Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-15 hingga Ke-17

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-15 hingga Ke-17

205
0
Iklan

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-15

Memuliakan Rasulullah SAW berbanding manusia biasa dan makhluk Allah SWT yang lain.

Bab yang sangat teknikal.

Siapa tahu IBU itu apa? Adakah kata kerja atau kata nama?

Ibu adalah nama bagi sesuatu yang bersifat melahirkan. Ibu kita dimuliakan secara tabii oleh sebab ibu tersebut melahirkan kita, walau pun dia manusia seperti kita.

Rasul adalah nama bagi orang yang bersifat menyampaikan risalah.

Allah SWT memilih Muhammad SAW seorang manusia mengambil tugas Rasul yang terakhir.

Kita memuliakan dan menghormati Rasulullah SAW, yakni Muhammad SAW atas kapasiti beliau sebagai Rasulullah SAW. Setiap kata kata, perbuatan dan sikap (diam ada fikir) ada Risalah (mesej) dari Allah SWT kepada umat Manusia. Melalui bahasa lidah baginda, Al-Quran disampaikan.

Tugas dan posisi yang sangat ulung dan terpilih (chosen) ini wajarlah kita hormati siapa yang dilantik dan melaksanakannya.

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [Surah Ali ‘Imran: 144].

Tasdiqkanlah dalam hati akan Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah dengan paling baik dan sempurna.

Tablighkanlah akan bagaimana baginda mentablighkan risalah-Nya dari awal umur 40 tahun selama 23 tahun sedaya tenaga dan upaya baginda.

Amalkanlah dengan membesarkan kerja kerasulannya, dengan kita sama sama ikut sampaikan apa yang baginda sampaikan. Maka, dengan cara itu sunnah Rasulullah SAW yang disampaikan oleh baginda akan diamalkan. Ketinggian Rasulullah saw apabila manusia lihat sunnah diamalkan dan dirasai natijah sunnah tersebut seperti akhlak Al-QURAN yang benar, baik dan sah sepanjang zaman.

Bagaimana jalan yang dibolehkan dalam mencintai baginda s.a.w? Bagaimana pula dengan jalan qasidah atau malam cinta rasul? Bagaimana syariat Islam yang sebenar dalam mencintai baginda SAW?

Ittiba’ ajak orang beriman kepada Allah SWT, tauhid dan cintakan-Nya.

Malam Cinta Allah dan Rasul, lakukan solat tahajud, berdoa pada 2/3 malam.

Berdoa supaya seluruh manusia selamat dari azab Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat.

Cabang Iman Ke- 16

Sanggup diletakkan api pada badannya, daripada kembali kufur (murtad).

Itulah cabang iman ke 16.

Cabang ini boleh di lihat daripada perlakuan Bilal, Khabab dan Keluarga Yasir.

Tasdiqkan di dalam hati akan nilai dan kepentingan iman pada Allah SWT seperti mana seorang wanita yang suci menjaga kesucian maruahnya, lelaki menjaga nama baik keluarganya lebih-lebih lagi hal İman kepada Allah, pokok dan ibu segala hal.

Taqrir dan tablighkan nilai dan kepentingan menjaga lidah, anggota badan dan hati dari kegelinciran İman kepada Allah SWT.

Amalkan untuk mempertahankan iman, dakwahkan hal iman kepada Allah, rasa takut dicampakkan ke dalam neraka selama lamanya.   Rela dan sanggup biar pun dicampak ke dalam api sewaktu di dunia.

Cabang Iman Ke-17

Menuntut Ilmu berkait dengan Agama.

Ahli ilmu membahagikan ilmu kepada 2 bahagian :

  1. İlmu Fardu Ain.
  2. İlmu Fardu Kifayah.

Fardu Ain sesuatu ilmu yang dipertanggungjawabkan amalnya pada setiap individu Muslim.

Fardhu Kifayah yang ditaklifkan pada umat Islam.

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَاءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِنْ وِعَاءِ أَخِيهِ ۚ كَذَٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِي دِينِ الْمَلِكِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَنْ نَشَاءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. [ Surah Yusuf (12: 76]

وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. [ Surah Yusuf (12:76 ].

baris akhir itu menyebut ALLAH SWT sebut tentang keadaan ilmu pada sisi manusia..

Sesungguhnya, ilmu Allah lah mengatasi segala-Nya.

Tasdiqkanlah dalam hati bahawa Allah SWT mempunyai khazanah ilmu yang tidak terhitung banyaknya.

Tablighkanlah kepentingan menuntut ilmu-ilmu yang dapat diredhai Allah SWT, dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Setiap kerja dan amal kita, kita perlu sedar dan tahu ada ilmu yang sempurna mengenainya maka, tuntutlah ilmu sesuatu kerja dan amal dengan sempurna. Misalnya solat 5 waktu, ianya satu perintah yang ditaklifkan sewaktu peristiwa Isra’ Mikraj setelah 10 tahun Rasulullah SAW solat dan mahir akan adab serta faham maksud perintah solat.

Solat pula diajarkan oleh Jibril as akan tatacaranya kepada baginda SAW. Pastilah ilmu solat di sisi Rasulullah SAW sangat sempurna maka, tuntutlah ilmu mengenai solat sesempurna mungkin

Cabang cabang ilmu dalam Islam sangatlah. Banyak ianya dikeluarkan dari 6236 ayat al Qur’an. maksud ilmu itu akhirnya adalah untuk kita tahu apakah amal yang dicintai oleh ALLAH SWT seperti yang difahami oleh Rasulullah SAW.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan