Pengalaman Ayah Haji Berurut Dengan Cina Muslim
Disebabkan sakit-sakit badan, hari ini Ayahaji berurut dengan seorang cina Islam yang buta.
Selepas berurut, Ayahaji bertanya kepadanya kenapa dia memeluk Islam.Dia bercerita dan Ayahaji katakan inilah hidayah Allah SWT melalui budi pekerti seorang muslim membuatkan Pak Ali dan isterinya memeluk Islam. Tetapi emak dan kakaknya masih belum lagi memeluk Islam.
Oleh itu, Pak Ali berusaha membawa emak dan kakaknya menziarahi masjid Shah Alam untuk ditunjukkan kepada mereka masjid orang Islam. Dia bertanya kepada emak dan kakaknya apakah mereka mahu memeluk Islam. Emak dan kakaknya mengatakan mahu.
Lalu Pak Ali membawa emak dan kakaknya berjumpa dengan seorang ustaz di situ. Meminta dia mengajar tentang Islam kepada emak dan kakaknya. Namun ustaz tersebut mengatakan bahawa
“ Emak dan kakak awak sudah tua maka tidak perlulah”
Subhanallah!!!!!!!
Emaknya telah pun mati. Kakaknya pula sedang sakit-sakit sekarang ini.
Ayahaji: Pak Ali, awak ajarlah kalimah syahadah kepada kakak awak.
Pak Ali: Dia sudah tua. Sakit-sakit pula. Bolehkah?
Ayahaji: Tiada siapa boleh menyekat seseorang untuk memeluk Islam, di waktu bila dan di mana.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada kakaknya.
Pelajar 1:
Ada cerita di dalam hadis Nabi, ada ustaz dari bani Israel memberi jawapan seperti ustaz masjid itu jawab dan dibunuh.
Ustaz Rosman@Ayahaji:
Inilah masalah umat Islam sekarang. Sudahlah tidak mengajak orang kepada Islam, apabila mereka datang ditimbulkan pula banyak cerita-cerita karut.
Pelajar 2:
Kasihan dengan emaknya, tidak jadi masuk Islam hanya disebabkan ustaz itu kata sudah tua. Sepatutnya, ajar sahaja syahadah, selepas itu kalau tidak tahu solat pun boleh dikira lagi di akhirat.
Ada seorang ustaz bercerita bahawa kawan dia seorang muallaf berdakwah kepada bapanya yang dalam ICU. Beberapa kali. Mula-mula bapa dia geleng kepala. Akhirnya bapa dia mahu. Ajar syahadah pun sudah tidak boleh bercakap hanya mengangguk sahaja.
Namun, malamnya ibu dia bermimpi yang bapanya di dalam taman yang indah. Ibunya hendak ikut sama. Tidak lama selepas itu ibunya masuk Islam juga. Tidak tahulah sama ada cerita ini sahih atau tidak. Tetapi kalau ada orang hendak masuk Islam ajar sahaja ‘on the spot’ dulu. Dia tidak sempat beramal pun tidak apa. Masih ada peluang berkira-kira di akhirat.
Ustaz Rosman@Ayahaji:
Benar Pelajar 2. Inilah yang sepatutnya kita buat. Kalimah syahadah itu sangat berat timbangannya.
Allahu a’lam.