayatnya dia kembali kepada salaf. Maka setelah 40 tahun berakidah muktazilah, dia menjadi hasyawi yakni pemikirannya menjadi kacau.
Maka puak asya’irah kemudian mengembalikan istilah hasyawi kepada Ibn Taimiyah, bagi mereka orang yang kacau pemikirannya itu ialah Ibn Taimiyah, kerana dia berakidah mujassimah. Sebab itu kena kuatkan manhaj sunnah dahulu, baru boleh mengkaji manhaj yang lain.
Ini bab Usuluddin, kena baca kitab-kitab besar seperti Al-Mihal wa Nihal oleh Ibn Hazm dan Farq Baina Firaq oleh Khatib Baghdadi atau Al-Milal oleh Syahrastani.

Komen dan Soalan