Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Doa memohon zuriat

Doa memohon zuriat

527
0
Iklan

DOA MEMOHON ZURIAT

Maksud kesempurnaan berdoa pula terletak di surah Mariam iaitu kisah Nabi Zakaria AS ketika dia berdoa untuk mendapatkan anak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ كهيعص
ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا
إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Kaf, Ha, Ya, ‘Ain, Shad

(Ini ialah) perihal limpahan rahmat TuhanMu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku – seorang yang diredhai serta disukai [Maryam: 1-6 ]

Nabi Zakaria AS sudah tua. Ada riwayat yang mengatakan beliau hidup selama 120 tahun. Isterinya diriwayatkan hidup selama 90 tahun dan mandul. Alkisah ini suka Ayahaji hendak mengajar cara-cara berdoa di mana hasil daripada ajaran berdoa ini dua orang telah mendapat anak dengan izin Allah SWT. Masing-masing mendapat anak perempuan.

1. Ayahaji mulakan mengajar kisah ini dengan sebut nama Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ayat kaf ha ya ain sod. Kita tidak tahu maksudnya. Ayat berikutnya ada maksud. Oleh itu, Allah SWT tidak mahu ajar kita maksud ayat ini untuk kita tahu bahawa jika Allah SWT tidak ajar sesuatu, kita tidak akan tahu.

2. Ceritalah atau beri peringatanlah kepada semua manusia. Kisah anugerah suatu Rahmat Allah SWT pada seorang hamba-Nya Zakaria AS. Nabi Zakaria AS berdoa daripada umurnya yang muda lagi untuk mendapatkan anak. Tidak putus-putus dia berdoa. Namun doanya tidak dimakbulkan Allah SWT. Sehinggalah dia melihat Mariam AS yang sentiasa mendapat rezeki daripada Allah SWT. Maryam AS adalah seorang perempuan yang dia jaga dalam mihrab, tidak keluar-keluar. Tetapi Allah SWT telah makbulkan doa Maryam AS. (sila lihat Ali Imran 37).

3. Iaitu ketika Nabi Zakaria AS berdoa pada Rabbnya dengan seruan doa yang lemah lembut. Maksudnya bila berdoa pada Allah SWT hendaklah kita berdoa dengan lemah lembut. Merayu pada Allah SWT untuk makbul doa kita. Tidak bolehlah kita berdoa dengan kasar atau suara yang kuat.

4. Doa Nabi Zakaria AS, “Wahai Rabbku, sungguh-sungguh telah lemah atau reput sudah tulang-tulangku (Iaitu sudah tidak kuat lagi).

Bab 2

Dan telah uban segala rambut-rambutku. ( Iaitu kerana tua )

Bab 3

Dan belum pernah aku berdoa pada-Mu Allah lalu berasa kecewa. (Kecewa atau putus asa adalah sifat orang kafir).

5. Bab 1

Dan bahawa aku sungguh bimbang selepas kematianku kaumku tidak ada guru yang mengajar.

Bab 2

Dan adalah isteriku seorang yang mandul malah tua lagi (umur 90).

Bab 3

Maka kurniakanlah juga padaku seorang anak lelaki daripada kuasa-Mu Allah penolong atau pelindung bagi kaumku.
Maksudnya: Walaupun aku telah tua, isteriku pula mandul. Berilah juga padaku daripada kuasa-Mu Allah seorang anak lelaki yang akan jadi penolong atau pelindung kaumku terhadap agama ini.

Nabi Zakaria AS beritahu dalam doanya:

1. Dia sudah tua

2. Isterinya mandul

3. Hajat tetap mantap inginkan seorang anak lelaki.

Dia tahu tidak mustahil bagi Allah SWT untuk perkenan doanya. Dia tidak ajar Allah SWT itu ini seperti yang ramai daripada kita buat. Dia tidak buat tawassul dalam berdoa. Dia tidak buat kenduri untuk hajat itu. Kita pula di Malaysia ini, hajat-hajat besar dibuat perantaraan dengan tok-tok guru atau ustaz-ustaz kemudian bayar upah lagi.

Kita sebenarnya sudah tidak percaya pada Allah SWT sudah lama kerana ikut ajaran-ajaran tok-tok guru karut. Jika kita juga hendak berdoa untuk dapatkan anak atau apa-apa hajat dunia, bolehlah kita mulakan doa kita dengan membaca ayat 1 ke ayat 6 Surah Maryam ini kemudian berdoa:

“Ya Allah ya Tuhanku daripada ayat-ayat ini Tuhanku telah memakbulkan doa Nabi Zakaria AS untuk mendapatkan anak. Ya Allah ya Tuhanku, perkenanlah juga padaku anak atau perkenankanlah padaku hajatku untuk projek itu ini (hajat itu ini)”.
InsyaAllah, Allah SWT akan makbulkan.

Wallahua’alam.

Komen dan Soalan