Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Tafsir Surah At-Takatsur – Tafsir Ayat Ke-5 dan Ke-6

Tafsir Surah At-Takatsur – Tafsir Ayat Ke-5 dan Ke-6

1005
0
Iklan

Tafsir Surah At-Takatsur

Kita baru belajar bab Mizan ( dalam Surah Al-Qariah ). Maka, telah diketahui bahawa Mizan sekiranya atas dunia kita suka buka aib orang lain.

Maka dalam hal tragedi baru-baru ini, usaha lah agar kita jangan buka aib atau sebarkan aib tersebut. Tidak kisahlah kalau marah sekali pun, hati-hati samaran iblis.

Sebelum kita meneruskan pengajian, seperti biasa akan mengimbas semula pengajaran sebelum ini.

1. Peringatan Allah agar manusia mengambil iktibar daripada kematian.

2. Penerangan Allah mengenai kedahsyatan hari yang bakal kita hadapi (barzakh dan akhirat).

Maka pengajaran seterusnya adalah penekanan mengenai ilmu yang mampu menambah keyakinan iman manusia untuk menjadi orang bertaqwa.

Tafsir Ayat Ke-5:

كَلّا لَو تَعلَمونَ عِلمَ اليَقينِ

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

كَلّا

Janganlah begitu.

لَو

Kalaulah ( kalimah yang menunjukkan perasaan menyesal )

لَو تَعلَمونَ

Kalaulah kamu semua tahu (keadaan yang menunjukkan kamu akan menyesal. Pada waktu itu telah rugi kerana tidak boleh kembali ke dunia untuk memperbaiki diri)

عِلمَ اليَقينِ

Pengetahuan yang pasti. (Perkataan ini juga sama dalam bahasa Melayu : YAKIN)

Namun lebih mendalam : Yakin di sini adalah natijah yang didapati setelah ada ilmu. Oleh itu “YAKIN” di sini adalah “Percaya dengan bersungguh”.

“ihsan” pula bermaksud: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat mu.”

Haqqul yakin – rasa dan tindakan sama-sama selari.

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

Dan sembahlah Tuhan mu, sehingga datang kepada mu (perkara yang tetap) yakin.(Al-Hijr – 99)

Terdapat tujuan yang besar apabila Allah SWT mengutarakan perihal “Ilmu Yakin” pada surah ini, iaitu:

1. Supaya manusia sedar bahawa ilmu tersebut berada sejak atas dunia lagi, iaitu melalui firman-firman Allah SWT yang terdapat dalam Al-Quran.

2. Saranan menambah ilmu ini adalah berkaitan perkara Barzakh dan akhirat. Kerana jika manusia melalui proses menuntut ilmu dan mempelajari ilmu berkaitan tempat tujuan abadi ini, maka manusia akan lebih “berjaga-jaga” dalam menjadi orang bertaqwa.

KERANA HAL DEMIKIAN, kita boleh melihat susunan Allah SWT di awal surah Al-Baqarah :

(yang bermaksud) ~

Ayat kedua : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

‼Perhatikan ayat ketiga :

i – Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib;

ii – dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang;

iii – serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Apakah turutan dalam menjadi orang bertaqwa dalam ketiga ini?

PERTAMA SEKALI ialah perihal ilmu berkaitan perkara ghaib ( terutama barzakh dan akhirat ).

Kekurangan ilmu “untuk diyakini” inilah menyebabkan manusia masih mudah berbuat dosa meskipun telah solat dan infaq harta ( turutan 2 dan 3 ).

Mengikut ayat ke-3 surah Al-Baqarah : itulah susunan yang didahulukan sebelum perihal solat (proses manusia dengan Allah) dan infaq (proses manusia dengan manusia. Cuma perkara ghaib yang dimaksudkan, bukan lah seperti orang Melayu faham iaitu jin dan hantu.

Apabila telah ada keyakinan maka dapat mengukuhkan lagi dorongan untuk menjaga perihal solat (proses manusia dengan Allah) dan infaq (proses manusia dengan manusia)

Cara Allah menjelaskan perkara ghaib dalam Al-Quran ialah dengan mendatangkan “rasa” pada manusia. Rujuk [ Taaha (20) : 3 – 4 ]:

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepada mu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

Bagaimanakah penggunaan اليَقينِ dalam Al Quran? Ia digunakan untuk kematian. Ini seperti yang digunakan dalam Surah [ Hijr (16): 99 ]:

وَاعبُد رَبَّكَ حَتّىٰ يَأتِيَكَ اليَقينُ

Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)

Oleh itu, ayat ini bermaksud beribadatlah kepada Allah sehingga kita menemui kematian. Selagi belum mati, kena kerjakan ibadat kepada Allah.

Kalimah “YAKIN” digunakan di sini adalah kerana orang Islam atau bukan Islam, mereka yakin kebenaran perihal kematian.

Mungkin sekadar ingatan, ada juga yang guna dalil ini untuk berhenti melakukan ibadah. Kerana kononnya “setelah mencapai tahap yakin”. Sila jauhi fahaman jahil begini. Takut iblis yang putar maksud Al-Quran.

Kembali kepada perbincangan ayat Ke-5 ini, kita tahu yang ramai manusia boleh faham konsep Hari Akhirat, pengadilan di Mahsyar dan lain-lain lagi; tetapi mereka tidak dapat menerimanya dengan mendalam dalam hati mereka.

Dalam erti kata lain, mereka tidak yakin. Ini seperti yang disebut dalam Surah [ Al-Jathiyah (45): 32 ].

وَإِذا قيلَ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسّاعَةُ لا رَيبَ فيها قُلتُم ما نَدري مَا السّاعَةُ إِن نَظُنُّ إِلّا ظَنًّا وَما نَحنُ بِمُستَيقِنينَ

Dan apabila dikatakan (kepadamu): “Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya”, nescaya kamu menjawab: “Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)”.

Perbincangan tentang ( kalimah اليَقينِ ) , terdapat 3 jenis اليَقينِ :

Pertama:

عِلْمُ الْيَقِينِ

Keyakinan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, jika kita melihat asap. Maka kita yakin bahawa ada api walaupun kita tidak melihatnya.

Kedua:

عَيْنُ الْيَقِينِ

Keyakinan berdasarkan kepada penglihatan.

Sebagai contoh jika sebelum ini kita nampak asap, sekarang kita sudah pasti yang ia memang api kerana kita nampak api itu sendiri dengan mata kita.

Ketiga:

حَقُّ الْيَقِينِ

Keyakinan yang lengkap.

Sebagai contoh jika sebelum ini nampak api itu, kali ini umpama kita pegang api itu, lengkaplah keyakinan kita bahawa itu memang api.

Dari ketiga-tiga keyakinan ini, Allah menyediakan kepada kita dua darinya semasa di dunia lagi.

Iaitu عِلْمُ الْيَقِينِ dan حَقُّ الْيَقِينِ.

Ini adalah kerana Al Quran ini adalah عِلْمُ الْيَقِينِ sebenarnya dari dalil-dalil yang ada yang diperkuatkan dengan kandungannya.

Dan jika semakin kita mengkaji Al-Quran ini, kita akan pasti yang ianya tidak mungkin tulisan manusia, tetapi ia datang dari Allah.

Maka inilah pula peringkat kita akan mendapat حَقُّ الْيَقِينِ.

Dalil berkaitan terdapat dalam Surah [ Al Haqqah (69): 51 ].

وَإِنَّهُ لَحَقُّ اليَقينِ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.

Haqqul Yakin, sesuai dengan maksud dari hadis Nabi SAW :

Apabila Nabi ditanya apakah maksud ihsan, Baginda SAW menjawab:

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Bagaimana cara kita hendak beribadah saolah-olah kita melihat Allah, sedangkan kita tidak pernah melihat Allah SWT? Hadirkan rasa “pengabdian” (ubudiah) kepada Allah sebagaimana sifat seorang hamba kepada tuannya:

– Rasa perlu patuh

– Rasa berterima kasih

– Rasa ingin untuk tunjukkan prestasi terbaik

Ini tahap ketiga. Allah SWT simpan tahap kedua (melihat) :

– kerana manusia tidak mampu pun.

– juga kalau telah diberi lihat tetapi masih tidak beriman, itu kecelakaan lebih besar.

Kadang-kadang hati rasa telah sampai, tetapi ada dosa pula yang buat ia tersangkut. Maka, selalu periksa dan imbangi diri kita. Usaha, taubat, ibadah, doa dan tawakal.

Tafsir Ayat Ke-6:

لَتَرَوُنَّ الجَحيمَ

Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

الجَحيمَ

Dari kalimah جحم yang bermaksud renungan singa semasa ia hendak menerkam mangsanya.

ل

Dalam لَتَرَوُنَّ adalah lam taukid (membawa maksud penekanan). Selalunya digunakan untuk menjawab sumpah (qasm).

Kemudian, dalam kalimah:

لَتَرَوُنَّ

Kita boleh lihat syaddah (sabdu) pada huruf ن itu, yang menunjukkan bahawa ada dua ن.

Satu ن sudah bermaksud penekanan dan kalau dua ن digunakan, itu menunjukkan dua kali penekanan.

Dan ditambah lagi dengan huruf ل sebelum ini, maka ada 3 penekanan dalam ayat ini! Memberi isyarat keadaan terkaman atau renungan yang dahsyat oleh api jahanam.

Mengenai kedahsyatan api neraka ini, firman Allah SWT dalam Surah [ Maryam (18): 71 – 72 ]:

وَإِن مِنكُم إِلّا وارِدُها ۚ كانَ عَلىٰ رَبِّكَ حَتمًا مَقضِيًّا

Dan tidak ada seorang pun daripada mu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.

ثُمَّ نُنَجِّي الَّذينَ اتَّقَوا وَنَذَرُ الظّالِمينَ فيها جِثِيًّا

Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.

Oleh itu, dari ayat Surah Maryam di atas ini, kita dapat tahu bahawa orang beriman yang menjadi ahli syurga juga nanti akan melalui neraka (melalui Titian Sirat) dan selepas itulah baru mereka akan diselamatkan.

Ini akan menambahlah lagi rasa syukur apabila memasuki syurga kerana mereka telah melihat bagaimana malangnya kalau masuk neraka itu.

Sebab susunan cantik Allah SWT, membahaskan tentang yakin terlebih dahulu maka kesan Jahim lebih mudah dirasai.

Dalam Al-Quran, ilmu dan hikmah adalah dua perkara berbeza, tetapi sama matlamatnya iaitu sebagai “alat” menjadi hamba Allah SWT.

Ibrah dan Kesimpulan:

Pertama :

Atas dunia ini, Allah SWT telah menyediakan medium untuk menjadi orang yang yakin bersama ilmu dan iman, iaitu melalui kitab Al-Quran. Maka berusahalah mencapai keyakinan yang benar dari panduan ini.

Tiada alasan nanti kita dapat menjawab soalan Allah SWT tatkala tidak dapat membentangkan amalan dengan Al-Quran.

Kedua :

Kehebatan orang beriman, meskipun tidak dapat melihat dengan mata tetapi mampu menghadirkan rasa keyakinan terhadap dalil-dalil Allah SWT. Seumpama Abu Bakr ra yang meyakini Isra’ Nabi SAW.

Ketiga :

Sesungguhnya antara rasa yang mampu mendatangkan keinsafan adalah, dengan merenung dalil azab Allah SWT. Tentunya orang yang beriman pasti akan terkesan dan berusaha untuk beramal bagi menghindarinya

Apa beza keyakinan dan tawakal?

Keyakinan adalah rasa, tawakal adalah perbuatan. Contoh: menzahirkan tawakal dengan doa, tenang, seperti tambat unta. Jenis sahabat Nabi SAW, usaha mereka yg utama ialah menjadi orang bertaqwa dalam apa yg mereka lakukan. Disebabkan mereka bertaqwa, Allah beri mereka kejayaan yang tidak disangka-sangka.

Maka kena ada iman, yakin, tawakal dan diikuti dengan amalan, baru terhasil kejayaan. Garis panduannya ialah Al-Quran dan Sunah dan kena pastikan selalu “syariah compliance”.

 

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan