Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Fiqh – Tidur dan Wuduk

Fiqh – Tidur dan Wuduk

4397
0
Iklan

Apakah yang dimaksudkan tidur terangkat punggung boleh membatalkan wuduk?

Tidur seketika dalam keadaan duduk bermaksud punggung tetap tidak berubah posisi. Jika dalam keadaan jaga keadaan ini tidak berlaku kerana kita akan sedar jika sesuatu keluar dari qubul dan dubur.

Jika sekiranya sewaktu beralih punggung terus kita tersedar, adakah telah batal wuduk?

Menurut pandangan Imam Syafie, jika kita sedar beralih punggung masa tidur duduk, maka batallah wuduk. Jika tetap punggung walau dalam keadaan tersengguk-sengguk tidak batal wuduk.

Dalil:

Anas Ibnu Malik رضي الله عنه berkata berkata yang bermaksud: Suatu ketika, para sahabat Rasulullah SAW menunggu solat Isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka kerana Nabi SAW melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bersolat tanpa memperbaharui wuduk. [ Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi ].

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh ad Daruquthni.

Darjat hadis

Hadis ini Sahih. Asalnya ada dalam Sahih Muslim.

Penerangan

1- Maksud asalnya ada dalam Sahih Muslim iaitu asal kisah hadis ini ada diceritakan dalam Sahih Muslim seperti berikut:

كانُوا يتنظرون العشاء فينامون ثمَّ يصلون ولا يتوضؤون”

Mereka (sahabat-sahabat) menanti solat Isya’ lalu mereka tertidur kemudian mereka solat tanpa berwuduk (baru).

2- Hadis ini adalah dalil bahawa tidur ringan tidak membatalkan wuduk. Manakala tidur berat sehingga lenyap tidurannya yang tidak sedar diri membatalkan wuduk.

3- Hadis ini menunjukkan kesungguhan para sahabat رضي الله عنهم menanti waktu solat di masjid. Dalam hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنه :

أنَّ النَّبي -صلى الله عليه وسلم- قال: “لا يزال أحدكم في صلاةٍ ما دامت الصلاة تحبسه

“Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم berkata: setiap kalangan kamu sentiasa berada dalam (mendapat pahala) solat selama-mana (penantian) solat itu lah menyebabkannya tertahan (di dalam masjid kerana hendak berjemaah).”

4- Boleh tidur ringan atau tidur berat di dalam masjid lebih-lebih lagi kerana menanti solat berjemaah.

5- Khilaf ulama tentang terbatal wuduk kerana tidur:

a) Ada mengatakan tidur ringan atau tidur berat hukumnya terbatal wuduk secara mutlak. Ini seperti Hadis Riwayat Sofwan sebelum ini menyebut tentang sapuan khuff dibenarkan kerana berak, kencing dan tidur.

b) Ada mengatakan tidak batal secara mutlak. Ini adalah kerana bagi pendapat ini tidur adalah bentuk disangka datang hadas (terkeluar sesuatu dari qubul atau dubur).

c) Jumhur mengatakan terbatal jika tidur berat sehingga lenyap manakala tidur sedikit serta ringan tidurnya maka tidak membatalkan wuduk. Ini sesuai dengan hadis bab di atas. Ini lah yang sahih.

Mazhab Syafie yang muktamad dalam hal ini tidak batal wuduk tidur sedikit atau tidur berat. Ini seperti di dalam Majmu’ Syarah Muhazzab.

Bagaimana pula jika tidur sambil berbaring?

Tidur berbaring memang tidak tetap punggung, maka batallah wuduk.

 

Wallahu a’lam

Komen dan Soalan