Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Kerasukan Jin dan Rawatannya

Kerasukan Jin dan Rawatannya

271
0
Iklan

Kerasukan Jin dan Rawatannya

Dulu datang seorang ibu dengan membawa seorang anak lelakinya yang hampir-hampir gila disebabkan dirasuk jin selama tujuh bulan. Dia telah habis duit hampir RM5000 berubat daripada berbagai bomoh dan juga perubatan Islam tetapi tidak sembuh-sembuh juga anaknya. Ayahaji berjumpa dengan mereka dekat Wangsa Maju di rumah anak lelakinya yang lain.

Ayahaji: Kak mahu saya buat apa pada anak ini?

Ibu: Saya mahu Ayah Aji tangkap jin-jin itu.

Ayahaji: Kak mahu apa lagi?

Ibu: Saya mahu Ayah Aji buang jin-jin itu.

Ayahaji tidak nampak jin-jin itu. Jadi tidak tahu bagaimana hendak tangkap. Jadi Ayahaji ada masalah iaitu, bagaimana hendak selesaikan kehendak ibu itu. Ayahaji baca surah Ya-sin, surah Al-Mulk sambil berdoa pada Allah SWT. “Wahai Tuhan, tunjuklah padaku bagaimana aku boleh selesai masalah ini”. Tiba-tiba Ayahaji dapat ilham cara hendak menyelesaikan masalah ini.

Ayahaji: Kak mahu saya buat apa pada anak kak ini?

Ibu: Saya mahu jin-jin itu keluar daripada anak saya.

Ayahaji: Kak mahu apa lagi?

Ibu: Saya mahu jin-jin itu tidak masuk lagi ke anak saya.

Ayahaji: Kak mahu apa lagi?

Ibu: Saya mahu tiada lagi jin-jin lain masuk ke dalam diri anak saya sampai bila-bila.

Ayahaji: Itu mudah sahaja.

Ibu (terpesir)

Ayahaji: Yang kak hendak awal tadi, saya tidak ada kuasa. Saya tidak dapat tengok jin-jin itu. Saya tidak tahu cara bagaimana hendak tangkap jin. Saya tidak tahu bagaimana hendak simpan dalam botol dan buang. Tetapi yang kak minta kedua lagi itu, mudah saja sebab itu hajat kak dan masalah kak tentang jin. Maka itulah maksud berdoa. Siapa lebih makbul, doa saya untuk anak kak atau doa kak untuk anak kak?

Ibu: Doa saya.

Ayahaji: Itu saya boleh ajar kak. Tidak susah pun berdoa ini. Tidaklah habis duit berbanding suruh ustaz-ustaz bomoh karut berubat anak kak. Begini:

1. Kak katalah, “Wahai Tuhanku Allah, Allah-lah Tuhan tempat aku berdoa”.

2. Kak tentu ada dosa. Tidak patut kak berdoa tetapi kak tidak minta ampun terlebih dahulu. Istighfarlah banyak-banyak.

3. Kak juga patut beristighfar untuk ibubapa kak.

4. Masalah terbesar kita semua ialah tidak mahu Neraka dan hendak Syurga. Maka mintalah dijauhi Neraka dan minta Syurga untuk kak dan keluarga kak serta ibubapa kak.

5. Katalah, “Saya ada hajat dunia sikit,” iaitu, beritahulah hajat kak serta hal anak kak ini.

6. Kata lagi, kalau Allah SWT makbul, memang Allah SWT maha Berkuasa.

7. Jika Allah SWT tidak hendak makbul, maka tiada siapa boleh desak Allah SWT untuk selesaikan masaalah kak ini.

8. Jika Allah SWT tidak mahu juga makbulkan hajat kak, katalah, “Maka pada Tuhan mana lagi aku hendak berdoa sebab Allah sahajalah Tuhan ku”.
Baiklah. Kak doa sekarang. In sya Allah, Allah SWT akan makbulkan.

Tidaklah Ayahaji suruhnya:

1. Ambil wuduk dan solat sunat.

2. Tidak tanya pun dia ada haid atau junub.

Selepas dia berdoa, Ayahaji kata, “Insya Allah, Tuhan akan makbulkan”.

Tidaklah Ayahaji:

1. Buat air tawar

2. Baca-baca ayat dan tiup pada anaknya.

Cukup dengan doa seorang ibu untuk anaknya.

Beberapa hari kemudian, kak itu pun telefon. Dia kata terima kasih Ayahaji mengajarnya doa kerana anaknya sekarang sudah pulih seperti sediakala. Kak ini orang Manjung, Perak. Isteri pada seorang guru silat. Mereka semua masih hidup.

Wallahu a’lam.

Komen dan Soalan