Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Makan Tangan Kiri, Doa Tidak Ditolak, Wirid 7 ( Daif)

Makan Tangan Kiri, Doa Tidak Ditolak, Wirid 7 ( Daif)

234
0
Iklan

1. Apakah maksud hadis ini?
Dari Salamah bin Al-Akwa’ RA: “Sesungguhnya seorang laki-laki makan di sisi Rasulullah SAW dengan tangan kirinya, maka beliau bersabda:

كُلْ بِيَمِيْنِكَ

“Makanlah dengan tangan kananmu!”
Laki-laki itu menjawab, “Aku tidak boleh!” Beliau bersabda, “Engkau tidak akan boleh,” (Perawi mengatakan) tidak ada yang boleh mencegahnya kecuali kesombongan! Berkata Salamah: “Maka dia tidak boleh mengangkat tangan kanannya ke mulutnya (setelah itu) “. [Muslim:2021]

Ini dalam perbahasan bab Hukum makan dengan kiri.
Ulama yang kata wajib, menggunakan hadis Muslim ini kerana ada ancaman dan hukuman tentang orang yang enggan makan dengan tangan kanan dan dengan sombong mematuhinya, maka dia kena akibatnya secara langsung.
Dalam Mazhab Syafie, hukum makan dengan tangan kanan cuma sunnah, bukan wajib.

2. Semasa waktu berbuka puasa itu waktu mustajab berdoa untuk orang berpuasa sahaja atau termasuk juga orang yang tidak berpuasa?
Matannya,

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ »

‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya doa orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” [Ibnu Majah: 1753, disahihkan Ibn Hibban]
Maka disyariatkan berpuasa, yang uzur, kena tunggu habis uzur dulu dan puasa.

3. Dari manakah asal wirid selepas solat Jumaat yang bacaannya Al-Fatihah 7 kali, Al-Ikhlas 7 kali, Al-Falaq 7 kali, An-Naas 7 kali?
Takhrij:

إسناده ضعيف: أخرجه ابن السني في ((عمل اليوم والليلة)) (375)، وابن شاهين في ((الترغيب في فضائل الأعمال)) (472) من طريق سليمان بن عمرو بن خالد حدثنا أبي حدثنا الخليل بن مرة عن عبيد الله بن أبي مليكة عن عائشة به مرفوعا
الخليل بن مرة ضعيف، قال أبو حاتم: ليس بالقوي، وقال البخاري: فيه نظر، وضعفه ابن معين في ((الميزان)) (1/ 667) وانظر ((نتائج الأفكار)) (4/ 232، 233).

Daif kerana perawi Al-Khalil bin Murrah. Daif di sisi mutaqaddimin, Abu Hatim, Al-Bukhari, Ibn Ma’in, mutaakhirin, Ibn Hajar dan Al-Albani.

Komen dan Soalan