Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Ramadan Bulan Ibadah, Kaki Kebas (daif), Mati Dalam Ramadan

Ramadan Bulan Ibadah, Kaki Kebas (daif), Mati Dalam Ramadan

193
0
Iklan

1. Betulkah Ramadan bulan untuk ibadah dan kelas pengajian tidak dibuat oleh ulama salaf?
Fatwa Arab Saudi, Syeikh Ibn Othaimin dalam majlis Ramadan, memang tradisi salaf menghentikan kuliah mereka pada bulan Ramadan dan menyuruh orang ramai membaca Al-Quran dan memberi orang miskin makan dan pakaian.
Para Ulama salaf juga menyibukkan diri mengkhatamkan Al-Quran, ada tiga hari sekali khatam, ada seminggu sekali dan pada sepuluh hari terakhir, setiap malam khatam.

2. Mohon pencerahan:
Imam Bukhari (256 H) meriwayatkan dalam kitab “Adab Al-Mufrad”, daripada Abdur Rahman bin Sa’ad (53 H) berkata: “Satu ketika kaki Abdullah bin Umar tiba-tiba kebas, maka seorang lelaki berkata kepadanya: “Sebutkan manusia yang paling kamu cintai,” lalu Abdullah bin Umar pun menyeru: “Wahai Muhammad” maka hilanglah kebas yang ada pada kakinya.
(Rujuk Kitab Al-Adab Al-Mufrad, ms 324, Al-Azkar dalam bab “Ma Yaquuluhu Idza Khadirat Rijluh” (apa yang disebut apabila kaki kebas), at-Targhib wa at-Tarhib, Al-Munziri dan lain-lain)

Takhrij:

سفيان الثوري وزهير بن معاوية ، عن أبي إسحاق ، عن عبد الرحمن بن سعد قال :
( خدرت رجل ابن عمر ، فقال له رجل : اذكر أحب الناس إليك . فقال : محمد )
رواه البخاري في ” الأدب المفرد ” (رقم/964)

Tahqiq Al-Albani:

قد ضعف الأثر الشيخ الألباني رحمه الله في ” ضعيف الأدب المفرد “، والشيخ بكر أبو زيد رحمه الله حيث يقول : ” لا يصح في الذكر أو الدعاء عند خدر الرجل أثر ، ولم يرد فيه حديث مرفوع ” انتهى من ” تصحيح الدعاء ” (ص/362)

Di daifkan oleh syeikh Al-Albani, daif Adabul Mufrad dan Syeikh Bakar Abu Zayd, KSA, Tashih ad-Du’a.

3. Apakah keistimewaaan meninggal dalam bulan Ramadan?
Tidak ada, akidah ahli sunnah begini:

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Itulah Syurga yang diberikan kepada kamu disebabkan amal yang telah kamu kerjakan.” [Az-Zukhruf: 72].
Ada amal, ada Syurga. Tidak ada amal, tidak ada Syurga bahkan bukan mengharapkan kematian di bulan Ramadan atau hari Jumaat.

Komen dan Soalan