Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Jari Telunjuk ketika Tasyahud dalam Solat

Jari Telunjuk ketika Tasyahud dalam Solat

4643
0
Iklan

1. Soalan

Melihat jari telunjuk ketika tasyahud awal dan akhir merupakan sunnah didalam solat. Adakah ini benar?

وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَأَشَارَ بِأُصْبُعِهِ الَّتِى تَلِى الإِبْهَامَ فِى الْقِبْلَةِ وَرَمَى بِبَصَرِهِ إِلَيْهَا, وصححه الألباني في صحيح النسائي

Terjemahan:
Nabi SAW meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dan beliau berisyarat dengan jari telunjuk ke arah kiblat, serta mengarahkan pandangan mata kepadanya (telunjuk itu). [An-Nasaii: 1160, Ibn Hibban 5/274, Ibn Khuzaimah 719. Al-A’dzami mengatakan: Sanadnya shahih.]
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih an-Nasaii.

1. Jawapan

Bantahan Multaqa ahli hadis, pandangan kepada telunjuk adalah tambahan perawi dan bukan hadis. Maka ia kembali kepada hukum asal, pandangan mata kepada tempat sujud.
Rumusan:
Khilaf mengenai isu ke mana mata memandang ketika tasyahud:
1. Al-Albani, memandang kepada telunjuk, kerana hadis Ibn Umar itu sahih.
2. Multaqa ahli hadis, tidak sahih kerana ia cuma tambahan perawi.

 

2. Soalan

Adakah bila kita mulai beri salam untuk akhiri solat masa tasyahud akhir, jari telunjuk kita juga mulai diturunkan?

2. Jawapan

Solat seperti kita maklum, bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam. Maka bila sudah memberi salam, semua anggota akan kembali seperti asal.
Dalil:

مِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ

“Pembuka solat adalah bersuci, yang mengharamkan dari perkara di luar solat adalah takbir dan yang menghalalkan kembali adalah ucapan salam.” [Tirmidzi: 238 dan Ibnu Majah: 276.]
Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani.
Fiqh hadis:
Selepas beri salam, semua kembali normal seperti biasa.

 

3. Soalan

Bilakah jari mula dinaikkan semasa tasyahud?

3. Jawapan

Jari mula dinaikkan mengikut 4 mazhab ;
Mazhab Malikiah:
Dari mula tasyahud hingga selesai.

Mazhab Syafie:
Bermula bila sebut “ilallah”.

Mazhab Hanafi:
Ketika menyebut La.

Mazhab Hanbali:
Setiap kali menyebut lafaz Allah

Hukum mengangkat jari semasa tasyahud adalah sunnah (sunat).

Komen dan Soalan