UiTO Bilik (01) Fiqh As-Sunnah (https://t.me/joinchat/AAAAADujcYtMmzkDISove)
Zahiri Harith:
Assalamu’alaikum…saya sangat berbesar hati kalau cara-cara ziarah kubur INI diperjelaskan dengan lebih terperinci sedikit kerana dalam suasana menjelangnya aidil fitri pelbagai aktiviti dapat dilihat..contoh nya bertahlil beramai-ramai..baca yassin …tabur bunga dan siram air…yang tidak disunnahkan…mohon tuan-tuan yang lebih arif dalam hal INI untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas demi kepentingan bersama supaya dapat mengekalkan sunnah Dari nabi saw..
A Jamil Yahaya:
Penjelasan Dr rora tentang cara ziarah kubur
APAKAH AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENZIARAHI KUBUR?
As salam Dr. Boleh terangkan amalan terbaik dan mengikut sunnah ketika menziarahi kubur pada waktu hari raya atau hari-hari biasa?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
A- Tiada dalil mengkhususkan amalan menziarahi kubur pada hari raya.
Shaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz bin Baz menghuraikan dengan terperinci:
ليس لهذا أصل الخروج للقبور بعد صلاة العيد إنما عادة لبعض الناس, فإذا زاروا القبور يوم العيد, أو يوم الجمعة, أو في أي يوم ما في يوم مخصوص, تخصيص يوم العيد, أو تخصيص الجمعة, أو تخصيص يوماً آخر ليس له أصل, ولكن السنة أن يزور القبور دائماً بين وقت وآخر على حسب التيسير, إذا كان وقته يسمح في يوم الجمعة, في يوم العيد في أوقات أخرى يفعله, أما أن يظنوا أن لهذا اليوم خصوصية فلا, لكن السنة أن يزوروا القبور عندما يتيسر ذلك, لقوله – صلى الله عليه وسلم -: (زوروا القبور فإنها تذكركم الآخرة),
Amalan menziarahi kubur selepas solat raya tiada asalnya. Ia merupakan kebiasaan sekelompok masyarakat. Apabila mereka menziarahi kubur pada hari raya, hari Jumaat, atau pada mana-mana hari yang khusus. Pengkhususan hari raya, hari Jumaat atau hari-hari lain untuk menziarahi kubur adalah sesuatu yang tiada asalnya. Akan tetapi yang sunnah ialah sering menziarahi kubur pada waktu yang dia berkesempatan menziarahinya. Jika waktu itu bersamaan dengan hari Jumaat, hari raya, atau waktu-waktu yang lain, maka dia boleh melakukannya. Adapun jika sesiapa beranggapan bahawa hari itu adalah hari yang khusus, maka tidak boleh. Yang sunnah ialah menziarahi kubur pada waktu yang dia berkesempatan menziarahi. Ini berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Ziarahlah kubur. Sesungguhnya ia akan mengingatkan kalian kepada hari akhirat.
Kata beliau lagi:
ولكن المؤمن يتحرى الأوقات التي يحصل له فيها فرصة؛ لأن الإنسان قد تشغله المشاغل, فإذا تيسر له فرصة في الجمعة, أو في يوم العيد أو في غير ذلك فعل ذلك زار القبور
Akan tetapi orang beriman adakalanya terpaksa mencari waktu yang kosong (untuk menziarahi kubur). Ini kerana mereka sibuk dengan urusan kehidupan. Jika hari yang mereka berkelapangan itu jatuh pada hari Jumaat, atau hari raya, atau hari-hari yang lain, maka bolehlah dia menziarahi kubur. [ http://www.binbaz.org.sa/mat/20371 ]
B- Berikut merupakan amalan-amalan yang ada dalam sunnah nabi s.a.w berkaitan menziarahi kubur.
1- Memahami objektif menziarahi kubur:
Daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
Aku pernah melarang kalian daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah ia.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Isti’zan an-Nabiyy sallallahu ‘alaihi wa sallam Rabbahu Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 977]
Dalam riwayat At-Tirmizi disebutkan:
فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآخِرَةَ
Sesungguhnya ia (iaitu menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada akhirat. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Jaa Fi ar-Rukhsah Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 1054, hasan sahih]
كَانَ عُثْمَانُ إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ ، فَقِيلَ لَهُ : تُذْكَرُ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا ، فَقَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ
Apabila Uthman radiallahu ‘anhu berhenti di kubur, dia akan menangis hingga basah janggutnya. Dia disoal: Disebutkan tentang syurga dan neraka kepada engkau, tetapi engkau tidak menangis. Lalu engkau menangis untuk hal ini pula? Uthman menjawab: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sesungguhnya kubur merupakan tempat persinggahan yang pertama daripada tempat-tempat di akhirat. Seandainya seseorang selamat daripadanya, maka apa yang berlaku selepas itu adalah lebih mudah untuknya. Sesiapa yang tidak terselamat daripadanya, maka apa yang akan berlaku selepas itu lebih teruk daripadanya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd, hadis no: 2240, hasan gharib]
2- Mendoakan si mati.
Daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sal
lallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengajar sahabat-sahabat apabila mereka keluar untuk pergi ke tanah perkuburan untuk membaca:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.
Kesejahteraan ke atas kalian wahai penduduk tempat ini daripada kalangan orang beriman dan muslim. Sesungguhnya kami, Insya-Allah, akan menyertai kalian. Aku memohon kepada Allah kesejahteraan untuk diri kami dan diri kalian.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Yuqal ‘Inda Dukhul al-Qubur wa ad-Dua’ li Ahliha, hadis no: 975].
‘Aisyah radiallahu ‘anha pernah mengekori Nabi sallallahu ‘alaihi wa salam pada waktu malam sehingga tiba di perkuburan Baqi’, ‘Aisyah radiallahu ‘anha menceritakan:
ثُمَّ انْطَلَقْتُ عَلَى إِثْرِهِ حَتَّى جَاءَ الْبَقِيعَ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Kemudian aku mengikut jejak baginda sehingga baginda tiba di Baqi’. Baginda berdiri dengan lama kemudian baginda menadah tangannya sebanyak tiga kali.
Apabila kembali ke rumah, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada ‘Aisyah:
فَإِنَّ جِبْرِيلَ أَتَانِي حِينَ رَأَيْتِ فَنَادَانِي فَأَخْفَاهُ مِنْكِ فَأَجَبْتُهُ فَأَخْفَيْتُهُ مِنْكِ وَلَمْ يَكُنْ يَدْخُلُ عَلَيْكِ وَقَدْ وَضَعْتِ ثِيَابَكِ وَظَنَنْتُ أَنْ قَدْ رَقَدْتِ فَكَرِهْتُ أَنْ أُوقِظَكِ وَخَشِيتُ أَنْ تَسْتَوْحِشِي فَقَالَ .
Sesungguhnya Jibril datang kepada aku ketika engkau melihat aku. Jibril memanggil aku dan aku merahsiakannya daripada engkau. Aku menyahut panggilannya akan tetapi aku merahsiakan hal itu daripada engkau. Jibril tidak masuk menemui engkau kerana ketika itu engkau dalam keadaan tidak berpakaian. Aku pula menyangka engkau telah tidur jadi aku tidak suka untuk mengejutkan engkau kerana aku risau engkau akan berasa takut. Jibril menyatakan kepada aku:
إِنَّ رَبَّكَ يَأْمُرُكَ أَنْ تَأْتِيَ أَهْلَ الْبَقِيعِ فَتَسْتَغْفِرَ لَهُمْ “
Sesungguhnya Tuhan mu menyuruh kamu untuk pergi kepada penghuni Baqi’ dan memohon keampunan untuk mereka. ‘Aisyah pun bertanya:
كَيْفَ أَقُولُ لَهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ
Bagaimana caranya untuk aku mendoakan mereka ya Rasulullah? Baginda menjawab: Sebutlah:
السَّلاَمُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَلاَحِقُونَ
Kesejahteraan kepada penghuni tempat ini daripada kalangan orang beriman dan Islam. Semoga Allah merahmati mereka yang telah mendahului kami dan mereka yang akan datang kemudian. Sesungguhnya kami, Insya-Allah, akan menyertai kalian.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Yuqal ‘Inda Dukhul al-Qubur wa ad-Dua’ li Ahliha, hadis no: 974]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَرَجَ إِلَى الْمَقْبُرَةِ فَقَالَ
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam keluar ke tanah perkuburan lalu membaca:
” السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاَحِقُونَ ”
Selamat sejahtera ke atas kalian, penghuni rumah orang-orang beriman. Insya-Allah, sesungguhnya kami akan menyusul kalian. [Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 483]
Oleh kerana itu perbuatan kita di tanah perkuburan mestilah melambangkan kita sedang mengingati kematian dan berdoa untuk si mati. Kubur bukanlah tempat berhibur, bergurau senda, bermain gendang, menyanyi, dan lain-lain. Ini semua hanya menunjukkan kita tidak menepati objektif menziarahi kubur.
3 – Tidak duduk di atas kubur.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
Duduknya seseorang di atas bara api yang akan membakar pakaiannya dan membakar kulitnya itu lebih baik daripada seseorang duduk di atas kubur.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab an-Nahy ‘An al-Julus ‘Ala al-Qabri wa al-Solat ‘Alaihi, hadis no: 971]
4- Tidak solat ke arah kubur.
Daripada Abu Marsad al-Gha
nawi radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلاَ تُصَلُّوا إِلَيْهَا
Janganlah kalian duduk di atas kubur dan janganlah kalian solat ke arahnya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab an-Nahy ‘An al-Julus ‘Ala al-Qabri wa al-Solat ‘Alaihi, hadis no: 972]
Satu-satunya solat yang dibenarkan di kubur ialah solat jenazah kerana kita tidak sempat solat sebelum jenazah ditanam.
5- Tidak memakai kasut.
Daripada Bashir radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat seseorang berjalan di kubur dengan memakai kasut, lalu baginda berkata:
يَا صَاحِبَ السِّبْتِيَّتَيْنِ وَيْحَكَ أَلْقِ سِبْتِيَّتَيْكَ ” فَنَظَرَ الرَّجُلُ فَلَمَّا عَرَفَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَلَعَهُمَا فَرَمَى بِهِمَا ..
Wahai orang yang memakai kasut. Celaka engkau, bukalah kasut engkau! Lelaki yang memakai kasut itu melihat (ke arah baginda). Apabila dia menyedari bahawa itu adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dia terus menanggalkan kasutnya dan mencampakkan kedua-dua kasutnya.
[Sunan Abu Daud, Kitab al-Janaiz, Bab Al-Masyi Fi an-Na’li Baina Al-Qubur, hadis no: 3230, Shaikh Muqbil menyatakan ia sahih, rujuk Al-Sahih Al-Musnad].
Ulama berbeza pendapat tentang hukum memakai kasut di kubur. Di sisi mazhab Syafie ia tiada masalah. Manakala di sisi mazhab Ahmad ia adalah perbuatan yang makruh. Sebahagian ulama menyatakan sebab larangan ialah kerana kesombongan, penghormatan kepada si mati, kasut itu ada kotoran dan lain-lain.
Ulama mazhab Syafie menyatakan hukumnya harus berdasarkan hadis berikut:
عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ “ الْعَبْدُ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ، وَتُوُلِّيَ وَذَهَبَ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ،
Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila seorang hamba diletakkan di dalam kubur, maka sahabat-sahabatnya akan pulang sehingga si mati akan mendengar bunyi tapak kasut mereka… [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1338].
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
THTL al-Jazani توان حسن:
Melayu ziarah kubur pagi raya…tahlil, bersedekah di kubur…sedekah fatihah dan yasin kpd si.mati…itu kena bedza dengan mainstream melayu….