Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.12.03 HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) –...

02.12.03 HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) – Bhg. 02

440
0
Iklan

#271216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.03 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) – Bhg. 02

C. Contoh hadits yang terdapat pada sanadnya periwayat Majhul (مجهول):

Ibn Majah meriwayatkan dengan sanadnya melalui Rawwad ibn al-Jarrah, dari Abu Sa’d as-Saa’idi, dari Anas ibn Malik radhiyalLaahu ‘anhu, katanya:

رَأَى رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ رَجُلاً يَتْبَعُ حَمَامًا فَقَالَ:‏ “‏شَيْطَانٌ يَتْبَعُ شَيْطَانًا”‏

‘RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – melihat seorang lelaki mengejar seekor burung merpati, lalu baginda bersabda:

شَيْطَانٌ يَتْبَعُ شَيْطَانًا

“Syaitan mengejar syaitan”

[HR Ibn Majah]

al-Busiri (w.695H) menyebutkan:

هذا إسناد ضعيف، أبو سعد مجهول

‘Sanad hadits ini lemah, Abu Sa’d seorang majhul’.

[Misbah az-Zujajah fi Zawaid ibn Majah]

Abu Hatim (w.275H) pula mengatakan:

هو مجهول لم يرو عنه غير رواد

‘Dia (yakni: Abu Sa’d), seorang majhul, tiada yang meriwayatkan darinya kecuali Rawwad’.

[الجرح والتعديل]

D. Contoh hadits yang terdapat pada sanadnya periwayat Mubham (مبهم):

Imam at-Tabrani (w.360H) menyebutkan hadits di bawah beserta sanadnya yang terdapat periwayat yang mubham, selepas ‘Utbah, disebutkan عَمَّنْ حَدَّثَهُ yang bermaksud: ‘Dari seseorang yang menceritakan kepadanya’.

Sanad itu bersambung kepada Mu’awiyah yang mengatakan: Aku mendengar RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ، وَالْفِقْهُ بِالتَّفَقُّهِ، وَمَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

“Wahai manusia, sesungguhnya ilmu tu (diraih) dengan mempelajarinya, dan kefahaman itu (diperoleh) dengan usaha memahaminya. Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan dengannya, dia akan difahamkan pada urusan agama ini. Sesungguhnya, yang takutkan Allah, di kalangan hamba-hambaNya, adalah para ‘ulama.”

[al-Mu’jam al-Kabir]

Ibn Hajar (w.852H) menyebutkan:

إسناده حسن، لأن فيه مبهما اعتضد بمجيئه من وجه آخر

‘Sanadnya hasan, kerana (asalnya) padanya terdapat periwayat yang mubham, (tetapi) ia didokong dari jalan sanad yang lain’

[Fathul Baari]

E. Penulisan-penulisan tentang Majhul dan Mubham:

– al-Ghawamid wal-Mubhamat (الغوامد والمبهمات), karangan ‘Abdul Ghani al-Azdi,
– al-Asma al-Mubhamah fil-Anba al-Muhkamah (الأسماء المبهمة في الأنباء النحكمة), karangan al-Khatib al-Baghdadi,
– al-Mustafad min Mubhamaat al-Matn wal-Isnad (المستفاد من مبهمات المتن والإسناد), karangan Waliyyuddin al-‘Iraaqi.

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan