Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Dakwah Jin

Dakwah Jin

382
0
Iklan

Dakwah Jin

Surah Jin ini tafsirnya daripada hadis di mana ayat itu diturunkan kepada Nabi SAW selepas sampai ke Mekah. Peristiwa itu berlaku semasa Nabi SAW dan rombongannya sedang solat subuh di suatu wadi. Bila ayat itu turun tidak ada pun sahabat-sahabat Nabi SAW kata, “Alah patutlah remang bulu tengok,” atau berasa seram sejuk ke, atau Nabi SAW sendiri kata dia sudah tahu. Ayat Al-Quran memberitahu mereka yakni, “Telah diwahyukan padaku ada satu rombongan jin datang mendengar ayat-ayat Al-Quran dibaca Nabi SAW dalam solat subuh.”

Maksudnya tanpa wahyu itu Nabi SAW tidak tahu ada rombongan jin datang mendengar ayat-ayat yang dibaca. Maksudnya lagi, Nabi SAW tidak tahu jin datang. Kalau Nabi SAW tidak tahu, maka macamana bomoh atau tok guru ini tahu? Adakah mereka lebih hebat dari Nabi SAW ke? Ayat Al-Quran itu sendiri sudah jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW dapat wahyu baru dia tahu ada jin datang.

Mengetahui perkara ghaib tanpa wahyu Allah SWT adalah kufur pada Allah SWT, contohnya, boleh scan jin, condong pada kufur. Jin tidak boleh rasuk seseorang itu melainkan akidah dia rosak. Mungkin ada buat syirik atau buat bid’ah.

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat/ personal secretary (dari jin dan manusia), akibat daripada amalan atau akidah syirik pada Allah SWT, lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, iaitu syirik atau bid’ah itu mereka pandang baik seperti akidah tauhid atau amalan bid’ah macam amalan sunnah, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat-umat (yang sesat kerana syirik pada Allah SWT) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka, iaitu setan jin dan setan manusia. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya), iaitu syirik dan bid’ah itu membuat semua amalan sunnah itu terbatal. [Fussilat: 25]

Kita pula tidak tahu mereka yang dirasuk ini ada masalah tauhid. Kita ingat semua orang Islam itu baik belaka. Kita tidak tahu kerana tidak belajar tafsir dan hadis. Kita hanya diberitahu sedikit sahaja tentang jin. Itu bermaksud, kita tidak perlu belajar banyak tentang jin. Benarlah Nabi SAW ada ajar jin kerana Nabi SAW adalah Rasul bagi jin juga. Nabi SAW mengajar jin hanya sekali dua sahaja. Jin sentiasa datang mendengar Nabi SAW berkuliah. Datang curi-curi dengar pun ada. Maka ada di antara jin-jin yang beriman dengan wahyu Al-Quran ini tetapi majoritinya kafir.

Syariat Islam ada syariat jin juga. Bezanya mungkin bab-bab tertentu yang bukan cara hidup jin. Contoh, semua jin mesti solat juga. Maka hendak solat perlu ada wuduk. Wuduk untuk jin Nabi SAW tidak ajar kita. Jin juga berjimak untuk dapat zuriat tetapi kita tidak tahu mandi junub mereka itu bagaimana. Semua itu bila Nabi SAW tidak beritahu kita, maka tidak perlulah kita belajar. Kita manusia dan mereka itu jin.

Tidak ada Nabi SAW atau Rasul untuk jin. Rasul dan Nabi SAW mereka adalah Rasul dan Nabi SAW daripada manusia. Seperti kalimah Alif Lam Mim, Alif Lam Raa, Kaf Haa Ya Ain Sood, Ya-Sin, Qaf, Nun dan lain-lain, tidak ada hadis tentang maksud kalimah-kalimah itu yang dijadikan ayat Al-Quran. Apakah maksudnya? Maksudnya, kalimah-kalimah itu tidak diajar Allah SWT pada kita. Kita hanya perlu beriman saja. Tetapi kalimah-kalimah itu sudah diberi sebagai permulaan surah-surah dan tidak diberi makna. Ianya bermaksud, ayat-ayat yang menggunakan kalimah-kalimah itu tidak boleh dipelajari, hanya perlu beriman sahaja.

Maksudnya lagi ialah:

Jangan belajar apa yang tidak diajar Allah SWT dan Rasul.
Jangan belajar bab jin kecuali apa yang di ajar.
Jangan belajar syirik, sebab tidak diajar
Jangan belajar bid’ah, sebab tidak diajar.
Jangan belajar tarikat, sebab tidak diajar.
Jangan belajar ilmu laduni, sebab tidak diajar.

Benarlah. Mereka yang tidak tahu tafsir Al-Quran ini merasakan dengan tidak belajar itu, mereka boleh ajar orang perkara-perkara yang tidak ada dalam Al-Quran dan Hadith. Cukuplah hanya ada dalam kitab-kitab karangan guru-guru yang juga tidak beri dalil.

Akibatnya, berlegar cerita tentang Nabi Yusuf AS yang kononnya berkahwin dengan Zulaikha yang sebenarnya berita bohong. Salah sebuah cerita lagi kononnya, Nabi Sulaiman AS hilang cincin, maka jatuhlah atau hilanglah kerajaan. Sedangkan Allah SWT anugerah pada Nabi Sulaiman kerajaan itu dan bukan bersabit kepada cincin. Berita bohong. Akibatnya, Sultan pun cium keris semasa pertabalan sedangkan Allah SWT yang anugerah padanya kerajaan. Kita juga cium keris kerana terpengaruh dengan akidah rosak keris itu. Inilah kufur pada Allah SWT.

Ada orang di sini beberapa hari lepas kata solat hajat boleh kerana niat baik. Solat hajat pun tidak diajar Nabi SAW, lalu jangan belajar dan jangan amal. Lagi satu cerita, seseorang hantar mesej kepada Ayahaji bertanya ayat istiwa atas arasy. Ayahaji kata kalau kalimah syahadah kedua tidak boleh jawab, tidak perlulah Ayahaji jawab ayat mutasyabihah ini. Ayat mutasyabihah tiadalah Nabi SAW ajar maksudnya. Tiadalah pula mana2 sahabat yang bertanya. Sebab itu tiada hadis khas untuk makna ayat itu. Sedangkan ayat Alif Lam Mim, Ya-Sin dan lain-lain pun tidak ada tafsir, maksudnya tidak perlu belajar. Kenapa hendak belajar apa yang Allah SWT dan Rasul SAW tidak ajar?

Inilah zaighun yakni condong pada kesesatan.

Mereka yang geng karut ini boleh tafsir kalimah Alif Lam Lam Ha. Allah! Syarahnya sampai pagi. Sedangkan Alif Lam Mim, Alif Lam Ra dan lain-lain tidak diajar tafsirnya.

Inilah tanda ahli bid’ah; ahli Zindiq!

Ajaran bid’ah ini bila Nabi SAW tidak ajar, setanlah yang mengajar. Dia ajar pada guru-guru akidah rosak. Guru-guru inilah ajar pada orang ramai. Maka, jadilah setan manusia.

Daripada surah Al-An’am, setan manusia lebih menyesatkan daripada syaitan jin:

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُمْ مِنَ الْإِنْسِ ۖ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُمْ مِنَ الْإِنْسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا ۚ قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۗ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia”. Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemusudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami”. (Allah SWT berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah SWT”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. [Al-An’am: 128]

Tafsirnya: Bab 1

Dan pada hari Kami kumpul mereka semua iaitu di Padang Mahsyar semua jin dan manusia.

Bab 2

Allah SWT berkata: Wahai semua jin, kamu sungguh-sungguh lebih ramai daripada manusia pengikut-pengikut kamu itu iaitu orang yang bekerja menyesatkan manusia.

Bab 3

Dan berkata pemimpin-pemimpin atau guru-guru mereka daripada ajaran syaitan yang daripada jenis manusia:

Bab 4

Wahai Tuhan kami; sebahagian kami yang engkar Al-Quran dan Hadith telah dapat kesenangan hasil daripada amal syirik dan bid’ah, sesetengah kami yang pandai wirid-wirid keramat, dan sesetengah kami yang tidak pandai, semuanya dapat duit banyak mengajar ilmu-ilmu karut dan akidah-akidah serta amalan-amalan bid’ah dengan upah-upah yang banyak.

Bab 5

Dan kami serta setan-setan telah sampai ajal atau sampai ke Padang Mahsyar, masa kami telah tiba untuk diadili di mana Allah SWT telah tentukan pada kami.

Bab 6.

Maka Allah SWT berkata: Nerakalah tempat tinggal kamu buat selama-selamanya, kecuali apa yang Allah SWT kehendaki, itu lainlah. Mungkin Allah SWT akan ampunkan juga kamu pada masa-masa tertentu atau mungkin tidak akan ampun kamu.

Bab 7

Sesungguhnya, Tuhan kamu itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan