Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Penyakit Umat, Dua Khutbah dan Tanam Anak.

Penyakit Umat, Dua Khutbah dan Tanam Anak.

222
0
Iklan

1. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu,” Sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi SAW menjawab,
“1. Terlalu banyak seronok
2. Terlalu mewah
3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia.
5. Saling memarahi
6. Hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi”. [Hadis Riwayat Hakim]

Takhrij:

سيُصيبُ أمتي داءُ الأُمَمِ : الأشَرُ والبطَرُ والتكاثُرُ والتشاحُنُ في الدنيا ،والتباغُضُ والتحاسُدُ ، حتى يكونَ البَغْيُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
الصفحة أو الرقم: 3658 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Piawai al-Albani, hadis hasan, Sahih al-Jaami’ 3658.

2.1.​ Benarkah Nabi SAW tidak melakukan dua khutbah pada solat Jumaat dan yang memulakan dua khutbah ini adalah para sahabat?
2.2.​ Para sabahat RA yang memulakan dua laungan azan, sedangkan Nabi SAW tidak melakukannya. Apakah alasan ia boleh dilakukan dan diamalkan sehingga kini?

1. Dalam Al-Mausuah Al-Fiqhiyah, Kuwait, dijelaskan sebab:

مذهب الحنفية , وجمهور المالكية , والحنابلة في الصحيح من المذهب إلى أن الجلوس بين خطبتي الجمعة , والعيدين سنة ؛ لما روي عن أبي إسحاق قال : رأيت عليا يخطب على المنبر فلم يجلس حتى فرغ .
ويرى الشافعية وهو رواية عن أحمد أن الجلوس بينهما بطمأنينة شرط من شروط الخطبة ؛ لخبر الصحيحين : ( أنه صلى الله عليه وسلم كان يخطب يوم الجمعة خطبتين يجلس بينهما )

Terjemahan:
“Mazhab Hanafi, majoriti ulama mazhab Maliki dan pendapat yang sahih dari mazhab Hanbali berpendapat bahawa duduk di antara dua khutbah Jumaat dan dua Hari Raya adalah sunnah berdasarkan hadis dari Abu Ishaq yang berkata, “Aku melihat Ali berkhutbah di atas mimbar tidak duduk sampai selesai.”
Sementara mazhab Syafie berpendapat, riwayat dari Ahmad, bahawa duduk di antara dua khutbah dengan tuma’ninah itu salah satu syarat dari syarat-syarat khutbah berdasarkan hadis riwayat Bukhari Muslim, “Nabi Muhammad apabila khutbah pada hari Jumaat selalu dua khutbah dan duduk di antara kedua khutbah tersebut.”
Syarah:
Kalau ikut mazhab dan Ahmad, memang sahih Nabi SAWduduk antara dua khutbah, hadis sahihain. Khutbahlangsung tanpa duduk dilakukan oleh Ali RA.

2. Azan dua kali dilakukan oleh khalifah Uthman RA kerana Uthman RA adalah salah seorang Khalifah ar Rasyidin, bermaksud khalifah yang berstatus wali, lurus dan ada hubungan keluarga dengan Nabi SAW dan dibenarkan melakukan perubahan yang dinamakan sunnah khalifah yang lurus. Uthman RA adalah menantu kepada dua anak Nabi SAW, sahabat terawal dan amat zuhud dan berstatus wali Allah.

3. Mohon takhrij hadis di bawah ini:

َخْبَرَنَا الْوَلِيدُ بْنُ النَّضْرِ الرَّمْلِيُّ عَنْ مَسَرَّةَ بْنِ مَعْبَدٍ مِنْ بَنِي الْحَارِثِ بْنِ أَبِي الْحَرَامِ مِنْ لَخْمٍ عَنْ الْوَضِينِ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا أَهْلَ جَاهِلِيَّةٍ وَعِبَادَةِ أَوْثَانٍ فَكُنَّا نَقْتُلُ الْأَوْلَادَ وَكَانَتْ عِنْدِي ابْنَةٌ لِي فَلَمَّا أَجَابَتْ وَكَانَتْ مَسْرُورَةً بِدُعَائِي إِذَا دَعَوْتُهَا فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَاتَّبَعَتْنِي فَمَرَرْتُ حَتَّى أَتَيْتُ بِئْرًا مِنْ أَهْلِي غَيْرَ بَعِيدٍ فَأَخَذْتُ بِيَدِهَا فَرَدَّيْتُ بِهَا فِي الْبِئْرِ وَكَانَ آخِرَ عَهْدِي بِهَا أَنْ تَقُولَ يَا أَبَتَاهُ يَا أَبَتَاهُ فَبَكَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى وَكَفَ دَمْعُ عَيْنَيْهِ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ مِنْ جُلَسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْزَنْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ كُفَّ فَإِنَّهُ يَسْأَلُ عَمَّا أَهَمَّهُ ثُمَّ قَالَ لَهُ أَعِدْ عَلَيَّ حَدِيثَكَ فَأَعَادَهُ فَبَكَى حَتَّى وَكَفَ الدَّمْعُ مِنْ عَيْنَيْهِ عَلَى لِحْيَتِهِ ثُمَّ قَالَ لَهُ إِنَّ اللَّهَ قَدْ وَضَعَ عَنْ الْجَاهِلِيَّةِ مَا عَمِلُوا فَاسْتَأْنِفْ عَمَلَكَ

Telah mengkhabarkan kepada kami (Al Walid bin An Nadlr Ar Ramli) dari (Masarrah bin Ma’bad) -dari Bani Al Harits bin Abu Al Haram dari Lakhmin- dari (Al Wadliin) Bahawa seorang laki-laki datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Hai Rasulullah, kami dahulu adalah orang-orang jahiliyah penyembah berhala dan kami membunuh anak-anak kami, ketika itu kami mempunyai anak yang senang apabila saya memanggilnya. Suatu hari saya pun memanggilnya dan dia langsung menyahut dan mengikuti saya. Ketika saya sampai di sebuah perigikeluarga, saya langsung memegang tangannya dan saya ceburkan dia ke perigi, itulah akhir saya bersama dengannya. Dia memanggil ‘wahai ayahku, wahai ayahku.’ Rasulullah pun menangis sampai air matanya bercucuran. Lalu seseorang yang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada laki-laki tersebut: kamu telah membuat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sedih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada orang tersebut: biarkan dia kerana dia bertanya tentang sesuatu yang penting yang dihadapinya, kemudian Rasul berkata kepada laki-laki tersebut: Ulangi lagi cerita kamu tadi, lalu dia pun mengulangi ceritanya dan Rasul menangis lagi sampai bercucuran air matanya, membasahi janggutnya, lalu beliau bersabda: Allah subhanahu wata’ala telah menghapus dosa-dosa yang dilakukan pada masa jahiliyah oleh kerana itu mulailah perbuatan kamu dengan lembaran baru yang bersih. Hadis Riwayat Darimi.

قال حسين سليم أسد : إسناده رجاله ثقات غير أنه مرسل وقد تفرد بروايته الدارمي

S. Husin Saliim Asad, muhaqqiq sunan Darimi berkata: ia hadis daif kerana mursal. Darimi menyendiri meriwayatkan hadis ini. Status hadis, daif.

Komen dan Soalan