Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.12.05 HADITS MUNKAR (منكر)

02.12.05 HADITS MUNKAR (منكر)

1025
0
Iklan

Panel: BroSyarief
#291216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.05 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS MUNKAR (منكر)

Dari sudut bahasa, ia berasal dari perkataan al-Inkar (الإنكار) yang mempunya dua maksud:

i – Menentang, tidak bersetuju.
ii – Tiada pengetahuan (dan maksud Munkar dari sudut istilah berdiri di atas makna ini)

Secara istilah pula, definisi yang terpilih adalah seperti yang disebut oleh Ibn Hajar (w.852H), iaitu:

ما رواه الضعيف مخالفا لما رواه الثقة

Yang bermaksud: Apa yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang lemah (Dha’if), bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh periwayat yang terpercaya (Tsiqah).

[Nuzhatun Nazhor]

Berlawanan dengan Munkar, dipanggil Ma’ruf (المعروف) iaitu:

ما رواه الثقة وخالفه فيه الضعيف

Apa yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang terpercaya (Tsiqah), yang mana apa yang diriwayatkan oleh periwayat yang lemah (Dha’if) menyelisihinya.

Dikatakan juga: al-Munkar adalah hadits yang pada sanadnya terdapat periwayat yang terlalu banyak kesilapannya (فحش الغلط) atau jelas keburukannya (ظهر فسقه).

Pendapat lain pula mengatakan: Ia merujuk kepada periwayat yang bersendirian (التفرد), sama ada lemah (Dha’if) atau terpercaya (Tsiqah), sama ada menyelisihi periwatan dari periwayat yang Tsiqah ataupun tidak.

Kedudukannya lebih rendah dari hadits Matruk, kerana ianya Dha’if yang berat kelemahannya (Dha’if Syadid), kerana periwayatnya lemah (dari satu sudut), dan dari sudut yang lain, ia menyelisihi riwayat dari periwayat yang Tsiqah.

Hadits Munkar juga tidak layak untuk dinaik-taraf ke martabat Hasan li Ghayrihi (الحسن لغيره).

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan