Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Hawa Nafsu sebagai ILAH

Hawa Nafsu sebagai ILAH

922
0
Iklan

Hawa Nafsu sebagai ILAH

(“Di antara amalan yang pernah diberikan oleh arwah datuk saya dulu, Tuan Guru Haji Husin bin Tohir – Barangsiapa mengambil tanah kubur dengan tangannya, lalu dibacakan Surah Al-Qadr sebanyak 7 kali, kemudian diletakkan di kubur tersebut, maka akan terlepaslah si mati dari azab dan himpitan kubur…yang nak buat silakan, yang tak nak tak perlu berbalah…Wallahu’alam.” – Mohd Haniff – sedutan dari Facebook)

Soalan Pelajar A: Bolehkah murid-murid senior ayahaji beri komen dan dalil kepada ajaran orang di dalam gambar di atas? Ayahaji komen last sekali.

Ustaz Rosman: Boleh Pelajar A. Silakan.

Komen Pelajar A:

1. Mengajar orang ikut sangkaan hati semata-mata. Asal rasa baik. Tidak ikut cara Nabi dengan mencari dalil-dalil hadis. Orang seperti ini menjadikan hawa nafsu sebagai ilah.

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? [Jasiyah: 23]

Menurut Ibnu Katsir ketika mentafsirkan [Al-Jatsiyah: 23], yang dimaksudkan dengan “menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah-nya” adalah orang itu bertindak berdasarkan hawa nafsunya, apa yang ia anggap baik, maka ia akan kerjakan, dan apa yang ia anggap jelek, maka ia akan tinggalkan. Dan ketika mentafsirkan [Al-Furqan: 43], beliau berkata: “Apabila saja dia menilai baik sesuatu dan melihatnya sebagai suatu kebaikan dari hawa nafsunya sendiri, maka itulah agama dan mazhabnya.”

2. Allah SWT mencela taklid dan orang yang menuruti perbuatan bapa, nenek moyang mereka tanpa didasari ilmu. Allah SWT berfirman:

بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آَبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آَثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ

Mereka berkata: “Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka.” [Az Zukhruf: 22].

Komen Pelajar B: Antara hujah orang-orang yang mengikut “fatwa” tok nenek mereka pula ialah, “sangka baik”, “depa tu mengaji tinggi, pasti tahu apa yg diajar itu. Jadinya, kita yg JAHIL ini ikutlah mereka yg lebih ALIM..”

Hasilnya wujudlah golongan yang mengikut tanpa soal (taklid buta), atas dasar sangka baik.

Apatah lagi, ramai dalam kalangan masyarakat MALAS hendak fikir. Ikut sahaja.

Komen Pelajar C:

Syarat amal diterima:

1. Ikhlas (مخلصين له الدين)

2. Bertepatan dengan syariat (من عمل عملا ليس فيه أمرنا فهو رد)

Komen Pelajar D: Memang penyakit orang kita. Semua hendak subsidi sahaja.Tidak mahu mencari ilmu.

Komen Pelajar E: Berlawanan dengan Nas Al-Quran dan Hadis. Dua sumber ini mesti diletak di atas.

Ustaz Rosman:

Tafsir hawa nafsu sebagai tuhan perlu huraian lagi. Huraian di atas sudah betul cuma tidak kemas bab hawa nafsu sebagai tuhan.
Begini, mereka yang mengikut hawa nafsu, mengikut selera diri sendiri sebagai tuhan, mereka tidak ikut apa ajaran Al-Quran atau hadis. Mereka ikut ajaran tok guru mereka dalam hal agama. Pendapat guru sudah menjadi hadis. Pendapat guru sudah menjadi sunnah. Mereka rasa mereka sudah buat kebenaran. Mereka sebenarnya ikut hawa nafsu mereka sahaja.

Jadi, mengambil hawa nafsu sebagai tuhan ialah ikut amalan ramai-ramai. Ikut bidaah. Sepatutnya mereka mengikut ajaran Allah SWT dan Rasul SAW sahaja. Agama ini bukan agama campur aduk. Agama ini hanya milik Allah [Az-Zumar: 2 & 3].

إِنّا أَنزَلنا إِلَيكَ الكِتابَ بِالحَقِّ فَاعبُدِ اللَهَ مُخلِصًا لَهُ الدّينَ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat [Az Zumar: 2]

أَلا ِلِلهِ الدّينُ الخالِصُ ۚ وَالَّذينَ اتَّخَذوا مِن دونِهِ أَولِياءَ ما نَعبُدُهُم إِلّا لِيُقَرِّبونا إِلَى اللهِ زُلفىٰ إِنَّ اللَهَ يَحكُمُ بَينَهُم في ما هُم فيهِ يَختَلِفونَ ۗ إِنَّ اللَهَ لا يَهدي مَن هُوَ كاذِبٌ كَفّارٌ

“Ingatlah semua! Milik Allah mutlak agama yang tulus. Dan orang-orang yang mengambil selain dari Allah pelindung dan penolong (wali-wali): “Kami tidak menyembah (atau memujanya) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).[Az Zumar: 3]

Nabi kita bukan boleh beri pahala pada kita tetapi Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk memberi pahala kepada sesiapa yang Allah SWT ingini dan berapa banyak ingin diberi. Kalau kita buat sesuatu yang bukan daripada sunnah tetapi dengan anggapan itu dan ini baik maka itu pun sudah tidak betul. Sebab itu kita perlu belajar wahyu Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Dari situ kita akan dapat tahu kita ini benar atau cuma agak-agakkan kita sahaja.

Yang telah terpesong semua datang daripada sangkaan atau agak-agak sahaja dengan berdalil:

1. Ikhlas

2. Zikir-zikir

3. Guru-guru yang warak

Takkanlah salah? Alasan takkanlah salah itu bukan dalil. Ikhlas bukan dalil.

Dalil mesti daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kalau tidak ada di situ (yakni dalil) maka itulah sangkaan.
Penganut agama Hindu pun tidak mahu masuk neraka. Kristian pun. Semua mereka berdalil dengan sangkaan mereka tidak ada niat hendak derhaka namun syirik tetap mereka buat juga.

Wallahu a’lam.

Komen dan Soalan