Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor – Masalah Darah Istihadhah

Soal Jawab Bersama Doktor – Masalah Darah Istihadhah

214
0
Iklan

Tarikh : 11 Ogos 2017
Tajuk : Masalah Darah Istihadhah

Soalan:
Saya hendak bertanya, baru-baru ini saya ada mengambil sejenis pil untuk kecergasan badan dan berasa bersyukur kerana badan saya terasa lebih ringan sedikit berbanding sebelumnya. Saya berasa kurang letih atau lesu. Persoalannya, saya kerap mengalami kedatangan darah istihadhah/lendiran sekarang ini. Adakah ini situasi yang normal atau masalah pertukaran hormon?

Jawapan:
Mungkin itu pil hormon. Phytoestrogen. Sebaiknya, puan semak/mengkaji dahulu apakah nama pil yang dimakan itu untuk mengetahui manfaat/reaksi dan risiko pengambilan.

Soalan:
Ianya bukan pil hormon. Kandungannya seperti jamu. Telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Manfaatnya adalah untuk mencergaskan tubuh badan disamping menyihatkan rahim dan memperbaiki kitaran haid. Sebelum ini saya sering merasa lesu, malas hendak beribadah dan cepat terasa letih serta sukar hendak tidur. Namun saya hairan mengapa saya mengalami kedatangan darah istihadhah/lendiran setelah memakan pil tersebut.

Jawapan:
Jamu yang biasa untuk wanita ialah phytoestrogen. Iaitu salah satu xenoestrogen atau pengganggu hormon maka jamu juga boleh menganggu hormon. Memakannya bukan tidak baik tetapi kita perlu tahu apa kandungan pil yang dimakan itu dan mengapa boleh terjadi pendarahan dan juga kesan-kesan sampingan lain.

Soalan:
Adakah ini bermaksud tidak baik memakan pil tersebut? Adakah saya perlu menghentikan pemakanan pil ini?

Jawapan:
Kebaikan dan keburukan kesan dari pemakanan bergantung kepada tubuh badan individu.
Phytoestrogen ini adalah baik kerana selain ianya menambah kandungan estrogen, di dalamnya juga mengandungi antiestrogen yang dapat mengimbangi estrogen jika berlebihan. Namun ianya tidak baik jika diambil melebihi had kerana akan menjadi sindrom estrogen dominan. Simptom (gejala) dan ‘precaution’ (langkah-langkah untuk mencegahnya) adalah panjang/lama.

Namun demikian, jika anda ingin mengamalkan pemakanan suplemen, saya mengesyorkan agar difahami dahulu akibat/kesan dan reaksi (perubahan) setelah memakan suplemen tersebut. Perlu lebih berhati-hati sekiranya kita sedang/ada mengalami penyakit lain kerana suplemen tidak termasuk di dalam kategori makanan yang seimbang.

Komen dan Soalan