1. Soalan
Di antara guru Imam As-Syafie RHM adalah Ibrahim bin Abi Yahya yang dikatakan akidahnya bermasalah. Adakah Imam As-Syafie RHM tidak tahu akidah gurunya atau masa itu dibolehkan mengambil ilmu walaupun dari seorang yang bermasalah akidahnya?
1. Jawapan
Asy-Syeikh al-Albani mengatakan bahwa Ibrahim bin Abi Yahya juga seorang pendusta, sebagaimana dikatakan oleh Yahya dan selain beliau. [Lihat Silsilah adh-Dhaifah: 1452, Maktabah Syamilah]
Sahih, Ibrahim bin Abi Yahya memang seorang pendusta hadis dan rosak akidahnya tetapi Imam As-Syafie RHMmemiliki ratusan guru yang lain dan selepas menyedari gurunya bermasalah, Imam As-Syafie RHM tidak lagi mahu menyebut nama gurunya.
Bukan Imam As-Syafie RHM sahaja yang ada guru yang bermasalah, Imam Bukhari RHM juga sama, Nu’aim bin Hamad tu adalah gurunya, tapi Nu’aim tidak dipercayai dalam meriwayatkan hadis.
2. Soalan
Bagaimana kita boleh mengenali tanda-tanda seseorang telah terkena penyakit `ain?
2. Jawapan
‘Ain adalah,
ﺃﺻَﺎﺑَﺖ ﻓُﻼﻧﺎً ﻋﻴْﻦٌ ﺇﺫﺍ ﻧَﻈﺮ ﺇﻟﻴﻪ ﻋَﺪُﻭّ ﺃﻭ ﺣَﺴُﻮﺩ ﻓﺄﺛَّﺮﺕْ ﻓﻴﻪ ﻓﻤَﺮِﺽ ﺑِﺴَﺒﺒﻬﺎ
“Dikatakan bahawa Fulan terkena ‘ain, iaitu apabila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit” [Ibn Atsir, an Nihayah.]
Tandanya yang terkena penyakit ‘ain jatuh sakit tetapi para doktor tidak mampu mengesan puncanya.
3. Soalan
Kalau penyakit rindu pun boleh jadi antara penyakit ‘ain jugakah?
3. Jawapan
Rindu pun sejenis penyakit ‘ain juga. Apa saja dari panahan mata. Berkata Ibn Qayyim RHM, ia terkena ‘ain melalui lukisan, maksudnya ia memandang lukisan atau sekarang foto. Lazimnya 100% pandangan irihati atau hasad, juga dari pandangan yang baik, tetapi ada terselit rasa dengki.