Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Tafsir Surah Al-Bayyinah – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

Tafsir Surah Al-Bayyinah – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

509
0
Iklan

Tafsir Surah Al-Bayyinah

Pada perbincangan yang lepas, Allah SWT menjelaskan :

Pertama:

Asas / dasar dalam Al-Bayyinah. Dan itulah dasar yang patut kita ikut dan jaga. Iaitu menjaga setiap perintah ibadah atau hal-hal kehidupan agar dibuat hanya kerana Allah SWT. Ia disebut sebagai Ikhlas.

Selari dengan kalimah syahadah kita iaitu tidak mengadakan sekutu kepada Allah SWT. Sama ada berlaku dalam syirik kecil atau besar.

Kedua :

Menjadi hamba Allah bukan sekadar di dalam ritual ( ketika amalan ibadah semata ), tetapi berterusan selagi bernyawa.

[ bermaksud : ketika solat kita cuba / jaga tatatertib, begitu juga luar solat, tetap ada tatatertib dengan Allah SWT ].

Ketiga :

Allah menegaskan dengan contoh ibadah solat dan zakat, bermakna keikhlasan sahaja tidak cukup mengaitkan seseorang telah menjadi hamba Allah, tetapi dia juga perlu melaksanakan syariat yang diperintahkan.

Seterusnya bahagian terakhir dari perbahasan surah Al-Bayyinah : Balasan terhadap orang yang kufur atau beriman.

Tafsir Ayat Ke-6:

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا مِن أَهلِ الكِتابِ وَالمُشرِكينَ في نارِ جَهَنَّمَ خالِدينَ فيها ۚ أُولٰئِكَ هُم شَرُّ البَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.”

Ayat ini berupa : Takhwif ukhrawi ( amaran mengenai balasan yang akan diberikan di hari akhirat )

Ayat ini merujuk semula kepada subjek asal yang disebut di permulaan surah ini iaitu Ahli Kitab dan Musyrikin.

Allah memberitahu dalam ayat ini, mereka yang tetap tidak mahu meninggalkan kesesatan mereka, tidak mahu menerima Bayyinah yang sampai kepada mereka, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka, dan mereka akan kekal di dalamnya.

Allah SWT selalu pasangkan kalimah “Iman dan Amal Soleh”

Iman : hubungan dengan Allah

Amal : termasuk berkaitan sesama manusia

Bagaimanapun dalam hal ibadah tadi, kedua-duanya tetap dibuat ikhlas hanya kerana Allah.

Bagi mereka yg kufur:

Kalimah :

جَهَنَّمَ

Ruang seksaan (tempat manusia diseksa).

Allah menekankan yang mereka akan:

خالِدينَ فيها

Kekal di dalamnya

Mereka akan berterusan berada di dalam Neraka Jahanam. Tidak ada peluang untuk keluar. Dan mereka tidak akan mati, maka memang akan kekal terus di sana.

Mereka itu bersifat:

شَرُّ البَرِيَّةِ

Kalimah البَرِيَّةِ dari kata dasar ب ر أ yang bermaksud sesuatu yang dibawa dari tiada kepada ada = MAKHLUK ( termasuk kita sebagai manusia ).

Kalimah شَرُّ pula bermaksud yang paling teruk.

Oleh itu, mereka yang menolak bayyinah setelah sampai kepada mereka adalah makhluk yang paling teruk!

Telah sampai bayyinah kepada mereka, tetapi mereka menolak! Oleh kerana itu, mereka layak masuk dalam neraka.

Soalan: Semua yang dinyatakan di atas adalah menyentuh perkara yang tidak nampak (ghaib). Orang beriman pun tidak nampak dan yang kufur pun tidak nampak. Orang beriman percaya, orang yang kufur tidak percaya, sejak dari awal. Bagaimanakah kita ingin memupuk kepercayaan yang berterusan, bagi yang beriman sehingga ke akhir hayat?

Jawapan: Syurga, pahala, neraka dan lain-lain adalah perkara ghaib.

“Bagaimanakah kita ingin memupuk kepercayaan yang berterusan?”

Atas dunia ini bila buat apa sahaja, latih diri dengan sifat Ihsan ( rujuk hadis 2 dari Hadis 40 Nawawi ).

Ihsan : “engkau sembah Allah seperti melihat Dia, atau engkau sedar Dia melihat mu”

Tafsir Ayat Ke-7: Ayat Tabshir ( berita gembira )

Lawan kepada takhwif ( amaran kepada mereka yang disebut dalam ayat sebelum ini )

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ أُولٰئِكَ هُم خَيرُ البَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk”.

Kalimah إِنَّ bermaksud ‘sesungguhnya / tidak syak lagi’

Ianya adalah kalimah penekanan ( taukid ) untuk menyatakan sesuatu yang penting.

آمَنوا

Mereka beriman sempurna.

Beriman sempurna maksudnya mereka :

– Ikrar dengan lisan

– Benarkan dengan hati

– Beramal dengan perbuatan

وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ

Dan mereka melakukan amal yang soleh

Kalau iman itu adalah perkara dalaman, ia kena ditunjukkan dengan amalan zahir. Itulah amal-amal yang soleh.

Mereka yang dapat mengamalkan semua ini Allah kata mereka itu adalah:

خَيرُ البَرِيَّةِ

Iaitu sebaik-baik kejadian, sebaik-baik makhluk.

Abu Hurairah ra menyimpulkan dari ayat ini bahawa orang-orang yang beriman dari kalangan manusia lebih utama daripada para malaikat, kerana firman-Nya yang mengatakan:

أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

Mereka itu adalah sebaik makhluk.

Ibrah dan kesimpulan:

1.Allah SWT telah memberikan amaran mengenai balasan buruk kepada orang yang kufur dan tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Iaitu neraka Jahannam, dan kekal berada di dalamnya.

2. Begitu juga keadilan Allah SWT, telah memberikan juga berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh terhadap Allah SWT.

3. Orang beriman sepatutnya syurga / neraka ini menjadi nikmat buat dirinya sama ada menjadi motivasi atau iktibar untuk jadi insan yang lebih baik.

4.  Terdapat 2 pilihan makhluk yang kita boleh pilih. Sama ada menjadi seburuk makhluk, atau sebaik makhluk. “Tepuk dada, tanya Iman”.

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّلِحَٰتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَآ أُو۟لَٰئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ

dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. [ Al-A’raf: 42 ]

 

Wallahu a’lam.

Komen dan Soalan