Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran Topik-Topik Bab Sebab Musabab Penurunan Ayat/Surah dari al-Quran

Topik-Topik Bab Sebab Musabab Penurunan Ayat/Surah dari al-Quran

651
0
Iklan

Panel: BroSyarief

In Sya Allah, setelah selesai Bab ke-5, kita akan membincangkan bab baru berkaitan Sebab-sebab Penurunan Ayat/Surah dari al-Quran, yang biasa disebut sebab Asbab atau Sabab Nuzul.

Asbab (اسباب) adalah kata ganda dari perkataa Sabab (سبب) yang juga digunakan dalam BM, iaitu sebab.

Ust Manna’ Qattan, di dalam bukunya, meletakkan susunan topik yang agak banyak untuk bab ini.

Kita telusuri sebentar pembahagian topik-topik di bawah bab ini supaya gambaran umum dapat dilihat dengan jelas.

1. Usaha Para Ulama Padanya (yakni: Kajian Asbab an-Nuzul) – عناية العلماء به

Bahagian ini sangat ringkas, di mana penulis kongsikan siapa ulama-ulama terdahulu yang membincangkan topik ini dan penulisan mereka.

2. Apa Yang Dipegang/Disandarkan Untuk Pengetahun Mengenai Asbab an-Nuzul

Di sini, penulis kongsikan juga secara ringkas apakah sumber yang menjadi sandaran kepada kajian tentang Asbab an-Nuzul.

3. Takrif/Definisi Sebab – تعريف السبب

4. Faedah-faedah Mengetahui Tentang Sabab an-Nuzul – فوائد معرفة سبب النزول

Terdapat 4 faedah yang penulis kongsikan.

5. Pengajaran/Hukum Diambil Dari Umumnya Lafaz, bukan Khususnya Sebab – العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

Berkait dengan penafsiran ayat-ayat berdasarkan sebab/asbab nuzulnya, timbul sedikit perbincangan tentang kaedah ini.

6. Bentuk Sabab an-Nuzul – صيغة سبب النزول

Bahagian ini menyentuh tentang gaya atau bentuk periwayatan sama ada secara jelas atau tidak yang menyebutkan bahawa peristiwa tertentulah yang menyebabkan ayat tertentu turun.

7. Berbilang/Berbeza Periwayatan pada Satu Sabab an-Nuzul

Bahagian ini membincangkan apabila ada satu ayat yang sama, terdapat sumber-sumber dengan gaya dan versi yang berbeza. Penulis kemudiannya menyenaraikan bagaimana para ulama membuat penilaian terhadap keadaan sebegini.

8. Berbilang/Berbeza Ayat yang Turun pada Satu Sebab yang Sama

Bahagian ini agak menarik, dan ianya ringkas sahaja. Menunjukkan adanya kes yang berlaku dimana disebabkan perkara yang sama, beberapa ayat yang berbeza turun.

9. Turunnya Ayat Terlebih Dahulu Sebelum Hukumnya

Tajuk bahagian ini agak mengelirukan, tetapi mudah difahami dengan contohnya. Di mana terdapat ayat yang turun, dan hukum dari ayat tersebut difahami lewat kemudian setelah lama ayat tersebut turun.

10. Berbilang Ayat yang Turun disebabkan Seseorang – تعدد ما نزل في شخص واحد

Bahagian ini juga menarik di mana ada di kalangan para sahabat Nabi yang menjadi pencetus kepada turunnya ayat, sehinggakan ada di antara mereka yang Allah turunkan lebih dari satu ayat pada peristiwa yang berbeza yang mereka terlibat.

Jasa baik para peserta Bilik untuk memberikan respon ringkas setelah membaca walau sekadar menggunakan emoji adalah sangat dihargai.

#NoStickerIsAllowedHere #EvenIfItsJustSmile

TATA-TERTIB BILIK (09) ASAS ULUM AL-QURAN

01. Sebarang diskusi hendaklah berkaitan topik yang dibincangkan.
02. Tiada bahan gambar atau video dari luar, kecuali berkaitan topik yang dibincangkan.
03. Tiada salinan copy-paste yang berjela panjang.
04. Tiada iklan dibenarkan, sama ada program, produk, dsbg.
05. Kuasa add dan remove hanya dimiliki oleh CR selaku admin, kecuali setelah mendapat kebenaran.
06. Jika ingin mengajukan soalan, hendaklah pendek dan fokus, serta sebaiknya berkaitan nota-nota yang dikongsi.
07. Sebarang pelanggaran garis tata-tertib ini, akan dikenakan tindakan.
08. Sila bagi indicator/emoji 👌🏻 kalau sudah baca nota terkini.

Komen dan Soalan