Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Orang Pontian dan taubat

Orang Pontian dan taubat

192
0
Iklan

Orang Pontian dan Taubat

Pagi semalam, semasa makan pagi Ayahaji jumpa seorang dari Pontian, Johor. Ayahaji makan seorang diri, dia pun makan seorang diri. Dia bertanya-tanya pada Ayahaji maka bermulalah tabligh.

Begini ceritanya:

Ayahaji: Awak dari mana?

Orang Pontian: Dari Pontian.

Ayahaji: Kerja apa di sini?

Orang Pontian: Driver. Hantar bos mesyuarat di Seremban ini.

Ayahaji: Saya hendak tanya sedikit. Apa awak tahu tentang syirik pada Allah SWT?

Orang Pontian: Menduakan Allah SWT.

Ayahaji: Tidak tepat begitu. Syirik ialah menyamakan kuasa manusia dengan kuasa Allah SWT. Contoh, keris keramat yang kebal atau murah rezeki. Ia bermaksud kalau ada yang memiliki keris itu, Allah SWT akan terkesan dengan adanya keris itu dengan kita. Allah SWT tidak boleh tidak beri keramat itu, kebal itu atau murah rezeki itu. Ini tidak mungkin bagi Allah SWT. Ia bertentangan dengan sifat Allah SWT. Allah Maha Berkuasa. Inilah syirik pada Allah SWT. Begitu juga azimat, batu, kayu, cincin, batu geliga yang dikatakan ada keramat. Dengan pakai benda-benda itu, Allah SWT jadi terkesan. Dia pun beri pada orang itu mengikut kehendak orang itu. Ini berlaku berleluasa di masyakat kita. Jangan awak buat. Ini khurafat. Ini syirik. Batal semua ibadat daripada akil baligh sampai sekarang. Awak ada buat atau tidak? Kalau sudah buat, bertaubatlah. Kemudian minta ampun.

Orang Pontian: Macamana hendak bertaubat?

Ayahaji: Bertaubat adalah suatu azam tidak mahu buat lagi dosa itu. Tidak perlu solat taubat sebab tidak adapun dalam syariat (tiada syarat solat sebelum doa taubat). Tidak perlu mandi taubat, semua itu tidak ada pun dalam syariat Islam. Selepas bertaubat, beristighfarlah, Insya Allah, akan diterima taubatnya.

Orang Pontian: Mudahnya. Saya ingatkan susah.

Wallahu a’lam.

Komen dan Soalan