Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Iktibar Tsunami Aceh 2004

Iktibar Tsunami Aceh 2004

830
0
Iklan

Iktibar Tsunami Aceh 2004

Bab Tabligh Pertama : Bala

Ayahaji sempat tabligh pada seorang penduduk Aceh semasa hendak membeli lembu korban. Dia pekerja di situ.

Ayahaji baca ayat Al-Quran pada orang Aceh itu tentang balasan yang mereka telah lakukan dan dia kata ya!!!! (Kejadian tsunami itu mirip diceritakan dalam Al-Quran). Begini kisahnya. Ayahaji tengok dia duduk rehat berseorangan. Ayahaji menghampiri.

Ayahaji: Asal dari mana?

Orang Aceh: Aceh

Ayahaji: Saya hendak tanya awak tentang tsunami di Banda Aceh. Semua pesantren di Banda Aceh bersama-sama dengan guru dan murid-murid, adakah semuanya terkorban?

Orang Aceh: Ya. Tinggal masjid sahaja.

Ayahaji: Adakah pesantren buat tahlil, talkin dan maulud?

Orang Aceh: Ya.

Ayahaji: Adakah guru-guru pesantren mengajar tafsir Al-Quran dan hadis atau mereka mengajar dari kitab-kitab ajaran tok-tok guru?

Orang Aceh: Mereka tidak mengajar tafsir atau hadis tetapi mengajar kitab-kitab ulama.

Ayahaji: Adakah pemujaan di kubur di Banda Aceh seperti yang saya tengok dalam rencana?

Orang Aceh: Ya ada.

Ayahaji: Tidak ada ulama ke yang melarang?

Orang Aceh: Tidak tahu.

Ayahaji: Tidakkah beberapa tahun dahulu orang Aceh berada dalam kesempitan hidup dan bala bencana?

Orang Aceh: Ya. Kami sangat susah dulu. Tetapi sebelum berlaku tsunami, hidup kami dalam keadaan senang.

Ayahaji: Bolehkah saya bacakan pada awak beberapa ayat Al-Quran, terjemahan daripada Indonesia?

Orang Aceh: Ya.

Ayahaji: Ini bab tahlil yang di amal oleh kiyai-kiyai/guru Banda Aceh.

فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Maka pada hari itu (di Padang Mahsyar) tiada siapa akan dizalimi sedikit pun. Dan tidaklah mereka semua dibalas melainkan dari amalan-amalan yang mereka TELAH lakukan”. [Ya-Seen: 54]

Ayahaji: Nah, ini ayat Al-Quran. Awak pun tengok sendiri ayat ini dari telefon saya. Kita tidak akan dibalas melainkan dari amalan-amalan yang kita telah buat.

Orang Aceh : Ya. Saya tidak tahu Pak Aji bahawa ini ada dalam Al-Quran.

Ayahaji: Ini bermakna, setiap apa yang menimpa kita adalah hasil usaha kita sendiri. Ujian berbanding dengan bala adalah:
– Bala. Buat apapun tidak selesai bala tersebut. Bala tersebut sentiasa menimpa-nimpa. Kita dalam keadaan tidak tenang.
– Ujian pula, kita usaha sikit, sabar sikit tetapi ianya mudah selesai.

Bab Tabligh Kedua: Talkin

Ayahaji bertanya lagi pada orang Aceh itu.

Ayahaji: Kalau lembu itu Allah SWT beri ia boleh mendengar iaitu boleh faham apa yg kita cakap ini, boleh ke tidak?

Orang Acheh: Boleh.

Ayahaji: Jika Allah SWT beri pokok-pokok mendengar dan faham juga, boleh ke tidak?

Orang Aceh: Boleh.

Ayahaji: Kenapa pula Allah SWT tidak buat begitu pada lembu dan pokok-pokok? Kerana inilah keputusan Allah SWT, ketentuan Allah SWT. Sebab itu, walaupun lembu itu boleh mendengar tetapi lembu itu tidak faham apa yang kita cakap.

Ayahaji: Mahukah awak tahu dari Al-Quran di mana saya akan bacakan kepada awak kenapa talkin ini tidak boleh dibuat?

Orang Aceh: Boleh juga.

Ayahaji pun buka App al-Quran di telefon bimbit, surah Fathir ayat 22 dan suruh dia sendiri baca.

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ

Dan tidaklah sama orang hidup dan orang mati. Sesungguhnya Allah SWT boleh memperdengarkan pada sesiapa atau binatang-binatang atau pokok-pokok supaya boleh mendengar. Tetapi kamu (Muhammad) tidak boleh memperdengarkan pada orang yang sudah mati dalam kubur. [Surah Fathir 22]

Ayahaji: Nah, ini ayat al-Quran. Sesiapa yang ingkar dengan mana-mana ayat Al-Quran adalah kufur pada Allah SWT. Begitu juga tahlil. Maka, Ayah Aji sambung lagi.

Ayahaji: Apakah awak hendak dengar daripada Al-Quran juga bahawa perkara ini telah diancamkan Allah SWT pada kita?

Orang Aceh: Saya mahu dengar.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesempitan hidup dan bala-bala bencana supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). [Al-An’am 42]

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. [Al-An’am 43]

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, (iaitu quran) yang mereka mesti belajar, amal dan sebar. (Maksudnya, kita sibuk baca kitab tok guru tetapi tidak belajar Al-Quran dan hadis.) Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Al-An’am 44]

Ayahaji: Saya hendak tanya awak. Dulu awak kesempitan hidup dan bala-bala bencana seperti gempa bumi dan lain-lain, kiyai-kiyai masih buat tahlil, talkin, maulud dan lain-lain termasuk puja kubur-kubur orang keramat, kan?

Orang Aceh: Ya.

Ayahaji: Akibat daripada itulah datangnya tsunami, menghancurkan semua. Saya tengok dalam tv di mana orang-orang yang melihat orang-orang yang sedang hanyut, tidak ada pun yang melaung-laung suruh tolong atau orang yang lemas minta tolong. Serupa atau tidak dengan ayat ini?

Orang Aceh: Serupa

فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah SWT Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. [Al-An’am 45]

Ayahaji: Maksudnya, mati semua mereka di Banda Aceh termasuk kiyai-kiyai, murid-murid, orang-orang keliling pesantren, orang-orang ramai yang sefahaman dengan mereka. Allah SWT matikan semua orang-orang engkar ayat-ayat al-Quran. Pak-pak kiyai, murid-murid mereka, orang-orang awam yang sefahaman, sama seperti kaum Luth, Aad, Thamud, Fir’aun. Malah sekarang pula, masih lagi diamal amalan bid’aah itu. Di Malaysia ini pun serupa. Saya sangat-sangat bimbang akan menimpa pada kami di sini, sejenis kefahaman ini di mana mereka tidak mahu ikut perintah Allah SWT dan Sunnah Nabi kita SAW.

Orang Aceh itu terpesir.

Wallahua’lam.

Komen dan Soalan