BICARA CR:
-Daging Korban-
Syeikh Al-Uthaimin rahimahullah ditanya:
”Wahai Fadhilatus-Syeikh, apakah yang paling afdal di zaman sekarang ini menyerahkan haiwan korban ke negara-negara miskin atau pun disembelih di sini?”
Beliau Menjawab:
Semoga Allah memberkati engkau atas pertanyaan ini, ini adalah pertanyaan penting iaitu menyerahkan wang harga haiwan korban ke negara-negara miskin untuk di sembelih di sana, sebahagian orang melakukan perkara ini, lebih dari itu, bahkan membuat iklan di surat khabar atau selain surat kabar, menganjurkan orang ramai untuk mengirim wang haiwan korban ke negara lain. Tindakan ini pada umumnya terjadi kerana kejahilan tentang maksud maksud syariat dan kejahilan tentang hukum-hukum syar’i.
Yang dimaksudkan dengan korban ada beberapa perkara (berikut):
1. Maksud pertama dengan korban adalah bertaqarrub kepada Allah ta’ala dengan menyembelih, sebab menyembelih adalah termasuk ibadah yang besar, bahkan digandingkan oleh Allah Ta’ala dengan solat (dalam firman-Nya):
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.” (Al-Kautsar: 2)
Allah Ta’ala juga berfirman:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, nusukku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’ám: 162)
Menurut pendapat yang mengatakan bahawa ‘Nusuk’ dalam ayat ini adalah sembelihan. Menyembelih itu sendiri adalah ibadah, tidak mungkin – selamanya – engkau meraih (ibadah ini) apabila engkau mengirim wang ke negara lain dan disembelih atas namamu – Allah Ta’ala berfirman:
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi Ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”(Al-Hajj: 37)
2. Apabila sesorang mengirimkannya ke negara lain, maka akan luput darinya penyebutan nama Allah atas sembelihannya: Allah Ta’ala berfirman:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ
“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka…” (Al-Hajj: 34)
Allah jadikan penyebutan nama Allah, sebagai illat (alasan) penyembelihan yang disyariatkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Zikir ini akan luput darinya apabila dia tidak berada di sana. Ada kemungkinan yang menyembelihnya tidak menyebut nama Allah atasnya atau orang yang tidak solat atau orang itu tidak tahu sunnah penyembelihan.
3. Apabila dia kirimkan ke luar maka luput darinya (anjuran) makan dari dagingnya. Allah Ta’ala berfirman:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
Perintah makan dari daging sembelihan adalah wajib menurut pendapat banyak ulama. Apabila engkau kirimkan ke luar (negara), maka luput dari engkau usaha untuk menunaikan perintah ini, sama ada itu dikatakan wajib mahupun mustahab (sunnah).
4. Apabila engkau kirimkan ke luar, maka akan menjadi samar (tidak kelihatan) syiar besar yang Allah Ta’ala jadikan di negeri-negeri muslimin sebagai ganti dari syiar besar yang Allah jadikan di Mekah.
Syiar yang di Mekah adalah menyembelih al-Hadyu, sementara di negeri-negeri muslimin adalah Udhiyah, Allah Ta’ala menjadikan syiar-syiar ini; menyembelih al-Hadyu di Mekah dan menyembelih Udhiyah di negeri-negeri lain, agar syiar-syiar ini ditegakkan di seluruh negeri-negeri Islam. Oleh sebab itulah, Allah Ta’ala jadikan untuk orang yang hendak berkorban sesuatu dari kekhususan ihram seperti: tidak memotong rambut misalnya.” (yakni dari 1 Zulhijjah hingga dia menyembelih korbannya. – pent).
5. Kemungkinan syiar ini akan mati (nantinya) pada (generasi) putera-puteri kita, sebab jika engkau sembelih di rumah, maka seluruh keluarga akan merasakan berkorban, mereka merasa di atas ketaatan, namun jika engkau mengirimkan wang, maka siapa yang memberitahu mereka dengannya? Syiar ini pun luput.
Kami katakan: “Termasuk kesalahan yang jelas, dikirimkannya wang harga korban ke luar negera untuk disembelih di sana, sebab kemaslahatan-kemaslahatan tadi dan mungkin hal-hal lain akan luput dengan tindakan tersebut.”
6. Orang-orang (sekarang) memandang permasalahan korban hanya dengan pandangan alatan sahaja iaitu memberi makan orang yang lapar, ini juga kemudharatan. Allah Ta’ala berfirman:
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”
Apabila engkau ingin beribadah kepada Allah Ta’ala dengan korban dan memberi kemanfaatan kepada saudara-saudara kaum muslimin, maka hendaklah engkau berkorban di negera kamu dan kirimkan wang, makanan dan pakaian ke negera-negera lainnya, apa yang menghalangi engkau berbuat seperti ini?
Saya mengharapkan sekalian -Barakallahu fiikum- menjelaskan kepada orang-orang supaya mereka tidak mengirimkan wang harga korban mereka ke negara-negara lain. Namun mereka menyembelih di rumah-rumah mereka.
Tidak bertentangan dengan hal ini, Rasulullah salallahu’alaihi wassallam mewakilkan Ali bin Abi Talib untuk menyembelih Hadyu baginda atau baginda mengirimkan Hadyunya dari Madinah ke Mekah kerana pengirimannya dari Madinah ke Mekah adalah kemestian sebab tidak boleh menyembelih hadyu kecuali di Mekah, kalau disembelih di Madinah maka tidak lagi disebut Hadyu.
Adapun pewakilan Ali bin Abi Talib maka Rasulullah salallahu’alaihi wassallam mewakilkannya kepada Ali kerana baginda sibuk dengan urusan orang ramai, keperluan yang (membuat baginda) fokus untuk mereka. Walau pun demikian baginda memerintahkan agar mengambil sepotong daging dari masing-masing unta tersebut, dimasak di dalam periuk, lalu baginda memakan dagingnya dan meminum buahnya, baginda tidak membiarkan tanpa mengambilnya.
Maka yang kami harapkan -Barakallahu fiikum- semangat kamu dalam mengamalkan sunnah pada syiar yang dijadikan Allah Ta’ala sebagai gandingan solat ini, dengan tindakan ini engkau tidak terhalangi untuk memberi kemanfaatan kepada saudara-saudara kamu. Kirimkan wang engkau kepada mereka, bantu mereka dengan gambaran yang engkau anggap sesuai dengan syarat hal tersebut tidak atas nama satu syiar dari syiar-syiar Allah.
Sampai di sini selesai pertemuan kita, kita memohon kepada Allah agar menerima amal kita dan kamu semua sekalian, sehingga bertemu pada pertemuan akan datang. Insya-Allah.
(Liqoat babil maftuh 2/85-87, liqo ke 24 cet. Darul Bashirah Iskadariyah – Mesir)
UiTO.org