Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.03 Pengenalan Sabab (an-Nuzul) – تَعْرِيفُ السَّبَبِ

06.03 Pengenalan Sabab (an-Nuzul) – تَعْرِيفُ السَّبَبِ

941
0
Iklan

BroSyarief:
Nantikan nota seterusnya yang tak pasti bila akan siap.. 😬

Nieza:
In shaaaa Allah👌👍👍👍

BroSyarief:
Boleh baca nota saya pasal ‘In Sya Allah’ di sini >> https://telegram.me/brosyariefshares/574

#260616 Bilik (09) Ulum al-Quran

06.03 Pengenalan Sabab (an-Nuzul) – تَعْرِيفُ السَّبَبِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Sebab penurunan al-Quran boleh dipastikan secara ringkas dalam dua bentuk,

1. Berlakunya sesuatu peristiwa yang menyebabkan ayat atau surah dari al-Quran turun.

Contohnya seperti apa yang diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas, di mana dia menyebutkan selepas turunnya ayat ini

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ

Dan berilah peringatan kepada ahli-ahli kerabatmu yang terdekat

[al-Syu’ara(26):214]

خَرَجَ النَّبِيُّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- حَتَّى صَعِدَ الصَّفَا ، فَهَتَفَ : ” يَا صَبَاحَاهْ” ، فَاجْتَمَعُوا إِلَيْهِ ،

Nabipun keluar sehingga dia mendaki bukit Safa, lalu memanggil dengan kuat, ‘Wahai semua!’; lalu semua orang pun berkumpul menghampirinya.

فَقَالَ : ” أَرَأَيْتُكُمْ لَوْ أَخْبَرْتُكُمْ أَنَّ خَيْلًا تَخْرُجُ بِسَفْحِ هَذَا الْجَبَلِ أَكُنْتُمْ مُصَدِّقِيَّ؟ “

Lalu, Nabi berkata: Apa pandangan kalian jika aku beritahu kalian bahawa ada segerombolan musuh berkuda akan keluar dari kaki bukit itu, adakah kalian akan membenarkan aku?

قَالُوا : مَا جَرَّبْنَا عَلَيْكَ كَذِبًا ،

Mereka menjawab: (Ya!) Kami tidak pernah melihat engkau berbohong!

قَالَ : ” فَإِنِّي نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ “

Nabi pun berkata: Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran bagi kalian akan bahaya azab yang berat di hadapan kalian..

فَقَالَ أَبُو لَهَبٍ : تَبًّا لَكَ ، إِنَّمَا جَمَعْتَنَا لِهَذَا؟ ثُمَّ قَامَ ،

Abu Lahab pun menempelak: Celaka engkau! Engkau kumpulkan kami untuk ini?

Diapun terus bangun..

فَنَزَلَتْ هَذِهِ السُّورَةُ : تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ .

Lalu turunlah surah ini:

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

[al-Masad(111):1-5)]

[HR Muslim]

Atau,

2. Timbulnya pertanyaan diajukan kepada RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tentang sesuatu isu, lalu ayat atau surah dari al-Quran turun memberikan jawapan kepada soalan tersebut.

Seperti soalan yang diadukan oleh Khawlah bint Tsa’labah yang diziharkan oleh suaminya.

Aisyah radhiyalLaahu ‘anha meriwayatkan,

تَبَارَكَ الَّذِي وَسِعَ سَمْعُهُ كُلَّ شَىْءٍ ‏.‏

Maha Suci (Tuhan) yang sangat luas pendengaranNya terhadap segala sesuatu

إِنِّي لأَسْمَعُ كَلاَمَ خَوْلَةَ بِنْتِ ثَعْلَبَةَ وَيَخْفَى عَلَىَّ بَعْضُهُ وَهِيَ تَشْتَكِي زَوْجَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ

Aku betul-betul mendengar bicara Khawlah bint Tsa’labah dan terdapat sebahagiannya yang tak jelas, di mana dia mengadu tentang suaminya kepada RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam

وَهِيَ تَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلَ شَبَابِي وَنَثَرْتُ لَهُ بَطْنِي حَتَّى إِذَا كَبِرَتْ سِنِّي وَانْقَطَعَ وَلَدِي ظَاهَرَ مِنِّي اللَّهُمَّ إِنِّي أَشْكُو إِلَيْكَ ‏.‏

Dia mengatakan: Wahai RasululLah, dia (suamiku itu) telah memakan usia mudaku, dan telah lahir anak-anaknya dari perutku; apabila umurku lanjut dan tak mampu beranak, dia menziharkan aku. Ya Allah, sungguh, aku mengadu kepadaMu.

فَمَا بَرِحَتْ حَتَّى نَزَلَ جِبْرَائِيلُ بِهَؤُلاَءِ الآيَاتِ

Apabila dia telah pergi, Jibril pun turun dengan ayat pertama dari surah al-Mujaadilah berikut,

قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ

“Sesungguhnya, Allah telah mendengar kenyataan (aduan wanita) yang mengadu kepadamu tentang suaminya, sambil dia juga mengadu kepada Allah”

[HR Ibn Majah. al-Albani: Sahih]

Ini tidak bermaksud seseorang perlu mencari bagi setiap ayat itu satu sebab, kerana al-Quran tidak hanya turun disebabkan sebarang peristiwa yang berlaku atau menjawab persoalan yang timbul, malah ada yang turun memulakan (sesuatu peristiwa atau persoalan) tentang iman, kewajiban-kewajiban, pensyariatan pada individu dan masyarakat.

Oleh kerana itu, Sabab an-Nuzul (سَبَبُ النُّزُولِ) didefinisikan sebagai,

هُوَ مَا نَزَلَ قُرْآنٌ بِشَأْنِهِ وَقْتَ وُقُوعِهِ كَحَادِثَةٍ أَوْ سُؤَالٍ

‘Apa yang disebabkannya al-Quran turun pada waktu berlakunya ia sama ada (berlakunya sesuatu) peristiwa atau soalan (yang diajukan)’

Merupakan satu kesalahan juga apabila berlebih-lebihan dalam ilmu Sabab an-Nuzul dengan keterlaluan meluaskan penggunaannya sehingga melibatkan kisah-kisah lama dan peristiwa-peristiwa dahulu.

Seperti yang dinukilkan oleh as-Suyuthi dari al-Wahidi apabila dia menyebutkan di dalam tafsir surah al-Fil bahawa sebab penurunannya adalah kisah datangnya tentera Habsyah.

Dia menyebutkan,

فَإِنَّ ذَلِكَ لَيْسَ مِنْ أَسْبَابِ النُّزُولِ فِي شَيْءٍ بَلْ هُوَ مِنْ بَابِ الْإِخْبَارِ عَنِ الْوَقَائِعِ الْمَاضِيَةِ كَذِكْرِ قِصَّةِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَبِنَاءِ الْبَيْتِ وَنَحْوِ ذَلِكَ

Peristiwa itu bukan Asbab an-Nuzul pada apa-apapun, malah ianya akan perkhabaran tentang peristiwa-peristiwa dahulu, sebagaimana kisah kaum Nuh, ‘Ad, Tsamud, (kisah) pembinaan Kaabah dan sebagainya.

[Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Abu Muslih Muhammad Mustafa:
Boleh ka kita kata setiap penurunan ayat Quran ada hadisnya?

Tapi tak semesti asbab nuzul, cuma hadis nuzul

Ada ke?

BroSyarief:
Cek balik nota 06.02

أبو ريان جَفْرِي الكَرَامِيّ:
Bro Syarief betul ke kefahaman saya.

Ayat Quran secara amnya boleh bahagi 2.

Ada yang nuzul bersebab dan ada yang nuzul tanpa sebab. ..

Yang nuzul bersebab terbahagi kepada 2…

1. kerana ada peristiwa

2. kerana jawab soalan

Betul ker?

BroSyarief:
Yup..

Ada yang memiliki sebab nuzul, ada yang tidak memiliki sebab nuzul.

Kalau ada sebab nuzul, ada dua jenis seperti yang disebutkan.

Akhi Adif Gorment:
akhi syarief…sy nk tnya ni.. kalo kisah ashabul uhdud yg menceritakan perihal celaan Allah terhadap golongn ini, untuk ayat 4 burah al burooj. Tidak dikira asbabun nuzul tapi kita pnggil ape ye? ke kita panggil sebagai kisah diaebalik ayat😅

BroSyarief:
Asbab an-Nuzul mestilah merujuk kepada apa yang berlaku dalam jangka masa 23 tahun turunnya wahyu kepada Nabi, bukan sebelum dan bukan selepas.

a z h a n:
1. Banyak ayat2 Al-Quran turun bersebab atau asbabun Nuzul
2. Ramai ulama mengatakan al-quran yg lengkap di turunkan ke luh mahfuz di malam lailatulqadar

Soalan.
1. Bagaimana dgn kisah2 yg berlaku sebelum turun nya ayat, seperti Abasa atau kisah abu lubabah sekiranya quran sudah lengkap sebelum diturunkan sedikit demi sedikit kepada Rasulullah

BroSyarief:
1. Boleh saya tahu sumber yang mengatakan ‘banyak ayat al-Quran ada Sebab Nuzul.’?

2. Ramai ulama kata al-Quran lengkap turun ke Luh-Mahfuz? Sedangkan al-Quran memang asal di Luh Mahfuz. Lihat [al-Buruj(85):21-22]

Kita akan bincangkan tentang Penurunan al-Quran dalam bab-bab seterusnya. Nanti kita akan faham bagaimana al-Quran diturunkan dan perbincangan berkaitan topik tersebut.

Topik sekarang hanya sentuh Asbab atau Sabab Nuzul.

3. Maaf. Soalan tak dapat difahami.

Saya ada sebut dalam nota saya tu ‘banyak ayat al-Quran ada Sebab Nuzul’?

Nota saya tu cuma cerita jenis Sebab Nuzul, sama ada:

1. Peristiwa yang berlaku
2. Persoalan yang diajukan

Dan jangan salah guna ‘Sebab Nuzul’ pada apa-apa yang tak berkaitan.

Harap dapat susun soalan dengan baik. 😊

a z h a n:
Susah lah kalau tak nak jawab

BroSyarief:
Susah bila salah faham kat mana saya kata tak nak jawab..

Dan susah lah kalau soalan juga tak jelas..

Abu Muslih Muhammad Mustafa:
Banyak ayat quran turun untuk menjawab pertanyaan kepada Nabi tentang kisah umat terdahulu, termasuk dalam asbabun nuzul kan?

BroSyarief:
Tentang ‘banyak’ saya tak pasti. Ada tu memang ada, seperti Sabab Nuzul bagi surah al-Kahfi adalah kerana menjawab soalan tentang sekumpulan pemuda yang lari ke gua dan seorang penguasa yang mengembara ke seluruh dunia.

Azhan: Saya cuma minta tuliskan semula soalan yang lebih fokus dan jelas. Sebab saya tak faham soalan. Atau mungkin sahabat lain boleh bantu. Thanks.

Abu Muslih Muhammad Mustafa:
ويسألونك

Baik faham 😊

BroSyarief:
‘Banyak’ ke ayat yang mula dengan perkataan ni? Cuba cek ada berapa..

Ada يسألونك ‘Mereka bertanya kepadamu’

Ada ويسألونك ‘Dan mereka bertanya kepadamu’

Ada يسألك ‘Dia bertanya kepadamu’

Ada yang satu ayat tapi ada dua يسألونك

Abu Muslih Muhammad Mustafa:
Maksudnya tak banyak, tapi ada 😁👍

BroSyarief:
Exactly

Cuma nak kena confirmkan..

Adakah semua Sebab Nuzul yang menjawab persoalan mesti ada يسألونك atau ويسألونك atau يسألك?

Atau adakah semua ayat yang ada يسألونك atau ويسألونك atau يسألك itu menunjukkan Sebab Nuzulnya berbentuk persoalan yang diajukan kepada Nabi?

Jawapannya.. saya pun tak tahu.

Kena baca semua 16 ayat tu dan kaji satu-satu.

Oh ya..

Ada 9 يسألونك

Ada 6 ويسألونك

Ada 1 يسألك

Memadai guna fungsi search kat app Quran Bayan

Tak pasti sempat ke tak nak buat nota hari ni, tapi saya cuba. Ke rasa ‘penat’ baca nota pendek tu tiap hari?

Muhammad Hanis ‘Abd Rahman:
Bro @Bro_Syarief saya rasa maksud soalan @alkeloni tu ialah kata @alkeloni, al-Qur’ān dah lengkap di Luh Mahfuz sebelum diturunkan sedikit demi sedikit kpd RasūlulLāh ﷺ.

Jadi, dia tertanya² bagaimana sesuatu peristiwa berlaku kemudian Allah turunkan ayat berdasarkan peristiwa yg berlaku pada zaman RasūlulLāh ﷺ sebagai menjawab persoalan yg timbul yg berlaku di dalam peristiwa tersebut dalam masa sama sebenarnya Qur’ān dah lengkap d Luh Mahfuz.

Mungkin soalannya begini:
Adakah Qur’ān di Luh Mahfuz tu lengkap sejajar dgn penurunan al-Qur’ān kpd RasūlulLāh ﷺ berdasarkan dalil 5:3?

والله أعلم

BroSyarief:
Paraphrase level tinggi ni. Saya pun tak dapat nak agak tara tu. Ayat 5:3 pun beliau tak sebut.

Tentang ayat 5:3, kita dah sebut dalam nota pada bab sebelum ini bahawa ia bukan ayat terakhir turun, dan kefahaman ringkasnya boleh diperiksa semula pada nota.

Jadi, persoalannya, kalau al-Quran dah lengkap di Luh Mahfuz (the Preserved Tablet), macam mana boleh ada ayat al-Quran yang turun sebab peristiwa/soalan tertentu?

Seolah-oleh ayat itu ‘baru’.. seolah-olah ia di luar pakej al-Quran yang dah lengkap di Luh Mahfuz; sebab peristiwa itu juga ‘baru’..

Kalau betul itu soalannya, jawapannya ialah seperti berikut:

Peristiwa yang terjadi dan soalan yang diajukan semuanya dah Allah rancang untuk berlaku sebagai sebab untuk turunnya ayat atau surah tertentu dari al-Quran.

Ia bukan ‘baru’ di sisi Allah.

WalLaahu a’lam

Komen dan Soalan