Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Lukisan Naga, Dua Utas Emas, Perselisihan yang Rahmat

Lukisan Naga, Dua Utas Emas, Perselisihan yang Rahmat

474
0
Iklan

1. Apakah hukum melukis dan mempamerkan lukisan gambar naga dengan alasan dan niat naga tersebut cantik?
Kesenian atau peminat haiwan peliharaan memang kena ikut acuan Islami, patuh syariah dan sejak dulu sejak zaman salaf, pelukis Islam memang tidak melukis gambar haiwan dan manusia. Itu sudah maklum atau sudah mutawatir kefahamannya. Sama dengan memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan atau hobi.
Semua mazhab sudah akui, ia akan mengurangkan pahala satu hari satu qirat dan ia bukan budaya Islam memelihara anjing untuk haiwan peliharaan atau suka-suka. Maka begitulah banyak lagi benda yang cantik untuk dilukis.
Pemilihan naga sebagai subjek seni ini ada alasan di sisi beliau. Alasannya naga ini bukan seperti anjing, harimau, kucing, semut dan semua yang wujud. Hujahnya, naga ini tidak wujud di realiti. Apakah pendapat tentang perkara tersebut?

Khilaf.
Salafi, memang mutlak haram kalau azhar. Jika tidak ada unsur pemujaan, kudus, takzim, maka makruh. Naga memang suci dalam akidah Cina. Lihat semua kuil, mesti ada naga di atas bumbung dan pintu masuk, sebab naga ini penjaga kuil. Naga juga suci dalam budaya Barat, sebab itu lambang negara barat ialah naga. Sama dengan lembu dan beruk dalam agama Hindu, ianya suci.

 

2. Mohon status hadis dibawah ini:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA , bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jangan sekali-kali seseorang di antara kamu menegah pemberianmu daripada orang yang meminta, tetapi hendaklah kamu memberi apabila dia meminta sekalipun kamu lihat di tangannya terdapat dua utas emas”. (Diriwayatkan oleh al Muttaqi di dalam kanz al ‘ummal(16289), al Bazzar di dalam kasyf alastar ( hadis no. 952 ) dan al Haithami di dalam Majma’ al Zawaid ( 3/101 ). )

Tahqiq:

يمنعنَّ أحدُكم أو لا يمتنعنَّ أحدُكم منَ السَّائلِ أن يعطيهُ وإن رأى في يدَيهِ قلبتينِ من ذهبٍ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 3/104 | خلاصة حكم المحدث : فيه الحسن بن علي الهاشمي النوفلي وهو ضعيف

Penilaian al Haithami, majma’ zawaid 3/104 dhaif kerana perawi al-Hasan bin Ali al-Hashimi
Cara hendak kenal hadis dhaif, matannya gharib atau aneh. Hadis ini seseorang wanita datang minta duit dari seorang wanita yang lain, sedangkan pada tangannya ada dua utas gelang emas. Sedangkan gelang emas itu adalah harta yang boleh dicairkan segera.

 

3. Dalam [Hud: 118-119], “manusia akan terus berselisih”. Kita telah sedia maklum bahawa perselisihan ini satu ketentuan dari Allah, tetapi kebelakangan ini adakah perselisihan ini menjadi satu rahmat? Maksudnya adakah orang-orang yang berselisih dan memusuhi antara satu sama lain disebabkan perkara ikhtilaf ini akan tercela?

Ada 3 istilah:
1. Fiqh ikhtilaf (perselisihan rantingan). Ini tidak mengapa. Contohnya, perselisihan mazhab fiqh. Ada 20 mazhab, yang kekal sehingga sekarang cuma 4 atau 5 mazhab.
2. Fiqh iftiraq atau perpecahan: Usyul. Perpecahan pokok agama. Sunni dengan Syiah, Sunni dengan Muktazilah, Salafi dengan Sufism.
3. Fiqh iftiraq (perpecahan politik). Perpecahan jika amalkan demokrasi dan wujudnya parti-parti politik.

Komen dan Soalan