Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits KESUNGGUHAN PARA ULAMA MEMERANGI PEMALSUAN HADITS (Bhg. 03)

KESUNGGUHAN PARA ULAMA MEMERANGI PEMALSUAN HADITS (Bhg. 03)

327
0
Iklan

BroSyarief:
Salam semua.. nota seterusnya pendek sahaja. Ia nota terakhir di bawah topik hadits palsu. Kemudian, kita akan mula bincangkan pecahan di bawah kategori hadits-hadits yang tertolak disebabkan masalah pada periwayat.

#201216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.11.03 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

KESUNGGUHAN PARA ULAMA MEMERANGI PEMALSUAN HADITS (Bhg. 03)

02. Usaha Perawatan (جهود علاجية) – Sambungan

(4) Pengumpulan Hadits-hadits Palsu, dan Penjelasan Keadaannya serta Kritikannya, dari Perspektif Sanad dan Matan

Para imam hadits juga bersungguh-sungguh mengumpulkan hadits-hadits yang palsu di dalam kitab-kitab di mana ianya biasanya termasuk dalam kitab-kitab ‘ilal yang terkenal sejak dahulu ditulis oleh para pengkritik hadits seperti Ibn Ma’in, Ibn al-Madini, Ahmad ibn Hanbal dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kitab-kitab ‘ilal ini juga merangkumkan dengan menyebutkan banyak contoh hadits-hadits palsu, yang kemudiannya diasingkan penulisan hadits-hadits tersebut dalam kitab-kitab yang khusus.

03. Penulisan-penulisan Hadits yang Terkenal dan Dicetak.

a. Tazkirah al-Mawdu’at (تذكرة الموضوعات), karangan Ibn Thohir al-Maqdisiy (w.507H),
b. al-Abaathil (الأباطيل), karangan al-Jurqaaniy (w.543H),
c. al-Mawdhu’aat al-Kubra (الموضوعات الكبرى), karangan Ibn al-Jawzi (w.597H),
d. al-Manar al-Munif fi as-Sohih wad-Dha’if, karangan Ibn Qayyim (w.751H).
WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

 

__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan